Monday, June 8, 2009

Fair & Lovely

Aku sememangnya berasa cukup bertuah kerana dapat menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia, USIM.
walaupun masa awal2 masuk dulu aku tersangatlah susah untuk menerima hakikat bahawa USIM adalah sebuah universiti yang sangat daif (ibarat padang jarak padang tekukur),tidak terkenal dan sangat skema (sesuatu yang aku sangat susah nak terima)...
masa tu,standard la... sibuk tanya kawan2 dapat universiti mana...semuanya dapat masuk uni yang dah well-established, jeles..sebab dapat universiti femes...tidak perlulah ada situasi macam...

"belajar mana sekarang?"
"KUIM" (nama lama USIM)
"apa tu?"
"Kolej Universiti Islam Malaysia"
"di mana?"
"Nilai"

aku kan, kalau orang tanya belajar mana,aku terus bagi jawapan penuh, 10 markah
"saya belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia,KUIM Nilai, Negeri Sembilan"

sekarang ni, selepas ditukar nama kepada USIM
soal jawab versi lain pulak yang terjadi

"belajar mana sekarang?"
"USIM"
"USM?"
"bukan.Universiti Sains Islam Malaysia"
"ooo...UIA..."
"Bukan..USIM di Nilai, Negeri Sembilan"

tapi sekarang ni USIM sudah berjaya menapak di persada universiti tempatan dan meraih nama dalam pelbagai bidang (ceh...macam buat artikel mengampu USIM..ahaks!)
cakap sahaja USIM, semua akan kata.."oooo...yang kat Nilai tu.."
ada situasi menarik semasa di airport terminal 2 airasia Kota Kinabalu
masa tu aku nak balik KL
then, borak dengan seorang makcik masa dalam departure hall

"anak ni mau ke mana?"
"balik U"
"ooo...belajar mana a?"
"USIM. Universiti Sains Islam Malaysia.."
"ooo..situ..."
"emm..makcik tau ka universiti tu?"
"tau...yang tepi jalan tu kan?"
"aah"

ni pulak situasi masa dalam flight
duduk sebelah dengan seorang lagi makcik yang berasal dari daerah yang sama dengan aku

"makcik mau pegi mana?"
"balik KL..pegi rumah anak.ni cuti balik kejap"
"ooo...orang mana?"
"KB (Kota Belud)...anak ni mau pegi mana?"
"balik U. baru habis cuti juga"
"belajar mana?"
"USIM"
"ooo..yang tepi highway p KL tu ka?"
"ya" (tanpa perlu aku perkenalkan USIM tu apa....)

mengapakah 'USIM yang di tepi jalan' itu terkenal?
sebabnya USIM memang terletak di tepi jalan highway antara KLIA-KL
dan tulisan UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA pulak adalah sebesar2 alam
kalau malam lagi lah...dengan cahaya yang menerangi seluruh pelusuk alam, siapa tak kenal USIM...hoho
aku puji usaha pentadbiran USIM yang memang bersungguh2 menaikkan nama universiti dalam apa cara sekalipun

USIM pun mula terkenal di kalangan pelajar antarabangsa menyebabkan populasi pelajar antarabangsa di USIM semakin meningkat
kalau dulu, selalunya hanya pelajar dari negara timur tengah sahaja yang kelihatan
tapi sekarang, pelajar USIM bolehla mencuci mata dengan kehadiran pelajar2 dari negara China (yang most of them are boys and aku tak paham satu huruf pun diorang cakap apa...yang pastinya bukan mandarin or cantonese)

cuma satu yang membuatkan aku pelik dengan sistem pentadbiran USIM ni..
pelajar perempuan di'haram' kan untuk memakai purdah di dalam kawasan kampus
mungkin sebab takut kelihatan terlalu ekstrim
dan juga...jeans adalah di'haram'kan sama sekali -kadang2 aku pakai jugak- (lelaki ada kelonggaran sikit kot)
tapi..............................
mengapakah pelajar2 cina itu dengan selamba memakai jeans, dan baju2 yang biasanya budak2 USIM hanya akan pakai untuk outing???
dan tiada tindakan susulan diambil sebab aku tengok da dekat setahun lebih kat sini, sama jeeeeeee.....
walaupun kebanyakan gadis2 cina tersebut adalah kurus2 sekeping belaka dan tidak menampakkan bentuk2 yang tidak diingini, tapi bukankah sudah termaktub dalam peraturan bahawa no jeans in campus area????
mungkin kalau masa first intake dulu, tidak kisah la sebab yang datang semuanya adalah non-muslim dan tidak bertudung
tetapi yang ada sekarang ni adalah cina muslim dan bertudung (walaupun selekeh gila..serius 'biut')

bila hal macam ni terjadi..akan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pelajar tempatan sendiri
"diorang boleh....kami tak boleh"
mungkin alasannya, itu budaya mereka...mereka dah biasa dengan kehidupan macam tu
tapi sedarkah bahawa, mereka itu belajar di USIM
bukan kita yang belajar di tempat mereka
so...rule is a rule...tak kisah untuk sesiapa pun
kalau mereka memberi alasan bahawa mereka tiada baju kurung kerana tidak pernah memakai baju kurung di negara sendiri, takkan lah dah setahun duduk sini pun masih tidak mampu untuk membeli baju kurung???
mahal sangatkah???Nilai square dan Nilai 3 sejengkal je pun......

bila isu macam ni timbul...aku terfikir
kenapa purdah masih diharamkan...tidak kira untuk sesiapa pun
international or local students
tapi jeans dibolehkan untuk international students???
aku bukan menyokong mana2 pihak cuma berasa ada ketidakadilan di situ
bukannya aku nak suruh supaya purdah dan jeans dibolehkan untuk international students but no to local students...
kalau macam tu pun susah sebab pastinya akan wujud dua kelompok dan jurang yang sangat berbeza....(akhirnya local students ni jugak yang duk tengah2)
aku cuma rasa, satu peraturan sudah cukup untuk semua orang...sedikit kelonggaran mungkin dibolehkan tetapi haruslah ada batasnya...
ini pun untuk kebaikan semua orang...
memang kita perlu menghormati budaya orang lain tetapi, kita juga perlu mengajar orang lain untuk menghormati buadaya kita bukan?
tidak kira lah local atau international, mengapa perlu dibeza2 kan?
mengapa perlu mengikut budaya orang lain semata2 tidak mahu dipandang serong atau kolot di mata mereka???
bukankah bila dianggap tiada identiti sendiri itu lebih menyakitkan?

oleh itu,mari bersama
renung2kan dan selamat beramal......


p/s : tiba2 teringat insiden di negara2 kafir di mana perempuan muslim yang bertudung adalah diharamkan dan haruslah menanggalkan tudung jika ingin meneruskan pembelajaran (no compromi)....di tempat kita....sebok ikut cara diorang...haih~

Saturday, June 6, 2009

virus H1N1

entry adalah bukan bertujuan untuk mengulas sejarah atau asal usul virus H1N1


tengah melayari internet dengan benda2 lagha,tetibe di buzz oleh member dlm 'ym'
beliau menyatakan kerisauan kerana esok beliau dan rombongan 'international visit' FST akan ke Australia selama lebih kurang seminggu (kalau tak silap)
beliau meng'offer' aku untuk menggantikan tempat beliau
aku gembira sekejap...sebab lepas itu,beliau menyatakan bahawa dah ada 7 orang yang kena virus H1N1 di Malaysia yang tercinta ini.....dan the 7th person was from Australia...(tempat yang beliau nak pergi)
tu yang menambah kecuakan beliau untuk meneruskan misi cuti2 Australia

sekarang ni Kementerian Kesihatan tengah cari siapa orang yang duduk depan '7th person' tersebut,dan juga orang yang duduk belakang sejauh 3 tempat duduk beliau serta orang yang pernah berjabat tangan dengan the '7th person' tersebut....
seram bukan...senang cerita,sila tahan kesemua orang yang bersama2 dalam satu penerbangan dengan the '7th person' tersebut...dan pastikan jangan ada seorang pun daripada mereka berkeliaran di kawasan Nilai dan KLIA pada 15 Jun nanti...muahahahaha

yang lagi sadisnya,the '7th person' tu sebenarnya Aussie
dan datang ke Malaysia bertujuan untuk lari dari virus H1N1 tersebut
sebab negara kita adalah aman makmur damai sejahtera....(ingat lagi lagu patriotik dolu2)
tapi tak tersangka bahawa beliau lah yang menambahkan kesusahan di negara orang pulak...aduih la~
bak kata kawan aku "sekarang ni kes kat Australia dah ade 874,kalau dia tak lari jadik 875 la...huhu"

yang lagi merisaukan beliau adalah apabila beliau membentang kertas kerja di hadapan pensyarah pengiring dan menyatakan kerisauan berkaitan virus H1N1,lecturer2 pulak buat tak tahu....sembang hal masing2...(tak paham aku).....
beliau membuat kesimpulan bahawa,pensyarah2 tersebut telah lama hidup di dunia ini maka tiada kerisauan lagi....
beliau yang masih muda remaja belum sempat pun pergi haji,menuanaikan Rukun Islam yang ke-5...
aku turut bersimpati dengan nasib beliau

apa yang menginsafkan aku ialah beliau sempat lagi men'share'hadis2 berkaitan dengan jalan yang membinasakan diri sendiri...
bagi ayat Quran,hadis sohih....(dia nak share gk dalil aqli tapi mesti sampai besok tak sudah2)
membuatkan aku tak tahu nak reply apa...
rasa tersindir kejap (jap lagi sambung tengok benda lagha...apala~)
sindiran secara lembut seolah2 the other side of me berkata "tu lah ko shida...arashi tak habis2...orang bagi hadis,ayat Quran,ko tak tau nak reply apa...cuba kalau ko tengah sembang dengan Dib pasal arashi,laju je idea keluar...."
maafkan saya Tuhan.....

apa pun,aku mendoakan agar semuanya selamat buat rombongan itu dan sila bawa nama FST dengan baik okeh....
lepas balik dari Melbourne,jangan terus singgah USIM....tunggu aku balik Sabah dulu
tapi don't forget my Kangaroo...the healthy one...ahaks!