Sunday, November 30, 2008

mari mengarut

apa yang korang akan lakukan kalau korang duk sorang2 kat umah and memang takde keje langsung....
itu adalah persoalan yang sampi sekarang aku xleh jawab
walaupun aku da menghabiskan masa hampir seminggu duk sorang diri kat umah ni..hanya ditemani katak yang tah datang dari mana...huh~
tapi,beliau pun sudah tidak ada...aku rasa sebab beliau mendapati bahawa hidup di dunia luar adalah sangat bosan,maka kembali ke bawah tempurung untuk meneruskan hidup dengan gembira.hmmm...kita berbeza sang katak......
mari bercerita...

************************************************************

korang pun mesti banyak kawan kan...yang lonely tu p main jauh2...
pernah tak korang rasa x puas hati ngn kawan sendiri sebab dia asyik buat mistake yang sama ngan korang tanpa cuba untuk mengubahnya?
aku banyak kawan camni..terutamanya after masuk universiti
aku pelik ngan diorang ni sebenarnya....
ada sampai satu tahap tu,rasa x boleh sangat nak maafkan sebab dah x bleh terima sgt sume tu
tapi still je pulak berkawan sampai skarang kan....
aku tak suka minta maaf dan aku juga tak mengharapkan kata "sorry" dari org...
tapi kalau terselisih bahu ke,terlanggar ke tu lain crite la....
ni maksud aku kalau ko da sakitkn ati orang tu and ko tau org tu terasa ati ngn ko..
even ngan parents aku pun rasanya aku x pernah mintak maaf secara face to face..malu siot!huhu
cuma,caranya bila aku da sedar kesilapan aku tu,aku akan tnjukkan yang aku akan berubah,tak ulangi kesilapan sama dan yang paling ketara ialah aku akan cuba ambik hati drg blk...buat baik ke,cakap kata2 manis ke(ye...sy memang pembodek sejati...)

kalau dengan kawan sendiri,aku xtau nak buat camna sebenarnya...
penat tau tak...penat lah nak layan orang yang x paham2 bahasa ni
paling tak boleh tahan,benda kecik pun nak terasa hati,perlukah setiap benda di dunia ini aku nak bagitau kat kau?tolonglah jangan salah guna kuasa "kawan" okkkk
tu satu,ada lagi pulak jenis yang pilih kawan...aduh la..ni pun aku tak paham gak ni
tu belum masuk yang berkira,pentingkan diri sendiri....
manusia2...memang sangat unik...setiap orang ada kapla hotak sendiri
pastu bila susah...yang ni jugakla yang di cari...that's why la aku slalu kat intermediate
dari skolah menengah lagi...x suka berada dalam kelompok tertentu..
dari dulu,aku da menyedari benda ni akan berlaku di mana2..oleh sebab itu jugala aku dah melatih diri aku untuk menjadi lebih independent walaupun kadang2 agak gagal....
aku tak suka terikat dengan satu2 kawan..dan aku tiada istilah bestfirend sampai sekarang
tanyalah salha,salma or siapa2 yang dah lama hidup ngan aku..aku mengaku aku banyak close friend tapi bukan bestfriend...

cuma kalau nak tau,kawan aku yang paling best setakat ni adalah kawan2 matrikulasi aku
sangat happening,free and independent...."kawanmu,kawanku jua"
itulah prinsip yg sesuai menggambarkn relation kitorng kat matriks dulu...aku kenal kawan dee,liza kenal kawan acun,dee kenal kawan liza dan acun kenal kawan aku..bukan kenal takat camtu je..siap boleh duk semeja sembang skali,outing pun boleh je skali....sampai sekarang pun still kontek lagi..yang paling best,kalau ada problem or whatever comes between,cara penyelesaian adalah sangat berhemah..seingat aku,kitorng x pernah masam muka lama2.paling lama pun dalam sehari dua je..sebab tulah,tak pernah say sorry tapi sendiri ingat silap masing2 and tak ulangi benda yang sama..hanya ada satu benda yang akan merenggangkan sedikit perhubungan kitorng iaitu sifat dalaman masing2 yang ingin bersaing dalam pelajaran antara satu sama lain..tu yang dekat2 nak kluar result tu,agak tegang jugaklah muka masing2..hehe

yang paling kureng adalah kawan aku di universiti..sorry geng but that's the truth..
ni bukan nak memburukkan sesapa....
cuma satu kelebihan yang aku dapat dari diorang ni ialah aku menjadi semakin matang terutamanya dalam solving problem..(yelah..da hari2 ade masalah..memangla..huhu)dan membawa diri sendiri....bila kita slalu berhadapan dengan masalah,secara automatiknya kita mesti akan menjadi semakin matang dengan masalh itu.masalah membuatkan kita berfikir dan seterusnya kita akan mengambil tindakan yang bijak agar tidak melakukan masalah yang sama berkali2(x taula kalau yang x paham2 bahasa tu kan...)

kawan kat skolah menengah pulak...aku dah anggap cam sebahagian dari hidup aku.ceh...
lebih dari kawanlah yang penting dan aku sangat menghargai ikatan ni.
tak kira apa yang berlaku or di mana pun aku berada,mereka ni lah yang aku slalu akan kontek..tak kira berapa banyak kawan baru yang aku dapat,diorang ni jugak yang slalu menghabiskan masa ngan aku...
dan diorang jugaklah yang paling banyak memahami aku....


ok...cukup kemengarutan aku untuk hari ini...panjang pulakkk
moral of the story.........
cari sendiri!

Thursday, November 27, 2008

tag dari jepun

1 - Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now. 2 - Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture. 3 - Post that picture with NO editing. 4 - Post these instructions with your picture. 5 - Tag 5 people to do this.



tag dari kak amy
da lama dia suruh buat sebenarnye
tapi,oleh kerana aku g penang 23-26 hb aritu so, tertunggakla hasrat di hati

gambar ni baru diambil petang tadi masa kat bilik gerakan FST(fakulti sains dan teknologi)
masa tengah kemas2 bilik gerakan tu lah...ni arahan dia x ikut sgt
byk kali gak snap gambar sbb cam banyak je problem.pencahayaan x elok,posing x best....
at last,bantai je la..tu siap ade tangan masturina sidek kat belakang tu lagi.
nak jugak menca'pub'...huhu

tapi ni muka mmg ori punya..
tada make up suma...memang natural habis...
slalunya aku pakai bedak muka kalau nak g memane pun
calit gak sket lipbam ke ape ke..tapi ni mmg sgt xde apa2
jadi,silalah lihat jerawat dan tahi lalat di muka.lobang2 bekas jerawat pun ada gak
paling penting,muka aku sangatla berminyak okkkk
hmmm...dulik la...tag ini sgtlah membuka pekung di dada..haha

aku nak tag sape eh?

wana (for sure)
and sape2 je la.....buatla cam tag sendiri...

Friday, November 21, 2008

bercampur baur

kegembiraan hanya sementara
habis exam khamis lalu.memang sangat2 lega
petang khamis terus pergi seremban
tanpa tujuan khas,kononnya nak beli baju
tapi ntah macam mana terbeli benda lain pula...huh~
nak tengok wayang tapi da lewat so,layan karaoke je...





gadis berbaju kurung itu adalah lepas exam terus g dating,x hengat nak tukar pun..
pastu kena stay ngn balak kat seremban sampi kul4 menunggu ketibaan para puteri raja sekalian

malamnya balik dalam kul 10 sampai rumah
terus buat lab report..kena submit
sangat..sangat...sangat...penat sebab semalam nya aku tdr lewat,bgn awal
cam burung hantu da mata aku...

kesedihan datang tanpa diundang

semalam hantar zila a.k.a gaban pergi KLIA
dia balik sabah,flight kul 9.50 pm
sedih gila!!!!!!!!!!!
bukan sedih apa...sedih sebab aku x balik cuti ni...
uwaaaaaaaaaaaa

kegelisahan tanpa sebab

aku gelisah...cehhh
gelisah menunggu hari malam sebab aku duk sorang di rumah ni
dan juga gelisah menunggu hari esok untuk ke penang
(pebende tah nak gelisah g penang!)

kemalasan hak milik setiap insan!

aku sangat malas..
malas untuk keluar bilik...
malas untuk mandi.....
malas untuk makan (ni mmg betul!x pernah aku rasa malas utk mkn ni)
malas untuk segala2nya....

tapi aku rajinkan juga diri ini..
hasilnya....

lab report aku da submit tadi...
dapur aku da kemas..lap meja,basuh pinggan.
dapur ni mmg xde org kacau sejak hari rabu,khamis camtu la...ape yg ade kat sinki masa tu,sume aku br basuh tadi...nasi dalam rice cooker pon da jadi bhn artifak
da masak air dan makan.teka aku makan apa.....
aku HANYA makan roti 3keping + coklat spread beserta air choco..
pada waktu 1.oo pm.sangat panas,minum panas dan rasa muak sebab banyak sangat coklat
itu adelah makan pagi dan tengahari...pagi adalah tidak makan apa2 sebab busy siapkan lab report...lahabau sungguh!

dapur da xde apa2..hanyalah ikan bilis dan lobak
apa yang aku boleh buat dengan mereka?
cili kering ada tapi nak buat sambal,leceh...nak kena rebus,blender...x kuasaaaaa
adakah aku akan berterusan makan roti sehingga ke hari esok???

kita tunggu dan lihat.....

penang tour'08 (23-26 nov)

Wednesday, November 19, 2008

walaupun ko bijak tapi ko still bangang

petang yang damai...sambil mendengar lagu la isla bonita.
baru habis melantak cucur yang dimasak sendiri
dan sedang membelek2 nota food microbiology...

tiba2 di buzz oleh member dalam ym..
aku pon buzz balik,beliau pun turut membalas dengan buzz lagi
pem'buzz'an berlanjutan beberapa ketika

kemudian sesi bertanya soalan standard
'exam bila hbs?'
'balik tidak?'
klu balik 'bila?'
kalau tidak 'kenapa?'
aku pun layankan sahaja......

pastu tetiba beliau mengutuk2 aku...
mungkin dengan niat ingin bergurau tapi beliau memang agak bangang aku rasa
dan sudah pastinya beliau mengutuk tentang bentuk fizikal ku yang agak comel ini
memandangkan beliau adalah rakan sekelas masa form 5 jadi aku tidaklah ambil kisah sangat
tetapi,beliau sangatlah bangang(lagi...) kerana dahlah kutukan itu secara tiba2,cuba pula buat lawak yang aku rasa hanya beliau sahaja yang gelak kelucuan
aku rasa macam nak masukkan tangan dalam laptop ni tampar2 muka beliau sambil berkata "aku benci kau!aku benci kau!"(dengan nada yang manja)

aku rasa sangatlah seperti bangang(lagi...) kalau aku terus melayan mamat 3suku itu
jadi aku pun mengambil keputusan utk meneruskan pembacaan nota ku sambil mendengar lagu yang kini telah beralih ke mariah carey 'my all'....lagi best jiwang sorang2...

mamat itu sungguhlah hampeh!
sangat mengganggu ketenangan awam..
aku jarang marah kalau ex-schoolmate aku kutuk or gurau senda dengan aku...biasalah kan..aku pon kadang2 suka juga kutuk dorang nih...huhu
contohnya samju,yusrie,salma,salha...dorang ni lah yang agak selalu bergurau (read=kutuk) aku
tapi rileksla kan.....jali yang physco tu pun aku tak ambil port sangat..ni kan pulak kawan2 aku sendiri (jali bukan kategori kawan)

tapi mamat ni memanglah...dahla kitorang memang dah lama tidak ber'kontek' ym,apatah lagi sms,kol jauh sekali,tiba2 pulak kutuk aku kat ym...aduih....
kalau dia tu kategori close friend aku boleh terimala kan...memang itupun cara kami bertegur sapa tapi,dia tu siapa?siapa dia?hanyalah makhluk Tuhan yang ditakdirkan menjadi classmate aku masa form4 dan form5....
memang kerja beliau adalah mengutuk aku semenjak sekolah menengah lagi
pasal tu lah aku rasa beliau tidak mempunyai banyak kawan...muahahahahaha
bijak memang bijak, tapi kalau bangang buek po????hohohohohohohohoho

kini mp3 ku telah memainkan lagu 'my girl' daripada michael bolton


setelah banyak klu yang diberi di atas,
kamu rasa siapa yang aku maksudkan?
hehe....sila simpan jawapan dalam hati....

Monday, November 17, 2008

TAGGED BY WANA

first time aku kena tag.x tau pon benda ni apa sebenarnya..
layan je la....xde benda nak di post pun kan....

Named 5 people you can think of right on the top of your head..Dont' read the question underneath until you write the name of all 5 people. This is a lot funnier if you write the name randomly. No Cheating!!

1-of course org yg tag aku..wana
2-tetibe teringat kat masturina sidek..hoho
3-samju-ni memang slalu ada lam kepala aku..hoho(bangga la tu)
4-terus melencong teringat aat
5-kakak aku-anidah...pelik,pesal aku teringat dia..

Question 1 : How do you meet 1?

wana...camne aku terjumpa ko eh?tulah yg dinamakan jodoh kan..hoho
masa aku masuk USIM le....aku pun lupa cne aku 1st time jmpa dia sebenarnya..
tapi yg pastinya masa aku masuk u lah..dah nama pon coursemate..
of coursela aku akan jumpa ko gak kan...huhu

Question 2 : On the scale from 1-10..How you rate your relationship with 1?

aku letak 1 kang kecik ati lak...hehe
emmm...6 kot...ok je selama aku kenal dia ni..
leh je citer pa pe kan....

Question 3 : How long have u known 4?

aat a.k.a muhd syafaat
emm..let's see...6 years..since form4

Question 4 : How do you know number 3?

samju
schoolmate aku dolu2...ntahla...tak kenal sangat..hoho
aku just bleh ckp yg dia ni antara koleksi kawan laki aku yang aku agak selesa nak share story or apa2 yang aku rasa aku x bleh share ngan org lain...huhu...
(apa ko rasa samju???huhu)

Question 5 : Where is 5?

kakak aku..anidah
di maktab keningau

Question 6 : A fact about number 1?

dia slalu perasan comel...muhahahahahahahha
ini fakta yg x boleh disangkal!

Question 7 : Who is no 4 going out with?

dia ckp akulah kekasih awal dan akhirnya..wah..statement!
ntah..tanyalah dia sendiri!

Question 8 : What does no 1 do for living?

bernafas dalam lumpur..

Question 9 : Would you live with number 3?

tanya tuan punya badan dulu..hoho..
gila ka apa????????bukan muhrim....

Question 10 : Would you make out with number 4?

make out???make out???ngan aat??
pa maksud tu???

Question 11 : What your opinion about number 2?

barulah ade soklan tuk ko masturina sidek..huh~
a person who hardly tell a story bout her family or generally,bout her personal life
kalau aku borak ngan die,jaranglah die citer sal benda2 tu...
mesti dia slalu kata aku ni comel...ahaks!
tapi kan,haritu die dah mula membuka pintu hatinya utk citer satu benda sal dirinya yang involve family matters...huhu...thank you mas...tu maknenye ko caye lah ngn aku tu kan...sob..sob..(terharu..)

Question 12 : What's your favorite memory with number 5?

banyak la...dari kecik aku hidup ngan dia
emmm...masa aku masih skolah di SMAKK dulu,dia di SMESH
kdg2 hujung minggu aku p tempat dia,dia p tempat aku
masa dia birthday kebetulan hujung minggu,aku belikan dia kfc...
baik kan aku..masa aku mau PMR dia dtg hujung minggu wish good luck
sekarang ni..mau beramah mesra???harammmmm..huhu

Question 13 : What would you do if number 1 going out with number 2?

aku join skali ler...layan karaoke jommmm

Question 14 : Ever had a long conversation with number 5?

kan aku dah cakap aku hidup ngn dia dari kecik???
panjang,pendek,setengah tiang..semua ada...

Question 15: Have you ever slept at number 2's house?

dia tak ajak pon..wah...huhu

Question 16 : Do you hang out with number 3 often?

aah...often lah sangat..
mamat tu kat benua eropah,hang out pekebende nye??

Question 17 : Who do u known the longest?

no. 5 la...lagi mau tanya ka????

Question 18 : How often do u talk to number 1?

bile jumpa boraklah...kalau ada mood la..hehe
bila nak abis benda ni wanaaaaa.aduih la...

Question 19 : What about number 2?

same...banyak tanya la benda ni!

Question 20 : Have you ever thought number 3 as a friend?

yolah...takkan musuh pulak kan...

Question 21 : Do u dream about number 2?

xde kerja aku nak mimpi sal ko mas...
bek aku mimpi jadik org kaya...

Question 22 : What have you done to number 1 that he never forget?

he???she okkkk....
tah...tanyalah dia sendiri..
bukan aku yang control hotak dia...

Question 23 : What is number 3's hobby?

emmm...x pasti..kan aku dah ckp aku x rapat sangat ngn dia...
maybe something like photography stuff,bowling or surfing...huhu
memandai je aku ni....

Question 28 : Who do you want to tag?

oleh kerana wana yang tag aku sal benda ngarut ni...aku xtau nak tag sape lagi
hentam la...sape2 yang baca.....

Saturday, November 15, 2008

7 DAYS DIET

The Seven Day Diet is a fad that continues to circulate despite being very unbalanced. This diet is a simple 7 day plan that emphasizes a different food group each day. The origin of this diet is unknown.

7 Day Diet Plan

This diet is nothing short of ridiculous and should not even be considered as a viable option for weight loss. It is very unbalanced and very low in calories. AVOID.

Monday
Eat as much fruit (and juices) as you wish of any fruits, except bananas.

Tuesday
Eat all of the vegetables (and vegetable soup) that you wish.

Wednesday
A combination of Monday & Tuesday (i.e. fruit - except bananas, juices, vegetables, vegetable soups).

Thursday
Eat 5 bananas and drink 5 glasses of whole milk. Some versions say 8 bananas and 4 glass of milk.

Friday
Eat 4 steaks of meat (3 ounces each - beef/chicken/fish) with unlimited green vegetables.

Saturday
Eat 4 steaks of meat (3 ounces each - beef/chicken/fish) with unlimited green vegetables.

Sunday
Eat 4 steaks of meat (3 ounces each - beef/chicken/fish) with unlimited green vegetables.


apa kata aku ikut diet plan ni?mampu kah aku?aku sekarang ni mau mengamalkan mogok nasi pada watu malam.berazam untuk tidak menyentuh nasi langsung pada malam hari.kalau lapar tahap gaban pun minum milo or teh or kalau gila2 x bleh tahan,mkn la sekeping dua biskut kering.boleh?

nanti aku try,hujung minggu ni timbang berat lagi...

p/s still ada 2bungkus stok meggi..apa kata habiskan dulu?

lalalala~

Friday, November 14, 2008

tolong hapuskan fast food restaurant di malaysia

aku di ambang kemiskinan...(mukaddimah yg menyayat hati....)

tapi aku masih tidak insaf atas kemiskinan itu
mungkin masih di ambang jadi aku masih leka menghabiskan sisa duit kerajaan

sabtu minggu lalu aku beli kfc,ahadnya pula beli McD
pas exam tadi,para housemate sekalian mengadu lapar dan
bosan makan sardin(ya..sardin adalah makanan ruji kami..selai drpd telur dan ikan bilis)
aku pun mula faham maksud mereka...
jadi,kami semua pun meng'order' McD secara beramai2...

maka,bermulalah sesi 'tidak sedar diri duit sudah habis' aku

hmmm...cuti ni aku x balik..
plan mau kerja ngan fatty
tapi.....

aku rindu adik aku

rindu

rindu serindu2nya....huhu

Tuesday, November 11, 2008

I'M SICK OF IT!

i have 3 straight papers this week.wed until friday.
and it really make me sick...ooooohhhhh
i can't even concentrate of the paper just now!
just looking around the exam hall and all
i had in my mind was just a silly thought!
even i manage to finish before the times up but still,
i don't like the 'me' now..everything seems wrong!

Sunday, November 9, 2008

K.E.M.A.L.A.S.A.N


kalaulah aku boleh baring kemalasan dengan muka comel camni kan best....
tiada kerunsingan..rilek ja baring.....

kalau aku start baring jak confirm besoknya aku akan meroyan
sebab tertidur dengan niat berbaring (lama pulak tu)
pastu study tak habis lagi...

huh~

Friday, November 7, 2008

tirediness make loneliness (ade ke bhs cmni?)

direct to the point la..
aku memang sangat..sangat..tersangat lah penat hari ni
after exam,terus rush p KLIA,tmn member confirmkan tiket
sejam lebih camtu kt airport,pastu trus balik..
penat sebab naik bas laam sgt gak kot....

kena pulak jln kaki balik umah.
teksi tu berhenti kat hostel bebudak ni,so aku kena jln kaki
balik umah la....panas gila2 lak tu..

baru nak start tido petang,owner umah pulak dtg
nak psg railing tingkap and cek paip yg tah bape abd xde air

mlm nak tido awal tp tgk pulak anugerah skrin tv
cam bodo je tgk bnde ni..tah hape2..
ade patut 'kala malam bulan mengambang' menang filem trbaik???
xde motif ok cerita tu...just filem nak buat lawak2 bodo okla...

yang lagi lawak,Dr. Muzafar yg naik g bulan tu pun jadi
salah seorang penyampai anugerah..muahahahahahaha!
lawak siot!ko pehal menyebokkan diri dtg benda x berpaedah tu?
xde kaitan okkkk....mem'blur'kan diri sndiri ats pentas.
kuar kat pentas,merapu jap,announce winner,trus blah....
aduih la....tolongla....tv3 byr ko byk sgt ke????
tv3 ni pon dh xde idea sgt nk buat majlis tu happening...
hasilnya..nothing!bhn utk lwk jenaka ada la.....


sakit kapla aku pkr msalah negara ni..harharhar!
oklah...nak tido tapi nak tengok crita jepon ni jap..
kepala makin berdebyut.......

Wednesday, November 5, 2008

LIHAT AWAN DI SANA...BERARAK MENGIKUTI KU...


lihat itu kalian...
itu adalah meja hamba Allah yang rajin study (last minit..)
sila contohi ya.....

ni masa tgh study subjek research methodology
aku pun pelik kenapalah uni aku ni suka sgt paksa student dia ambik subjek yang bukan2...huh~

otak aku x boleh terima sgt subjek ni
baca banyak mana pun..still x leh masuk....
buku dia ayat-mayat je byk...bengkak mata aku seharian menatap buku itu
ala2 org study subjek physocology.....kot......
buku die membebel je...buhsan tau tak..buhsan!

mcm mn berserabutnya meja aku tu..mcm tulah
berserabutnya otak aku ms exam tadi....
dah istighfar byk kali pun still x on suis otak aku ni..
berkhayal ok...aku fly dah sampai ke london bridge is falling down...
maybe gak sbb x cukup tdo cz semalam mmg aku x dpt tido
x tau aku jawab ape..last2 baru on skit tu pun still agk malap


betullah orang kata..kalau hati tak suka ngn sesuatu,
ko buat macam mana pun,ko takkan boleh ngam dgn benda tu

emm
lalala~

Monday, November 3, 2008

ALAHAI EXAM.....

aku tgh study business tapi cam bosan je subjek ni
pehal tah kitorang kena ambk bnda ni...
bukannya aku ni major in business..huh~

tetiba aku terimbas satu benda yang aku rasa
takkan boleh lupa sepanjang sejarah aku ambk exam...

masa tu aku rasa 2nd sem kot...zaman budak2 yg masih
diwajibkan ambk subjek bahasa arab
dulu kat uni kitorng ni wajib ambk 4 kemahiran bhs arab
maharat kitabah,qiraah,istima' dan aku lupa lagi satu tu
ke mmg 3 je kemahiran??lantak r...huhu

sem 1 ambk maharat qiraah.lect dr sudan ke mn tah...
gle aku x paham pe die ckp...angguk2 je sudeyyyy...
sem 2 maharat kitabah...aku kan cam x ikhlas je blaja arab ni sume..
yelah..dah setahun tgglkan,tetibe kn blaja blk...
em..mybe sbb xde mnt jugak..tu yg cm xleh nk terer wlupun dh blaja 7thn..huhu

masa final exam bhs arab maharat kitabah tu
aku terlewat bgn..exam start kul 9,aku bgn kul 8.
masa tu duk hostel nilam lagi.klu nek bas dalam 30mnt nk smpi campus
tu pun klu x stop byk kali sbb trafic lite yg mmg byk kt nilai ni...

aku bgn dgn cuaknya...dahlah trlepas subuh..tawakkal je g exam
dan yg paling best tu kan..AKU TAK MANDI....haha
basuh pe yg patut je..mmg keje gile...
pck bas tu pulak x nak gerak..dah kul8.20..still x nak gerak..
rilek je merokok smbil minum kopi kt warung tepi jln
habis aku sumpah seranah pck tu (dlm hati je la...)

8.45 camtu aku still on da way nak g campus
kwn da call ni..tp aku x prasan..kebetulan ust yg ajar aku
jaga exam masa tu..die pon ikt nk call skali...baik kan die..hoho
drg kata,ust tu siap nak pick up aku lagi kat hostel

smpi campus tpt kul9..kena rush g dwn exam...
mmg kehadiranku dinanti..sume pndang aku bagaikan ade trtulis
kat muke aku ni "ye..sy lambat dan x mandi.sila pandang...."
dwn tu kck,x ramai org.dak klas aku n klas lain yg aku x knl....ade beberapa la...
aku ni kan cam x tau malu sket..blh pulak buat selamaba je ambk tmpt.....

pastu,ble start ambk exam sajelah nak tnjuk terer,x nak tnye ust
pa pe arahan yg aku x paham...aku paham sbnrnye tapi tersalah paham pulak
soalan yg die suruh pilih,aku jwb sume...yg wajib jwb sume,aku plh..
x ke bodo sombong namanye...huh~
tu yang aku dpt C utk subjek ni....hehe

kira hari tu mmg sgt miserable...bkn hari tu je..
tapi sepnjang sem 2..ntahla..xtau knapa...
myb sbb aku mmg mls kot sepnjg sem tu....
aku bz ngan aktivit ko-ko..
ble sedar,final lg tggl 2 mnggu.ms tu nk catch up blk pun rs cam mls
truk gak r result....

jadik pengajaran la....kalau ingt blk,mmg rasa bodo sgt
skang ni,ble trserempak ngn ust tu,mmg buat x tau je
malu ade..lucu ade.semua la...tah ust tu msh ingt lagi ke x...



ok...saya nak sambung study..
panas la kt bilik ni...nak study kat bawah la..kt ruang tamu..
(smbil tlg Has nak masak...n tgk tv)

AKU TERTIPU!

aku bukanlah seorang yg mudah tertipu..
(tapi aku suka menipu...hoho)

tapi....masa aku tgh bz siapkan blog ni ada sorang kwn aku ni
suruh try satu game....
mula2 tu x ambik peduli sangat.malaslah katakan
tapi dek kerana pujuk rayu beliau,maka aku pun trylah
atas dasar menghormati kawan kan...kang kecik ati pulak...

aku ni kan cam cocentrate bila tgh main game tu...
orang x suka kalah okkk.........
dan.....dan.....habis main aku trus menjerit...
satu rumah dengar..

eh?game je......buat apa nak kecoh kan?
tapi...korang akan tau after try sendiri benda alah ni....

try la....

jatuh jap jantung aku....

ni lah mamat bangla yg 'menipu daya' aku...huh!
kureng ko zul!!!

HAJIME........

start blogging buat kali yang ke-3 nya

aku pun pelik kenapa aku ni suka sgt tukar2 blog

maybe sebab aku mempunyai satu sifat yang sukar diubah

iaitu cepat bosan dengan satu benda yang sama....

lagipun blog sebelum ni tidak menggambarkan identiti aku yang sebenarnya

entry pun banyak dipengaruhi oleh blog orang lain

aku suka baca blog orang...pastu rasa cam down sebab blog sendiri x best..

satu lagi,bila tulis entry asyiklah rasa nak kutuk orang...hoho

aku try my best lah untuk blog ni..hopefully ni yang last..

aku akan lebih matang dalam penghasilan entry2 yang menarik..ahaks!

jadi..silalah melawati dan memberi komentar2 yang bernas....adios!





aku nk suruh siapa baca blog aku ni?kwn2 aku x byk ada blog...
drg pun x suka la blogging2 nih...hmmmm..