saya ada ramai kawan
dan juga ramai musuh
sebab saya seorang yang jujur
bila buruk, maka x cantiklah yang akan keluar dari mulut saya
mungkin juga saya seorang yang sinis atau sarcastic..???
apa yang saya gosipkan dengan orang lain adalah yang benar sahaja
kalau ada pun yang x benar, itu semua datang dari mulut2 orang yang menyampaikannya
saya juga bukan seorang yang banyak muka
kerana saya sudah cukup yakin dengan muka saya yang satu ini..x perlu mempunyai banyak muka untuk hidup
bila x suka, maka x suka lah yang akan saya tonjolkan di muka saya
tapi biarkan...sebab saya hidup bukan berdasarkan mulut2 orang
saya hidup di atas mulut sendiri
dan saya lebih yakin dengan apa yang keluar dari mulut sendiri
saya suka kumpul kawan
dari sekolah rendah sampai universiti
ada kawan biasa..kawan baik..kawan rapat..kawan karib...kawan lepak...kawan gosip
tapi saya seperti belum menemui kawan yang betul2 menyokong saya di kala susah dan senang
mungkin bukan sebab tiada, mungkin sebab saya yang menafikan kehadiran mereka2 di sisi saya
saya masih ingat, masa sekolah menengah (agama) dulu, saya sebagai seorang yang mempunyai darah muda mengalir dalam sel2 pembuluh darah dengan sesuka hatinya telah menyorak bersama2 dengan pelajar lelaki yang lepak di kantin sekolah. sorak pasal....orang kena denda...mungkin. perkara itu biasa (at least for me) dan ada juga beberapa pelajar perempuan yang lain join menyorak bersama2...mereka kelihatan gembira namun, apa yang saya dapat adalah jelingan dari kawan2 yang duduk berdekatan saya sambil memarahi tindakan saya yang kononnya x bermoral itu (bagi pelajar sek men agama)...saya terkedu sebab saya x rasa saya salah. namun, atas dasar complexity remaja zaman itu yang takut kehilangan kawan, saya diamkan saja.
semakin membesar dan melalui bermacam fasa kehidupan, saya sedar yang kita x perlu terlalu mengikut kata orang bila kita rasa apa yang kita buat itu adalah betul...mungkin ada masa kita tersilap tapi, bukankah tersilap dalam melakukan sesuatu itu adalah lebih baik daripada x melakukan apa2 langsung hanya kerana ingin nampak sempurna dan takut tersilap...??universiti adalah tempat yang betul2 menonjolkan sikap seseorang...bermacam2 jenis manusia akan wujud dalam bermacam2 situasi..termasuklah saya.sebab itu di kelas saya ko akan boleh nampak kawan putus kawan...couple on off (ikut mood)...split personality (di bilik lain, di kelas lain)...dan juga jujur sejujur2nya terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat (jenis berkecuali..sentiasa neutral)
alangkah seronoknya kalau saya ada kawan yang sentiasa saling menyokong, x kira sebodoh mana pun perbuatan saya
mungkin saya yang belum bersedia untuk terlalu terbuka dengan orang lain...saya suka berkawan tapi saya juga perlukan ruang untuk diri sendiri...x terlalu berkongsi, simpan sedikit rahsia untuk diri sendiri...banyak hal yang saya perlu perbaiki tentang diri saya...jika ingin disokong oleh seorang kawan, saya juga perlu melakukan hal yang sama...dan saya x pasti, adakah saya akan bersetuju jika dia berkata ingin memakan t*hi bersama ABC sebagai penambah perisa.....
*cerita di atas adalah rekaan semata2...berdasarkan kisah hidup manusia sebenar......apakah maksud..???*
No comments:
Post a Comment