Wednesday, June 9, 2010

love makes me strong

masa di matrikulasi dulu, ada sepasang kapel di dewan kuliah aku, dua2 orang sarawak
dorang sangat femes sebab sama cantik,sama padan...tambah lagi dua2 memang pandai
dewan kuliah aku ni jenis yang ada fixed place. once ko da duduk satu tempat, ko akan duduklah di kerusi tu sampai habis semester..
so, biasalah kan kapel2 ni,mana sah kalau x duduk sama...
perempuan itu, lets name her B and the lelaki A. B ni tutormate aku.peramah, baik, pandai...senang cerita,dia ada semua ciri gadis idaman la kan...si A ni pula aku xtau tutor berapa tapi muka boleh tahan baby face (mereka ada kacukan chinese), kulit licin gila.jeles aku!
dipendekkan cerita, semester 1 dilalui dengan sempurna...mereka nampak bahagia..pergi library mereka berdua, makan bersama dan outing pun sekali...kadang2 dengan kawan2 yang lain la kan...
kenal dari kecil...suka dari kecil...mungkin faktor keluarga yang ingin mereka disatukan...sampaikan aku rasa mereka lebih daripada kawan dan kekasih..

dapat result, perempuan tu 4.00, laki tu 3.88 kalau x silap....
masuk semester 2, nampak perubahan....lelaki tu agak bersungguh2, sudah tidak semesra dulu.faktor result barangkali...ada dengar si B ni selalu mengadu dengan classmate aku yang lain pasal masalah dia dengan si A ni.A sudah x macam dulu katanya...tapi mungkin kami fikir itu perkara biasa kan...orang bercinta lah katakan....
perempuan cantik macam si B memang sangat penuh dengan usaha...rambut rebonding beliau tukar dengan curl...spek mata buang, pakai contact lens...pakai mekap...calit sikit2 dan bertambah lah kecantikannya....
tapi yang pelik, lelaki itu makin jauh....

pertengahan semester ke2 menyaksikan perubahan drastik dalam hubungan mereka di mana sudah tidak kelihatan kelibat bersama ke library, kompleks sukan atau ke mana2 sahaja...
kemuncaknya ialah bila si A sudah tidak duduk bersama B dan lebih memilih untuk bersama kawan2 lelaki yang lain...masa ni memang dengar macam2 versi cerita pasal dorang....
oh, aku x heran okkk...sebab i kan classmate so, anytime pun i bakal jadi among the earliest yang akan dengar versi sebenar...
antara spekulasi yang dibuat adalah:

:: si A rimas sebab si B terlalu mengongkong dengan terlalu berkepit sampai beliau tiada masa untuk kawan2 lelaki yang lain
:: si A rimas sebab orang terlalu membandingkan keputusan si B yang jaug lebih baik berbanding keputusannya (well...u can see the difference if u're talking about 'men's pride')
:: saja untuk kontroversi (matrikulasi memang tempat penuh kontroversi...X.O.X.O)

tapi,orang masih tertanya2 sebab ada ketika mereka akan kelihatan bersama macam dulu2...cuma tidak terlalu kerap....
sampai satu ketika, ada saksi menyatakan terlihat lelaki itu berjalan bersama SEORANG PEREMPUAN TOMBOY YANG MEMPUNYAI MESSY HAIR (read: kusut masai...literally)
spekulasi bertambah hebat...siapa perempuan itu??kuliah mana??kos apa??kelas mana??
sangat misteri dan kalau Google ada mewujudkan search engine khas untuk budak KML, pasti nama (yang x diketahui) beliau masuk dalam top search item....

muka beliau terus manjadi buruan...nama yang x diketahui...hanya wajah sebab mereka agak kerap bersama masa tu...tiba2 lagi kawan aku cakap perempuan itu rupanya 1 dewan kuliah dengan kami dan classmate lelaki itu...aku pelik...okkk...memang pelik sebab mustahil selama hampir 2 semester duduk bersama dalam dewan kuliah yang sama, aku x perasan kewujudan perempuan tu...untuk pengetahuan, aku & geng adalah di antara the 'back side of lecture hall' so of course aku cam semua muka dalam tu kan....
orang kata dia duduk paling blakang sebelah pintu masuk...satu hari aku try paling ke belakang dan memang betul beliau wujud...what a shock! (dulu tempat tu diisi oleh org lain...yang mungkin sudah di'kick' masa awal sem 2 sebab bangang yang berlebihan..)

mula2 tu nampak beliau sangat serabai dengan rambut yang 'ikal' tomboy x disikat dan muka yang x pernah senyum...kerusi kiri kanan memang kosong so, boleh buat kesimpulan life beliau itu jenis yang bagaimana...tapi dengar kata beliau seorang yang agak pandai...pointer 3.64 lebih kurang...ada yang kata 3.8...oh, you see how i like the matriculation....hehe
si A masih duduk bersama kwn2 lelaki yg lain, berjauhan dengan si B...satu hari, mungkin sebab kuasa cinta, si A mengambil langkah drastik untuk datang ke kuliah bersama dan duduk bersebelahan dengan perempuan tomboy...err...tidak! beliau x kusut masai...beliau kelihatan sangat cantik....rambut sudah diikat kemas, bibir asyik senyum sambil berborak mesra dengan si A....owh...perempuan itu memang cantik...mungkin tidak secantik si B tetapi cukup manis untuk aku toleh berulang kali...
pendapat peribadi aku: beliau cantik semulajadi tapi tersembunyi selama ini...si B pula juga cantik semulajadi tetapi terlalu banyak touch up menjadikan muka x natural....

mulai saat itu, si B seorang gadis peramah,periang dan pandai tiba2 menjadi sangat pendiam, mata selalu bengkak masuk kelas dan ada masa sengaja x datang kelas...tapi yang hebat semua kerja beliau siap dengan jayanya....
tapi bila bersama2 kawan2 di kelas, si B akan berusaha senyum dan tidak menunjukkan reaksi sedih walaupun kadangkala memang nampak juga....
sampai satu tahap, mungkin bosan dengan hidup tertekan, si B bangkit semula menjadi seperti beliau yang dulu...kembali ceria dan bersemangat...kali terakhir borak dengan beliau ialah masa menunggu di luar dewan peperiksaan...borak pasal paper biologi, itu ini...itu ini...dan nampaknya sekarang beliau sudah totally menjadi gadis 'natural' yang cantik dan periang....

"love makes me strong"
macam si A yang berani menentang kontroversi tentang kisah hidupnya dengan membuktikan bahawa beliau telah menemui cinta baru dan semalam itu hanya sebuah memori....
bagaimana si perempuan tomboy itu boleh mengubah dirinya dan menjadi seorang 'gadis' yang sangat cantik di sebalik kehidupan yang lalu...
dan langkah bijak yang diambil oleh si B dalam menempuh kisah cinta yang sangat menyakitkan...orang boleh 'down' sebab putus cinta tapi beliau sedar yang cinta itu sesuatu yang perlukan kekuatan untuk dihadapi...kerana cinta itu menjadikan beliau tabah melalui masa2 yang terlalu menekan.....

kita lahir kerana cinta...hidup di atas cinta orang lain kepada kita dan kita saling menyokong dengan memberi cinta kepada orang lain.....
siapa kata cinta itu sesuatu yang tidak elok????


jadi...marilah bercinta dengan saya...
sebab saya suka bercinta....


Song: ichibu to zenbu by B'z

1 comment:

mas said...

like the way u analyzed it..haha