belum pun habis aku berkabung pasal Jepun (eh...perluka)
harini ada lagi berita sedih yang bertimpa2
mula2 dengar ada orang meninggal kampung sebelah
tapi kubur di kampung kami
sebab kampung sebelah mostly non-muslim so x tanah perkuburan orang islam
budak ni muda lagi...umur 15 tahun...aku x kenal
tapi rasanya convert sebab orang panggil dia Chong/Mary
kesian mak dia aku tengok...mula2 tenang lagi
bila tanah kubur tu hampir penuh orang timbus,tiba2 mak dia meraung
anak tunggal...mana x sedih kan
second...dapat khabar datuk saudara aku pula meninggal
dia memang hari Khamis lagi masuk hospital Queen Elizabeth (hospital besar Sabah)
sempatlah datang melawat petang tu tapi masih belum sedar
tengok keadaan pun memang teruk
dia ada masalah paru-paru dari dulu
banyak kali keluar masuk hospital, pembedahan..kejap ok kejap x
tapi masa ni, doktor cakap paru-paru suda rosak...jantung lagi ada masalah
nenek aku selalu mengharap....masa aku datang melawat pun dia cakap
"dengar pernafasan atuk...ada bunyi kan...ok la sudah maksudnya tu kan..."
aku pun iya kan saja...walaupun tau yang peluang semakin tipis
tapi dalam hati masih berdoa semoga dia dipanjangkan umur
datuk meninggal pagi tadi...
budak perempuan tu semalam
tapi dua2 kena kebumi lepas zuhur dan lepas asar
sangat sedih...aku ni memang jenis yang lemah kalau tengok tanah kubur,dengar orang menangis segala...
tapi aku juga jenis degil...tau lemah, pegi juga tengok...seboklah katakan
tadi sempatlah bacakan yassin dekat jenazah atuk sebelum dan selepas dimandikan
tengok dia dikebumikan...masa ni memang jelas terserlah sifat bizi bodi aku
tepi2 kawasan liang lahad tu semua orang laki
tiba2 aku menyelit sorang pompuan...tukar2 tempat lagi
carik spot paling clear untuk tengok proses....cis.
semoga aku insaf cepat
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua2 mereka
Al-fatihah~
2 comments:
semoga Shee insaf cepat
*amin kan jugak*
semoga kt sama2 cpt insaf juga...amin :)
Post a Comment