Friday, April 29, 2011

sesumpah

aku ni bukan dari golongan yang mengikuti sangat perkembangan politik di malaysia apatah lagi obses dengan setiap perkara yang terjadi berkaitan ngan politik.
tak kuasa hokeyyy...banyak lagi benda lain yang I boleh obeskan...eh obseskan

tapi sangat tak tahan kalau hal agama dipolitikkan
main sumpah2 ni apa kes????
kalau betul la kau tidak bersalah...berdoalah kepada Allah agar kebenaran terbongkar suatu hari nanti.
x payah main sumpah2 ni...x payah.
tujuan utama kau bersumpah tu pun sebenarnya untuk meng'impress' orang ramai yang kau berani kerana benar lah kunun kan....
orang mau sembahyang jumaat lah....jangan kacau boleh???

ni kes porn video lah ni kan
aku masih x faham apa masalah dalam kes ni sebenarnya
apa salahnya kalau orang tu mau buat porn video pun
bukannya dia merogol perempuan dalam tu kan
dua2 pun rela melakukannya so???
tiada masalah dari segi undang2 dunia aku nampak
kalau undang2 akhirat ya...tapi itu pun bukan urusan kau kan
itu urusan si pembuat dengan Allah...kau sebok kenapa?
untuk menegur, banyak lagi cara berhikmah yang sesuai kot

kalau soal yang ingin dipertengahkan ialah tentang 'keperibadian seorang pemimpin'
x payah tunggu porn video keluar pun memang banyak kes yang boleh diselongkar aku rasa
bukankah dengan berbuat macam tu kau dikira membuka aib orang???

yang sorang ni pun...kalau mau 'berbuat' sesuatu pun tolonglah jangan rakam
apa kau ingat laku sangatkah porn video kau tu???
kau tiada 6 packs pun untuk ditayang
dan I bet the perempuan dalam video tu pun xlah se'hot' mana
so please.....think twice before doing something unreasonable
aku x cakap memang betul orang tu buat
ini kes 'if'....okk...saya tegaskan sekali lagi 'kalau'

kesimpulannya...politik di malaysia ni macam bangkai semakin hari semakin buruk dan busuk
banyak lalat yang datang hinggap
ambil sedikit bahagian untuk diorang sendiri
yang jadi mangsa adalah orang sekeliling yang terpaksa menahan bau yang busuk dan lalat banyak yang merimaskan.

aku pun jadi confuse mana satu yang benar dan betul2 berniat untuk menjaga kebajikan negara
berbanding kemajuan negara/kebajikan rakyat sekarang ni, apa yang aku nampak politicians ni lebih banyak bergaduh sesama sendiri.
masing2 mau tunjuk kuasa....tunjuk pengaruh
masing2 berniat mau menjatuhkan satu sama lain untuk kepentingan sendiri
tapi satu pun belum ada yang membuktikan ketulusan/kejujuran/kesungguhan untuk negara



sangat mengecewakan...jangan hairan kalau masih ramai anak muda yang tidak mendaftar/mengundi...sebab kami diajar dari kecil untuk tidak menipu
dan bagi kami...masih banyak keindahan dalam hidup yang perlu dinikmati selain melayan kerenah politik yang x akan habis.


peace no war XD

No comments: