kenapa kalau lagu orang selalu buat lirik hilang dalam gelap?
dalam terang x boleh hilang ka?
hilang dalam dakapan mu...
lesap dalam bayangan angaumu...
eh...apa aku merepek ni....maklumlah,macam jakun baru masuk blog
terlampau lama bersarang kan....
ok...hilang dalam terang...
ada juga kes kan...budak hilang masa mama sibuk shoping di siang hari...
atau hilang masa bermain di playground...
ataupun masa sarapan tuang kopi dalam cawan, p basuh muka then tengok kopi sudah hilang...
sebab ada orang sudah minum....kan...kan
banyak benda boleh buat lirik lagu
x perlu terlalu bombastik (pesanan cikgu BM sek men)
sama juga macam filem...buat jalan cerita biasa2 sudah tapi dengan kualiti yang memuaskan...
kenapa d negara barat orang yang duduk tepi jalan pakai singlet yang koyak rabak dengan jeans ala2 style vintage bersama sebuah gitar, mampu menghasilkan lagu dan lirik yang best?
x perlu kecoh2 hasilkan realiti program sana sini konon2 utk mencari bakat sebenar dalam industri seni....nyampah i...sebab dorang x pilih i jadi i nak buat aduan kat melodi...
aku bukan apa...banyak sangat realiti program ni membuatkan aku semakin malas tengok tv...
drama baru?drama best?semua aku xtau...adala tengok benci bilang cinta,cerita indon tu 2,3 kali...tu pun seksa jiwa aku...satu,aku x suka tunggu iklan...dua,aku benci indon...tiga,aku benci cerita konon2 adaptasi dari cerita lain tapi x sama punnnn (crita ni ala2 princess hour la...crita korea tu.tp besala, klu indon punya cerita mmg hampeh...lagi2 dgn 'overacting' pelakon2 dia)...
AF8 dulu lagila...jgn harap...tengok mmg tengok..sama2 family kan...tapi mcm besa, lebih byk miss concert dia which aku x kesah...sekarang ni mentor lagiiiilaaa...nama peserta pun aku x kenal...
dan mula lah satu2 mau kutuk cerita jepun tu...
brief description...dari luaran,cerita jepun itu memang bosan...yalah, dengan pelakon yang ala2 sopan, kontrol gitu..skrip yang lambat...lagu pun mendayu2 kan...pulak tu x faham bahasa dorang....
kenapa?kenapa orang jepun yang x agama, hanya percaya kepada keseronokan dalam kehidupan dengan apa cara sekalipun, boleh buat cerita bosan begini???sebab contents...
keseronokan bukan sesuatu yang dicapai dengan mudah...mungkin ada tapi kehidupan takkan seronok tanpa cabaran...ok,sila take notes yang cabaran bukan hanya terbatas pada pergaduhan kekasih, masalah perebutan harta dalam keluarga ataupun krisis dalaman syarikat...
contoh cerita 'Rookies'...aku sebagai peminat cerita jepun pun mengaku yang cerita itu memang SANGAT BOSAN dan aku pelik kenapa cerita itu boleh jadi drama of the year dengan OST sebagai song of the year...after tengok satu2 episod,aku perasan yang memang ada something yang membuatkan aku keep wanting to watch the next episode...dalam cerita ni,target cuma satu,iaitu dapat pegi koshien main baseball wakil pasukan sekolah.tapi sebelum melalui cabaran paling besar, 1 benda yang paling penting ialah cabar diri sendiri which diulas dengan penuh teliti dalam cerita ni...dan sebab itulah kebanyakan yang bukan peminat jepun mendapati cerita ini sangat bosan
apa2lah...macam aku kesah....
apapun,esok mau tengok wayang...masih berfikir2 perlukah tengok lagenda budak setan...
ada orang kata best,ada yang kata biasa2...emmm...depends la kan...
harap2 banyak pilihan movie so aku x terikat sangat dengan apa yang ada
lagi...harap2 movie melayu semakin maju dan ada banyak lagi movie seumpama 'cinta' akan wujud...salute Khabir Bhatia (betulkah aku eja nama beliau???)...i like all your works!
siapa kata filem 'cinta' itu terlalu jiwang dan sesuai untuk orang jiwang ja?mari aku gigit telinga dia....
No comments:
Post a Comment