Saturday, November 12, 2011

susah nak jadi orang jujur

Nak puaskan hati semua orang memang susah.

Tapi bukan bermakna kita tak boleh nak suarakan pendapat atau pandangan kita sendiri kat orang lain.

Kalau kau tak puas hati pasal management company, apa salahnya kau bagitau immediate superior pasal masalah yang ko alami. Bukan komplen, cuma perkara2 yang ko rasa tak sesuai or yang boleh menyusahkan ko dan mengganggu prestasi kerja ko. Contoh macam kau disuruh buat kerja yang bukan kerja ko sebab orang yang sepatutnya buat kerja tu adalah seorang yang tak competent. Daripada ko asyik bising2 di belakang, lebih baik kau suarakan ke boss ko yang diorang patut push the incompetent person to do his/her job. Sampai bila pun the incompetent person nak jadi incompetent kan? Sebagai boss aku rasa dia pun tau yang dia kena do something dengan incompetent person tu. Sometimes orang tu bukan sengaja nak jadi incompetent pun...mungkin sebab memang nature dia jenis yang lambat so kena push sikit la kan....
Then kau pula komplen2 dengan pekerja lain yang boss kau suruh buat itu la...ini la yang bukan dalam job scope kau sebenarnya tapi kenapa tidak kau direct terus pendapat kau tu ke boss kau kan...Bila meeting, boleh pula kau iyakan saja semuanya nak tunjuk kau taat sangat lah dengan majikan.

Satu lagi masalah bila kau rasa management tak adil sebab buat decision tak bagitau kau. Tiba2 ja kau disuruh bayar certain amount untuk passport/work permit kau. Kau kecewa, sedih tapi kenapa kau just luahkan masalah kau tu ke co-worker yang lain? Kenapa tidak direct ke management? In the end, benda yang sama akan berulang dan kau akan rasalebih tertindas. Tapi part of it salah kau sebab tak pernah bagitau management menyebabkan diorang keep on doing benda yang sama sebab mungkin diorang ingat kau setuju dengan apa yang diorang buat.

Kenapa mesti cakap belakang? Tak bolehkah kalau kau direct terus ke management? Kalau bukan pun, at least kau punya immediate superior la. Nanti diorang akan bagitau management lepas tu. Sebab memang itu prosedurnya.

Banyak aku jumpa orang macam ni. Tak puas hati itu, ini tapi tak pernah nak suarakan. So bila benda da di luar kawalan, perasaan tak terkawal barulah nak komplen ke management cakap management tak prihatinla...pilih kasihla...suka bagi kerja berlambak2 tapi sikit kebajikan pun tak kasi...then cakap nak berhenti kerja. Tapi kenapa before that kau tak pernah cakap apa2 pun masa meeting? Kenapa kau iyakan saja semuanya masa discussion?

Nilah orang ni kan...bukan suruh kau komplen marah2 pun...bukan....perkataan 'komplen' pun tak sesuai sebenarnya. Ia lebih kepada discussion dengan majikan kau. Aku percaya majikan ada yang jenis bertimbang rasa, lebih suka nak dengar pendapat pekerja untuk kebaikan syarikat kan. Kalau tidak pun, silalah guna kepakaran 'negotiation' yang ada. Itula penting nya cikgu2 suruh perkasakan soft skill masa belajar dulu. Paling busuk jenis majikan yang memang tak peduli langsung kebajikan pekerja. Kalau jenis yang macam ni, baik kau blah dari kompeni tu. Buat apa buang masa nak serve kompeni yang tak menghargai setiap titik usaha yang kau sumbangkan kan....Tapi at least kau mesti suarakan ke majikan. Bukannya tiba2 ugut nak berhenti kerja sebab kau tak puas hati. Majikan pun mesti pelik sebab sebelum2 ni kau tak pernah bagitau apa2 kan.

Bagi aku pentingnya kau berlaku jujur dalam bekerja. Sebab aku memang sangat berhadapan dengan orang2 yang macam ni. Bila aku discuss2 dengan boss nak buat itu ini, then suruh kau enforce di kilang benda tu...kau tak buat. Tapi tak pernah bagitau sebab apa. Bila aku masuk kilang tanya kenapa, kau bagitau kau busy, benda tu tak sesuai, bukan kerja kau tapi kenapa kau tak pernah bagitau sebelum tu? Bila aku suruh kau suarakan ke boss kau kata tak payah...kenapa tak payah? Aku pun tak tau kenapa.



Sama macam dalam perhubungan. Bila kawan kau buat perkara yang annoying pada kau, rather than just mengumpat kat belakang dan bermuka manis di depan, apa kata kau cakap kat kawan kau terus. Memang dia akan sakit hati dan cakap 'ini memang diri aku'...tapi kalau dia seorang kawan yang considertae, mungkin dia akan kurangkan level ke'annoying'annya tu...dan kau pula cubalah terima dia seadanya lepas tu. Better than tak cakap apa2.

Jangan pula kalau ditegur sebab annoying, baru kau nak keluarkan statement 'ellleeehhhhh...kau pun annoying apa...kau ingat suma orang suka kau??cuma orang malas nak cakap jeeeee'
Baru nak libatkan orang lain dalam hal ni....baru nak cakap dia pun annoying dengan ko sebenarnya...tapi, kenapa tak cakap dari dulu? Kenapa bila orang lain tegur kau baru kau pun gelabah nak carik kesalahan orang tu??




sebab semua orang ada hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing...
yeah right???

Saturday, October 22, 2011

Bahasa jiwa bangsa

Benda aku paling tak suka masa update blog adalah nak decide which language or paling tepat what kind of malay language I want to use.

Sebab kan I ni from East Malaysia but then pernah stay at West malaysia 4 years. Ofkos la bahasa harian memang cakap Sabah. Jauh beza kan cara sebutan, perkataan dan word arrangement Sabah & semenangjung......

Kalau saya tulis dalam bahasa Sabah, nanti ada orang baca tak faham. Tapi kalau saya tulis dalam semenanjung punya style like tambah 'kot, yeke, ade, tak, nak' rasa diri macam gedik or mintapuji orang Sabah bilang.

So selalunya akan tulis as general as I can....Tapi most of time entry jadik ala2 formal. Ayat tunggang terbalik satu hal lagi....dooooiiiii~~~

Ekceli baru baca beberapa entry lama, rasa macam susah betul nak faham apa yang aku sendiri tulis. Simpang siur sana sini.....

Terus jadik tensen....terus tengok Arashi sepanjang hari (eh...sikit2 nak tensen)
Ni tensen balik la ni....kena sambung tengok Arashi lagi la.....

Oh ya btw, tula pasal sometimes aku suka mengada2 tulis dalam english. Biar general la kan. Walaupun english mak tak terer mana pun nyah~~~~
Biar ada lobang2....yang penting confident....huahuahua


or.....tulis dalam Jepung pun ok......no hal......aku salah pun orang tak tau~~~