antaranya adalah kami tidak perlu begitu teruja untuk melaungkan slogan 1Malaysia kerana memang dari asalnya...itulah yang kami praktikkan di Negeri Bawah Bayu ini sekian lama...
di Sabah banyak kaum,kepercayaan dan agama...dalam setiap kepercayaan dan agama (kecuali Islam) ada pulak terbahagi kepada beberapa cabang lagi...
setiap kaum bebas meraikan sebarang perayaan mengikut kepercayaan masing2 asalkan tahu menghormati budaya orang lain...jadi, jangan hairan bila bila orang Kristian datang berhari raya...orang Islam join open house Krismas...orang Bajau tengok unduk ngadau dan Dusun main lumba kuda...
mungkin kamu akan kata..."ala...itu fenomena biasa..."
tapi fikir balik...berapa banyak perayaan yang telah ditolak atas alasan seperti Halal Haram Makanan...
di Sabah, persahabatan antara orang Muslim dengan yang Bukan Muslim adalah amat ketara...bila ada kenduri kahwin sahabat yang Bukan Muslim, mesti dia akan meminta tolong kawan yang Muslim untuk menyediakan makanan bagi tetamu Muslim. Dan fenomena biasa bila orang Bukan Muslim kahwin, mesti disediakan 2 tempat untuk mengambil lauk...Muslim dan Bukan Muslim.
Mereka juga sangat alert tentang sensitiviti orang Muslim...contohnya, supervisor saya adalah seorang yang bukan Muslim dan sundah semestinya beliau memakan binatang yang 'comel' itu. Beliau suka membeli mee goreng dari gerai berhampiran yang juga dimasak oleh orang Bukan Muslim. Dan beliau meminta maaf sebab tidak dapat membelikan untuk kami atas sebab Halal Haram. Beliau memakan mee itu di dalam plastik sahaja dan ada sekali tu kawan beliau ingin memakan mee di dalam pinggan lab kami. Tapi beliau menegah sekali lagi atas alasan Halal Haram pinggan itu bila diletak mee di atasnya.
Beliau juga selalu memberi ruang untuk kami bersolat zuhur...Tanya jika kami berpuasa atau tidak kalau kami menolak pelawaannya untuk makan.
Dan kami juga menghormati waktu beliau berpuasa pada setiap hari Rabu atau Jumaat kerana dalam agama mereka, berpuasa maksudnya mereka tidak boleh memakan binatang yang berdarah contohnya daging.
Percampuran agama sebenarnya lebih membuatkan kita faham dan seterusnya menghormati agama masing2...kita ada batas2 yang telah ditetapkan so, terpulang pada kita untuk kawal diri masing2...
Saya mengaku, kekuatan agama di kalangan orang Muslim Sabah masih kurang sehinggakan ada yang tidak dapat membezakan yang mana Muslim dan yang mana bukan...Tapi, jangan salahkan percampuran budaya dan agama kerana kita tidak perlu menunggu untuk bercampur baur kalau asalnya dari hati kita memang sudah goyah...Tidak kira di mana kita berasal...dengan siapa kita berkawan kerana semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk memilih jalan hidup....
Percampuran Budaya dan Agama bukannya sesuatu yang perlu ditakuti....ia adalah sesuatu yang perlu dinikmati kerana selain daripada pertukaran budaya yang ketara...kita juga dapat belajar untuk lebih menghormati antara satu sama lain...
tak guna asyik laung slogan 1malaysia kalau masalah antara orang2 sendiri pun belum selesai, jangan harap nak satukan rakyat yang memang dari dulu tak pernah cuba untuk mencari jalan penyelesaian...sikit2 rusuhan itu ini...baru peringkat kampus pun mau rusuhan...kalau sesama agama dan budaya pun sudah macam tu, macam mana pula dengan yang lain2????
mana mau cari Bumiputera kongsi perniagaan kedai makan dengan Cina...Orang Cina, India, Bumiputera duduk semeja bersarapan pagi di warung2 kopi...(selain dalam iklan yang kelihatan seperti provok sahaja)...semuanya ada di Sabah...
Dan saya bangga untuk mengaku Saya Urang Sabah...biarlah orang mau cakap kami tinggal atas pokok, kami cakap macam Indon, kami urang ulu2 dan pedalaman...Terima Kasih kerana mengingati ia sebagai imej kami...sekurang2nya, kami ada imej unik tersendiri yang meninggalkan kesan mendalam kepada sejarah Malaysia....
VISIT SABAH 2010..
lalala~
2 comments:
support ticket flight!!!
apakah~~~~
huhu
Post a Comment