macam mana hantu itu boleh jadi menakutkan
siapa yang memulakan cerita pasal hantu
hantu isap darah, hantu makan budak etc.
kalau ada orang mulakan cerita, hantu itu suka senyum dan sangat ceria
mungkin reputasi si hantu agak baik di mata masyarakat
adik aku yang berumur 2 tahun lebih sudah pandai takut hantu
takut secara melampau pula tu
siang2 pun takut hantu
susah aku mau bergerak ke sana sini
terpaksa duduk dekat dia ja sambil main laptop (eh, bukan selalu mmg cmtu kah??)
kalau malam lagi dahsyat
lampu bilik aku sudah rosak
tapi dia suka naik bilik. akibatnya, asyik peluk x mau lepas
pastu dia balik2 tengok tingkap di luar bilik
orang kata, budak2 kecik ni boleh nmpak benda...
ntahla betul atau tidak tapi bila aku tnya ada kawan atau tiada, dia terus alih pandangan tengok tempat lain sambil marah aku...erhh, agak seram
tapi adik aku ni mmg penakut
lelaki yg x dikenali, tikus, binatang panjang jln x betul (ular, cacing etc.) semua dia takut
kalau dia takut, badan dia akan keras sambil memeluk aku dgn kuat
dia juga mula takut bila rambut aku x terurus dan menutupi bahagian muka
takut bila nampak orang pakai telekung
takut bila nampak orang rambut panjang
semuanya ciri2 hantu stereotype kan...
jadi, siapa yang menyebarkan bahawa hantu itu sangat menakutkan
dengan ciri2 standard adalah berbaju putih, berambut panjang dan berwajah buruk
semua orang pun kalau nampak hantu mesti claim hantu mempunyai ciri2 seperti yang dinyatakan...x semua pun mesti ada 1,2 kan...
kesimpulannya, aku x pernah nampak hantu
so, x boleh cakap banyak sebab aku sendiri pun x tau hantu tu camna
tengok dalam filem2 biasa rupa hantu ni semua lebih kurang ja
tapi harap2 la aku xkan jumpa hantu
kalau jumpa pun, biarlah versi yang lain sikit
eh, celuparnya mulut aku ni.....
Sunday, June 27, 2010
Monday, June 21, 2010
A friend in need, is a friend indeed...???
saya ada ramai kawan
dan juga ramai musuh
sebab saya seorang yang jujur
bila buruk, maka x cantiklah yang akan keluar dari mulut saya
mungkin juga saya seorang yang sinis atau sarcastic..???
apa yang saya gosipkan dengan orang lain adalah yang benar sahaja
kalau ada pun yang x benar, itu semua datang dari mulut2 orang yang menyampaikannya
saya juga bukan seorang yang banyak muka
kerana saya sudah cukup yakin dengan muka saya yang satu ini..x perlu mempunyai banyak muka untuk hidup
bila x suka, maka x suka lah yang akan saya tonjolkan di muka saya
tapi biarkan...sebab saya hidup bukan berdasarkan mulut2 orang
saya hidup di atas mulut sendiri
dan saya lebih yakin dengan apa yang keluar dari mulut sendiri
saya suka kumpul kawan
dari sekolah rendah sampai universiti
ada kawan biasa..kawan baik..kawan rapat..kawan karib...kawan lepak...kawan gosip
tapi saya seperti belum menemui kawan yang betul2 menyokong saya di kala susah dan senang
mungkin bukan sebab tiada, mungkin sebab saya yang menafikan kehadiran mereka2 di sisi saya
saya masih ingat, masa sekolah menengah (agama) dulu, saya sebagai seorang yang mempunyai darah muda mengalir dalam sel2 pembuluh darah dengan sesuka hatinya telah menyorak bersama2 dengan pelajar lelaki yang lepak di kantin sekolah. sorak pasal....orang kena denda...mungkin. perkara itu biasa (at least for me) dan ada juga beberapa pelajar perempuan yang lain join menyorak bersama2...mereka kelihatan gembira namun, apa yang saya dapat adalah jelingan dari kawan2 yang duduk berdekatan saya sambil memarahi tindakan saya yang kononnya x bermoral itu (bagi pelajar sek men agama)...saya terkedu sebab saya x rasa saya salah. namun, atas dasar complexity remaja zaman itu yang takut kehilangan kawan, saya diamkan saja.
semakin membesar dan melalui bermacam fasa kehidupan, saya sedar yang kita x perlu terlalu mengikut kata orang bila kita rasa apa yang kita buat itu adalah betul...mungkin ada masa kita tersilap tapi, bukankah tersilap dalam melakukan sesuatu itu adalah lebih baik daripada x melakukan apa2 langsung hanya kerana ingin nampak sempurna dan takut tersilap...??universiti adalah tempat yang betul2 menonjolkan sikap seseorang...bermacam2 jenis manusia akan wujud dalam bermacam2 situasi..termasuklah saya.sebab itu di kelas saya ko akan boleh nampak kawan putus kawan...couple on off (ikut mood)...split personality (di bilik lain, di kelas lain)...dan juga jujur sejujur2nya terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat (jenis berkecuali..sentiasa neutral)
alangkah seronoknya kalau saya ada kawan yang sentiasa saling menyokong, x kira sebodoh mana pun perbuatan sayamungkin saya yang belum bersedia untuk terlalu terbuka dengan orang lain...saya suka berkawan tapi saya juga perlukan ruang untuk diri sendiri...x terlalu berkongsi, simpan sedikit rahsia untuk diri sendiri...banyak hal yang saya perlu perbaiki tentang diri saya...jika ingin disokong oleh seorang kawan, saya juga perlu melakukan hal yang sama...dan saya x pasti, adakah saya akan bersetuju jika dia berkata ingin memakan t*hi bersama ABC sebagai penambah perisa.....
*cerita di atas adalah rekaan semata2...berdasarkan kisah hidup manusia sebenar......apakah maksud..???*
Subscribe to:
Posts (Atom)