Friday, April 29, 2011

sesumpah

aku ni bukan dari golongan yang mengikuti sangat perkembangan politik di malaysia apatah lagi obses dengan setiap perkara yang terjadi berkaitan ngan politik.
tak kuasa hokeyyy...banyak lagi benda lain yang I boleh obeskan...eh obseskan

tapi sangat tak tahan kalau hal agama dipolitikkan
main sumpah2 ni apa kes????
kalau betul la kau tidak bersalah...berdoalah kepada Allah agar kebenaran terbongkar suatu hari nanti.
x payah main sumpah2 ni...x payah.
tujuan utama kau bersumpah tu pun sebenarnya untuk meng'impress' orang ramai yang kau berani kerana benar lah kunun kan....
orang mau sembahyang jumaat lah....jangan kacau boleh???

ni kes porn video lah ni kan
aku masih x faham apa masalah dalam kes ni sebenarnya
apa salahnya kalau orang tu mau buat porn video pun
bukannya dia merogol perempuan dalam tu kan
dua2 pun rela melakukannya so???
tiada masalah dari segi undang2 dunia aku nampak
kalau undang2 akhirat ya...tapi itu pun bukan urusan kau kan
itu urusan si pembuat dengan Allah...kau sebok kenapa?
untuk menegur, banyak lagi cara berhikmah yang sesuai kot

kalau soal yang ingin dipertengahkan ialah tentang 'keperibadian seorang pemimpin'
x payah tunggu porn video keluar pun memang banyak kes yang boleh diselongkar aku rasa
bukankah dengan berbuat macam tu kau dikira membuka aib orang???

yang sorang ni pun...kalau mau 'berbuat' sesuatu pun tolonglah jangan rakam
apa kau ingat laku sangatkah porn video kau tu???
kau tiada 6 packs pun untuk ditayang
dan I bet the perempuan dalam video tu pun xlah se'hot' mana
so please.....think twice before doing something unreasonable
aku x cakap memang betul orang tu buat
ini kes 'if'....okk...saya tegaskan sekali lagi 'kalau'

kesimpulannya...politik di malaysia ni macam bangkai semakin hari semakin buruk dan busuk
banyak lalat yang datang hinggap
ambil sedikit bahagian untuk diorang sendiri
yang jadi mangsa adalah orang sekeliling yang terpaksa menahan bau yang busuk dan lalat banyak yang merimaskan.

aku pun jadi confuse mana satu yang benar dan betul2 berniat untuk menjaga kebajikan negara
berbanding kemajuan negara/kebajikan rakyat sekarang ni, apa yang aku nampak politicians ni lebih banyak bergaduh sesama sendiri.
masing2 mau tunjuk kuasa....tunjuk pengaruh
masing2 berniat mau menjatuhkan satu sama lain untuk kepentingan sendiri
tapi satu pun belum ada yang membuktikan ketulusan/kejujuran/kesungguhan untuk negara



sangat mengecewakan...jangan hairan kalau masih ramai anak muda yang tidak mendaftar/mengundi...sebab kami diajar dari kecil untuk tidak menipu
dan bagi kami...masih banyak keindahan dalam hidup yang perlu dinikmati selain melayan kerenah politik yang x akan habis.


peace no war XD

Saturday, April 16, 2011

setelah sekian lama....jom lepas geram

semenjak dua menjak aku masuk BeST ni, aku makin suka pendam2 perasaan
aku lebih suka projek semua aksi lepas geram aku tu dalam kepala ja
sampai tahap aku ada hobi baru iaitu bercakap sorang2
tak kira tempat, masa dan keadaan...paling best masa kat dalam toilet dan driving tengah2 jem
kalau aku tengah terkenang cerita sedih, boleh keluar air mata guee...nak kata feeling gila menghayati watak...kalau teringat benda2 annoying memang habis tangan aku suma naik becakap macam keling.kronik sungguh
entahle kenapa kan...mungkin sebab aku dah hilang ghairah dengan dunia blog
ramai anak2 muda sekarang ni berlumba2 buat blog.
pulak tuh suma pasal chentan chintun...x paham gua
biar la...ikut suka hati masing2 kan...da orang ada bf/gf...tunjuklah kan..buat pe nak sembunyi
lagi2 kalo bf/gf ko tu ala2 model ke...rugi x tayanggggg

okeh...jom masuk part lepas geram
ni pun baru teringat tadi ekceli
nak sembur orang yang berkenaan, tapi orang yg berkenaan x reply sms pula
okeh...xpe2...dia x layan...biar aku jadikan blog aku sebagai mangsa
kisah ni bermula baru semalam
kawan aku ni A (bukan nm sebenar) join BeST sekali ngan aku
kitorang ni memang good friend la dari sekolah menengah lagi
gaduh2 tu memang da biasa la...tp bila masing2 da matang ni, jarangla gaduh2 teruk ni
selisih pendapat tu biasalah

cerita ni start bila beberapa budak2 BeST ni gather2 makan KFC
diorang pun crita2 la pasal life semasa...praktikal etc.
aku x join sbb hari tu aku tak pegi ofis...lepak rumah ja so malas.
besoknya, aku tanya lah kawan aku yang join tu apa cerita best kan
so dia cakaplah yang si A ni da dapat kerja and kluar BeST
aku macam tekejut la kan sebab si A xda inform apa2 sedangkan baru kemarin aku ber'sms' dengan dia tanya khabar dan kawan2 se'praktikal' yang lain
dia reply macam seolah2 dia masih praktikal di tempat sama

so aku ni pun teruslah sms si A ni on the spot
tanya kesahihan cerita kan
boleh dia xmau mengaku mula2 tu
bila aku cakap kawan2 se'praktikal' dia yang bagitau barulah dia mengaku
aku tanya kenapa tidak inform
dia cakap malas mau bising2 sebab parents dia pun x suka dengan kerja tu ekceli
then aku pun like...so, apa signifikan nya parents dia x suka kerja tu dengan dia menipu aku gila2 macam dia masih praktikal sedangkan dia kerja dah masuk minggu ke-2
kalau korang mesti rasa benci kan...aku benci gila2 sampai rasa macam mau tumbuk muka orang masa tu juga.serious.
kalau x silap, baru juga last week jumaat aku tanya dia lunch mana
dia cakap dia bawa bekal. aku tanay kawan2 yg lain, dia bgtau ada yg bawa bekal, ada yang makan luar. so how?
sedangkan masa tu aku yakin yang dia sebenarnya dah keluar dari praktikal tu sebab dia cakap dah masuk 2 minggu dia kerja

aku penat untuk memikirkan reasons yang positif kenapa dia perlu menipu
tapi yang keluar semuanya reason negatif.
aku x kisah dia xmau inform. dia dapat kerja pun ok...no hal.itu life dia kan
but...aku sms dia...kenapa dia perlu menipu seolah2 dia sangat2 mau mengelak untuk memberitahu hal sebenar.
apala salahnya kalau just mention 'eh.aku da keluar BeST ni...x praktikal dengan yg lain sebab da dapat kerja'
see????susah sangat kah????kenapa perlu berkelakuan BODOH dan CELAKA dengan menipu orang gila2 punya?????

aku geram gila!!!!
sebab aku kenal dia bukan sekejap....lebih 10 tahun....so?????
yang membuatkan aku bertambah geram bila dia x reply sms aku
lepas dia cakap 'jgnlah marah...aku mls mau bsg sbb bla bla bla...'
aku reply yang aku mmg sakit hati sbb kenapa perlu menipu dan berpura2???
dia diam...no reply!!!!
aku x suka kalau aku tengah marah dan aku x habis cakap dengan orang yg berkenaan
nanti jiwa aku sakit...aku lebih suka kalau kami berlawan cakap masa tu
so mungkin sakit hati boleh kurang
bila dia x reply....memang aku tekanan...aku mengaku.
da la hari tu aku kena buat experiment essential oils yang tah hapa2 tu
memang rasa macam mau pecahkan ja glassware tu semua
nasiblah ada 2 orang lagi practical-mate tu tempat aku melepaskan geram.kesian mereka.heh~

so sekarang ni aku tengah berusaha untuk let go ja
tapi still xtau sampai bila aku boleh melupakan apa yang dia buat
dalam sakit hati aku ni...kena tipu bulat2...x pernah aku jumpa orang menipu macam ni
bayangkan...kalau kwn se'praktikal' dia x bgtau pasal ni memang ntah sampai bila dia bertahan untuk terus menipu aku

SHIT abissssssss!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 12, 2011

Kau yang tidak puas hati

Sangat geram dengan sesetengah company yang mau mencari pekerja baru
tapi dalam requirement letak macam2
okla...ko mau demand ok...x apa...nama pun company kau...mesti mau yang terbaik kan
tapi kalau ada yang siarkan iklan sampai mau dekat sebulan, still x dapat pekerja apa kes???
orang lain ada apply???ada kan...tapi kau yang demand lebih macam kan company kau saja yang buat bisnes tu di malaysia

macam ada satu company di sabah ni
company makanan/plastic aku rasa
tahun 2009 dia buat iklan sama...jawatan food technologist
2010 buat lagi...2 kali pula tu keluar dalam setahun
2011 ni buat lagi...aku apply macam mau mati idea buat resume cover letter semua kau still x puas hati???
apa lah salahnya kalau kau panggil interview saja dulu...dapat or tidak tu belakang cerita la
kau panggil interview then dari sana boleh la story2...tanya itu ini
aku sudah apply 2 kali untuk post company yang sama tu
tapi aku baru terbaca dalam latest iklan dia...dia mau chinese juga
pigi mampus bankrup boleh??????
kenapalah mau racist lagi masa2 macam ni
kau tiada pekerja sudah lama...mau 3 tahun mungkin...mungkin lah kan
kenapa????customer kau semua chinese kah???satupun tiada yang tau cakap melayu/BI???


geram aku...eeeee...gerammmm....geram sampai aku rasa mau berlari bogel di tengah2 bandaraya KK

Hati menjadi satu

semalam baca entry LJ friend aku di Jepun....dia cakap 'harini (semalam la tu) ja ada 60 aftershocks - area tmpat tinggal dia-'
oh banyaknya....sehari...itu baru sehari
baca banyak berita pasal nuclear leakage, radiation

kesian tengok orang2 di sana
tapi sangat kagum dengan semangat diorang
bantuan yang kecil pun diorang sambut dengan senyuman
dalam keadaan susah macam ni...senyuman adalah ubat jiwa yang paling mujarab

kenapakah aku selalu bercakap pasal Jepun????
macam terlampau mengangungkan Jepun tapi negara sendiri di anak tiri kan
bukan....aku sayang negara aku sendiri
tanah tumpah darah...tempat aku lahir dan membesar
tapi dalam keadaan sekarang ni...bukan masa untuk memanjakan negara sendiri
lagipun...kalau aku baca berita national...apa yang aku dapat???
video seks???pilihanraya???orang mati(lagi) di pejabat SPRM???politik kotor???najib???
daripada aku membuang masa melayan politik dalaman yg x habis2...baik aku baca berita di jepun tu kan...
aku ni bukannya rajin sangat baca berita pun...pilih ja mana yang menarik perhatian

satu lagi masalah...masa2 macam ni la orang mau mengungkit kisah2 zaman penjajahan Jepun dulu
"kenapa kesian dengan Jepun...itulah balasan diorang menjajah negara kita dulu...buat kekejaman di sini"
hellooo......masa2 bencana ni baru mau ungkit kah???
kenapa zaman2 senang dulu bukan main bodek lagi kau dengan jepun tu
maklumlah...mau dapat share dari ekonomi Jepun
sekarang ni hujah bukan main banyak sebut satu2 kekejaman Jepun dulu
cuba masa SPM dulu kertas sejarah kau mesti kosong ja kan...
itulah nama kalau bercakap tapi bodoh...apa orang cakap, itu la yang dia jadikan hujah balik...orang macam ni bagus pi pancung kepala sendiri ja la

aku ada bercerita dengan nenek aku kisah dulu2
aku tanya pasal Jepun....ada atau tidak diorang sampai di kampung aku tu
nenek aku cakap tiada pula yang gaduh2...perang2 tu semua...ok ja dulu
cuma satu yang dia ingat, orang jepun yang mula2 bina jalan raya di kampung aku tu
mungkin juga untuk kemudahan pengangkutan dan perhubungan askar2 jepun tu


tadi pagi pun ada berita aftershock 7.1 lagi dan amaran tsunami dikeluarkan
walaupun aku x pernah ke Jepun tapi hati rasa macam sangat dekat dengan Jepun
jadi sangat sedih bila tengok tempat yang dulu penuh dengan bangunan, rumah2, sawah, kebun dalam sekelip mata hilang dari peta
nenek2....datuk2...yang mungkin aku pernah nampak dalam 'mago-mago arashi' ada yang sudah tiada ditelan tsunami
Jepun yang dipenuhi dengan senyuman dulu...sekarang semua diselubungi kesedihan
memang sakit juga lah hati kalau ikutkan...rasa macam mau terbang ja pi sana walaupun hanya untuk sehari...melawat mangsa2 kejadian tu


apa yang pasti...semua yang terjadi tidak akan melunturkan hasrat aku untuk ke Jepun suatu hari nanti
aku tau Jepun kuat...ada aku nampak gambar dalam blog someone
jambatan yang musnah akibat gempa bumi tu hampir siap dibina
jalan yang retak/runtuh pun hampir siap hanya dalam beberapa hari selepas gempa
jadi....jangan risau sangat sebab Japan is a strong country and is loved by everyone...so, with everybody's help...i'allah it will be back to normal again