Tuesday, July 13, 2010

Bittersweet

tengok last tarikh update blog..uish..memang lama
bukan tiada benda mau di update...cuma terlalu banyak sampai x tau mau tulis yang mana dulu
last2...satu pun tiada...ambik ko, adil dan saksama bukan...
bila tiba2 teringat satu perkara yang sudah lama simpan x terupdate, rasa macam x menarik pula...biasalah kan...macam la gosip. gosip, kalo ko simpan lama2 pun memang x best...lagipun, bukan namanya gosip kalo x yang terbaru kan...kan..hehe~

aku rasa kehidupan aku cukup menarik
kalo x menarik pun, bukan kamu tau kan...sebab aku ja yang tau kehidupan aku sebenar camna...so, aku mau cakap kehidupan aku menarik. kerana...
aku sudah merasa jadi surirumah pada usia muda, x perlu berkahwin dan beranak, aku sudah rasa macam mana pahit manisnya menjaga budak kecil yang baru kenal dunia dan cepat belajar semua perkara. lagi, ada masa aku rasa gembira, sedih, kecewa, lost dan excited x bertempat...itupun cukup menarik sebab dunia aku penuh dengan warna warni yang mempengaruhi perasaan.

sekarang ni, kalau boleh aku cuba untuk menjadi environmental friendly dalam sekecil2 cara sekalipun. contohnya, tutup lampu tangga sebab lampu ruang tamu pun cukup terang untuk anak tangga tu. tapi yang menyampahnya bila ada orang buka lampu tu right after aku tutup. sungguh x friendly, dengan environment mahupun dengan org sekeliling. eh, tapi malam ni aku pasang aircond lagi dalam bilik. xpa, kipas aku tutup...lalala~

kenapa eh aku macam malas baca blog orang yang tulis pasal kisah semasa dalam blog dorang?x pun pasal sejarah or pasal benda2 ilmiah?aku rasa orang tu macam poyo. sori la eh tapi ini pendapat peribadi (pernah ka aku ni cakap lapis kalau bagi pendapat)...bagi aku, blog macam perasaan kedua ko (apakah...), means apa yang ko rasa biasanya simpan dalam hati kan...so, another way is to write it in your blog. mungkin orang macam tu sentiasa berfikir tentang isu semasa or masalah negara or sangat educated...hmmm..niat yang bagus. tapi bagi aku, kalau mau info pasal isu semasa, sejarah or apa2 benda ilmiah, news ada...magazine, library dan berlambak di mana2. kalau memang blog tu khas untuk benda2 ke arah formal macam tu, kira macam BeritaHarian online kedua lah kan...ok...acceptable. aku pun kadang2 bila google contoh pasal hukum hakam kan, ada ja termasuk mana2 blog yang memang khas untuk kemusykilan pasal benda2 camtu. tapi kalo harini ko buka crita Cik Kiah jiran sebelah masak nasi hangit, esok pasal betapa stressnya hidup ko tanpa boyfriend dan lusa tiba2 pasal masalah politik negara yang x habis2, tambah lagi dengan ayat formal gila ketara sungguh kopipes, memang baik ko cerita ja apa kesudahan suami Cik Kiah selepas balik kerja dan mendapati rumahnya bau nasi hangit....bagi aku, blog adalah milik kita 100%. tulis apa yang kita rasa. okla...kalo ko rasa masalah politik itu mengganggu ko...tulis in a way yang ko betul2 rasa. bukan sekadar kopipes semata2 untuk impress org lain then drg akan fikir buah fikiran ko bernas...readers are not blind...eh, memanglah kan...

kamu...kamu...dan kamu...mesti rasa sejak 2 menjak ni blog aku bosan gila kan...aku pun da menyampah gila sebenarnya dengan blog ni. terfikir untuk delete or hide dari semua orang. tapi, fikir balik...sayang pula. blog ni adalah 1 cara untuk aku bersosial or berkomunikasi dengan kamu...kamu...aku tulis dan imagine apa perasaan kamu masa baca setiap entry aku. suka?nyampah?terasa?eh...then aku akan cakap sorang2 seolah2 macam respon balik dengan kamu...gila?dunia kan memang sudah gila...so, we are part of it. lagipun, blog ini saksi kehidupan aku. saksi cinta aku terhadap Arashi...eh. bila aku sudah lebih dewasa, dan mungkin masa tu akan kurang menulis atau sudah tidak menulis...then tengok balik blog ni, aku akan rasa betapa hebatnya aku di zaman muda....nguahahahaha!

satu lagi, aku x suka decoration blog yang terlampau sarat. leceh dan aku pun malas untuk cari template yang best2 (cakap ja la ko tu x kreatif...). ingin menambah link tapi juga malas. plan sudah ada...tapi, sama ja aku tengok keadaan blog aku ni. template ni pun pilih yang paling ringkas dan selamat. xpayah tukar2 font, kaler, apa semua...pernah cuba pilih template yang ala2 comel, ada bunga2, ada orang2, tapi aku cepat bosan...aku cuma berharap bunga itu boleh berkembang dan orang itu juga boleh membesar dan menjalani hidup seperti biasa tapi x yang berubah. so, tukar....mau letak banner Arashi tapi, cukuplah wallie aku, mozilla persona dan iGoogle background aku dipenuhi wajah kacak mereka. nanti ikan masin yang aku masak pun jadi muka drg, susah juga kan.....

jadi penganggur memang seronok...kalau duit masuk tiap2 bulan. tapi kalau penganggur duit x masuk2...tu yang x best. aku sudah berjaya mendapatkan game the sims 3 dengan harga yang dahsyat bagi seorang penganggur. dan sekarang wallet sudah kempis, local disk laptop sudah merah semuanya. hardisk juga sudah mula berubah merah. jadi, saya perlu dvd kosong yang banyak serta bekas cd yang vogue untuk menampung semuanya.


oh, btw..dalam the sims saya, Sho Sakurai dan Ohno Satoshi adalah housemate. character Sho adalah 'great kisser' dan Ohno 'never nude'....muahahahahhahaha!

siapa kata hidup itu bosan....?? (^^)/

No comments: