Thursday, October 28, 2010

Long Term Relationship



aku selalu terfikir....
sampai bila aku boleh gila dengan Arashi

kalau kira dekat 3 tahun juga aku kenal diorang ni
start hujung 2007 la but got hooked on early 2008 i guess
not much different la kan

kalau mau buka sejarah kegilaan aku ni....ermmm..rasanya x payah kot
nanti2 lah kalo rajin...
lagipun almost every of my post here were related to them so...

rasanya aku perlu tunggu diorang kahwin..make a family then masa tu i guess aktiviti diorang pun da slow down dan fans pun mesti ramai yang kuciwa dan berpaling tadah...haha
but i know ARASHIANS doesn't do that kind of thing...we are loyal...ne~~~
only the bitchy fans (like korean one...) would act like that...

anyway...aku rasa aku pun perlu berkahwin, ada own family to take care of so that i could forget about them (which i think still not 100%)






oleh itu......















jom kahwin dengan aku...ahaks!



Bonus: one thing i like about them...fan service first, appearance/coolness may come later...
that's why i love their live concert....lol at nino!

credit to arisa_draconis for the picture..

Saturday, October 16, 2010

kanak2 meningkat dewasa

aku ingat lagi
dulu masa tengah siapkan tesis, akhir2 waktu tu sangat terasa tidak sabar untuk menamatkan pengajian...boleh bebas kononnya...x sabar untuk memulakan alam mencari pekerjaan...
masa praktikal adalah zaman2 kegemilangan di mana duduk rumah sahaja tanpa perlu memikirkan kesukaran hidup (maklumlah...kerja praktikal x banyak)
balik universiti untuk pembentangan laporan praktikal, mula rasa gusar
apa yang akan ku lakukan selepas ini??
mana mau cari kerja??stay semenanjung atau balik sabah??sewa rumah??duit??
mau sambung belajar...jepun...universiti??bidang??biasiswa??
terlalu banyak persoalan lalu mengambil keputusan untuk pulang ke tanah tumpah darah dan berkhidmat untuk keluarga
lagipun semenjak berumur 13 tahun lagi, aku memang sentiasa jauh dari keluarga
jadi apa salahnya, mungkin ini lah masanya untuk aku membalas jasa menjaga kebajikan keluarga...memasak...mengemas rumah...menjaga adik

4 bulan duduk di rumah menunggu masa untuk bergraduasi adalah suatu jangka masa yang aku rasa lebih dari cukup untuk berehat dan menikmati masa cuti
selepas itu, aku perlu memulakan langkah baru untuk menghadapi hari2 yang seterusnya dengan sendiri
keluarga mungkin menghalang...terutamanya mama dan bapa tapi sampai bila???
mungkin risau...mungkin takut bahaya menimpa...mungkin juga rindu...
tapi sampai bila mahu terikat dengan perkara2 tersebut...lagipun, itu adalah salah satu cerita dalam kehidupan...
di mana2 pun ada bahaya...jadi kenapa perlu risau???
aku akan lebih menyesal ditimpa bahaya kerana tidak melakukan apa2 daripada ditimpa bahaya ketika sedang berlari mencapai matlamat hidup...
bukan tidak rindu...bukan lupa...bukan tidak risau...tapi takkan sepanjang hidup aku kena terikat dengan benda2 macam tu??
bila mau maju??asyik2 pulang ke rumah sebab rindu...asyik2 kol sebab rindu...kalau macam tu, apa pun takkan menjadi...
sesetengah perkara perlu ada ketahanan...supaya tidak memakan diri

membuat keputusan bukannya mudah...orang yang melihat mungkin menganggap bahawa aku membuat keputusan dengan terburu2..tanpa memikirkan orang lain...pentingkan diri..
tahukah bahawa mencari konklusi dalam setiap jalan yang dipilih adalah satu proses yang penting dan paling sukar dalam kehidupan???
takkan aku mau tunjuk dengan semua orang...
memang susah untuk puaskan hati semua orang...
aku mengaku...aku punya ego...makin dihalang,makin aku pergi
tapi percayalah...setiap langkah aku punya makna...walaupun hasilnya belum kelihatan sekarang tapi aku yakin yang suatu hari nanti, buah2 dari pokok usaha akan menampakkan hasilnya...

aku cuma berharap agar jalan yang aku pilih ini tidak salah...
kalau pun ianya sesuatu yang salah atau di luar perkiraan, aku jadikan ia sebagai medium untuk memperbetulkan langkah2 yang seterusnya....
apa pun yang terjadi, jangan berhenti melangkah kerana setiap usaha itu Allah hadiahkan kekuatan untuk aku menghadapi langkah seterusnya....