apa yang korang akan lakukan kalau korang duk sorang2 kat umah and memang takde keje langsung....
itu adalah persoalan yang sampi sekarang aku xleh jawab
walaupun aku da menghabiskan masa hampir seminggu duk sorang diri kat umah ni..hanya ditemani katak yang tah datang dari mana...huh~
tapi,beliau pun sudah tidak ada...aku rasa sebab beliau mendapati bahawa hidup di dunia luar adalah sangat bosan,maka kembali ke bawah tempurung untuk meneruskan hidup dengan gembira.hmmm...kita berbeza sang katak......
mari bercerita...
************************************************************
korang pun mesti banyak kawan kan...yang lonely tu p main jauh2...
pernah tak korang rasa x puas hati ngn kawan sendiri sebab dia asyik buat mistake yang sama ngan korang tanpa cuba untuk mengubahnya?
aku banyak kawan camni..terutamanya after masuk universiti
aku pelik ngan diorang ni sebenarnya....
ada sampai satu tahap tu,rasa x boleh sangat nak maafkan sebab dah x bleh terima sgt sume tu
tapi still je pulak berkawan sampai skarang kan....
aku tak suka minta maaf dan aku juga tak mengharapkan kata "sorry" dari org...
tapi kalau terselisih bahu ke,terlanggar ke tu lain crite la....
ni maksud aku kalau ko da sakitkn ati orang tu and ko tau org tu terasa ati ngn ko..
even ngan parents aku pun rasanya aku x pernah mintak maaf secara face to face..malu siot!huhu
cuma,caranya bila aku da sedar kesilapan aku tu,aku akan tnjukkan yang aku akan berubah,tak ulangi kesilapan sama dan yang paling ketara ialah aku akan cuba ambik hati drg blk...buat baik ke,cakap kata2 manis ke(ye...sy memang pembodek sejati...)
kalau dengan kawan sendiri,aku xtau nak buat camna sebenarnya...
penat tau tak...penat lah nak layan orang yang x paham2 bahasa ni
paling tak boleh tahan,benda kecik pun nak terasa hati,perlukah setiap benda di dunia ini aku nak bagitau kat kau?tolonglah jangan salah guna kuasa "kawan" okkkk
tu satu,ada lagi pulak jenis yang pilih kawan...aduh la..ni pun aku tak paham gak ni
tu belum masuk yang berkira,pentingkan diri sendiri....
manusia2...memang sangat unik...setiap orang ada kapla hotak sendiri
pastu bila susah...yang ni jugakla yang di cari...that's why la aku slalu kat intermediate
dari skolah menengah lagi...x suka berada dalam kelompok tertentu..
dari dulu,aku da menyedari benda ni akan berlaku di mana2..oleh sebab itu jugala aku dah melatih diri aku untuk menjadi lebih independent walaupun kadang2 agak gagal....
aku tak suka terikat dengan satu2 kawan..dan aku tiada istilah bestfirend sampai sekarang
tanyalah salha,salma or siapa2 yang dah lama hidup ngan aku..aku mengaku aku banyak close friend tapi bukan bestfriend...
cuma kalau nak tau,kawan aku yang paling best setakat ni adalah kawan2 matrikulasi aku
sangat happening,free and independent...."kawanmu,kawanku jua"
itulah prinsip yg sesuai menggambarkn relation kitorng kat matriks dulu...aku kenal kawan dee,liza kenal kawan acun,dee kenal kawan liza dan acun kenal kawan aku..bukan kenal takat camtu je..siap boleh duk semeja sembang skali,outing pun boleh je skali....sampai sekarang pun still kontek lagi..yang paling best,kalau ada problem or whatever comes between,cara penyelesaian adalah sangat berhemah..seingat aku,kitorng x pernah masam muka lama2.paling lama pun dalam sehari dua je..sebab tulah,tak pernah say sorry tapi sendiri ingat silap masing2 and tak ulangi benda yang sama..hanya ada satu benda yang akan merenggangkan sedikit perhubungan kitorng iaitu sifat dalaman masing2 yang ingin bersaing dalam pelajaran antara satu sama lain..tu yang dekat2 nak kluar result tu,agak tegang jugaklah muka masing2..hehe
yang paling kureng adalah kawan aku di universiti..sorry geng but that's the truth..
ni bukan nak memburukkan sesapa....
cuma satu kelebihan yang aku dapat dari diorang ni ialah aku menjadi semakin matang terutamanya dalam solving problem..(yelah..da hari2 ade masalah..memangla..huhu)dan membawa diri sendiri....bila kita slalu berhadapan dengan masalah,secara automatiknya kita mesti akan menjadi semakin matang dengan masalh itu.masalah membuatkan kita berfikir dan seterusnya kita akan mengambil tindakan yang bijak agar tidak melakukan masalah yang sama berkali2(x taula kalau yang x paham2 bahasa tu kan...)
kawan kat skolah menengah pulak...aku dah anggap cam sebahagian dari hidup aku.ceh...
lebih dari kawanlah yang penting dan aku sangat menghargai ikatan ni.
tak kira apa yang berlaku or di mana pun aku berada,mereka ni lah yang aku slalu akan kontek..tak kira berapa banyak kawan baru yang aku dapat,diorang ni jugak yang slalu menghabiskan masa ngan aku...
dan diorang jugaklah yang paling banyak memahami aku....
ok...cukup kemengarutan aku untuk hari ini...panjang pulakkk
moral of the story.........
cari sendiri!
3 comments:
hai,blog hopped into nur hse via amy sensei's...shall i add urs into mine? blog u interesting! ;)
ehemm..i like dis t0pic..
aku sbgai sese0rg yg penah mgenali gdis comel bnama shida nii..mmg ckup myokong pa yg diarut 0le beliau hihihi..shida ni penasihat yg bes :)
azila - yeah..sure
silakan..hehe
yan - jan ko cmtu ba...huhu
Post a Comment