untuk mengakhiri apa yang aku mulakan
tanpa melihat ke belakang
kerana aku begitu teruja menghadapi masa hadapan
dengan menikmati masa sekarang
rasa macam lain
memulakan sesuatu dalam kecelaruan
tidak menyedari perjalanan yang telah dilalui
kerana dikaburi dengan pelbagai ragam kehidupan
penuh warna warni
tempat ini memang hebat
bermula dengan penuh susah payah
bermain bersama debu-debu tanah
berkongsi segala apa yang disediakan
namun ini menjadikan kami generasi yang hebat
mensyukuri setiap nikmat yang diberi
sedikit demi sedikit
yang berlalu biar berlalu
mungkin aku adalah di antara orang-orang yang terpilih
melalui jalan sebagai remaja yang terpelihara
walau tidak pernah berasa puas melalui jalan ini
kerana masih terlalu banyak yang aku perlukan, tiada di sini
namun Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik
tinggal kita untuk mencari
aku tetap berterima kasih kerana sudi menerima ku 4 tahun yang lalu
namun untuk kembali ke sini, adalah sesuatu yang bukan dalam pilihan
kerana aku tahu, 4 tahun itu bukan semuanya indah
tapi, aku tidak mengatakan aku tidak suka
cuma, aku terima ia sebagai satu fasa dalam melalui kehidupan
membentuk masa hadapan yang masih di awang-awangan.....
apa yang pasti
suka dan duka
gembira dan sedih
sayang dan benci
kawan dan lawan
semuanya tercipta di sini
sejauh mana aku ingin menghapuskannya
sekuat itu juga ia tersimpan rapi
cuba belajar untuk menerima
kerana itu adalah satu kehidupan
- Himawari, (2006-2010)-
Life is Wonderful~~~!!!