Monday, May 25, 2009

ANTARA CINTA DAN CITA-CITA

Entah kenapa sejak akhir2 ni,aku selalu sangat memikirkan tentang kehidupan
mungkin setelah 22 tahun hidup di dunia ni,baru aku sedar bahawa aku masih belum melakukan apa2 yang boleh dibanggakan
aku asyik bertanya kepada diri sendiri "apa yang aku lakukan sekarang?"
masih banyak yang perlu dicapai untuk kepuasan hidup di duniaJustify Full
aku ada impian,aku ada cita-cita
semua orang pun mesti ada dua benda ni kan?
dan dua benda inilah yang menjadi inspirasi untuk kita teruskan kehidupan (kalau dilihat dari sudut duniawi)
tapi kalau lihat diri aku sekarang,apa yang aku sedang lakukan,memang sangat jauh untuk mencapai impian dan cita-cita aku
even aku sendiri tidak berapa gembira dengan apa yang aku lakukan.
jadi,kenapa aku perlu teruskan dengan benda yang aku tidak suka kan?
baik aku quit and then find something that will make me happy....

tapi....................................................................................................................................

kalaulah hidup ini semudah itu,aku rasa memang ramai yang akan pilih jalan tu
tapi dalam membuat sebarang keputusan,kita mesti mengambil kira semua orang yang berkaitan dalam hidup kita.
apatah lagi kalau macam aku ni,yang masih bergantung harap dengan sokongan ibu bapa terutamanya dari segi kewangan
sekarang ni,aku hanya 'go with the flow'...selesaikan dahulu benda di depan mata,
barulah kita beranjak ke 2nd phase di mana 'its all up to me'..hehehe

aku teringin melakukan sesuatu yang boleh membawa aku mengelilingi dunia,kenal dan lihat bermacam ragam manusia...
aku pernah tengok tv di rumah bersama parents aku pasal mercy Malaysia yang pergi ke negara2 yang tengah berperang untuk memberi bantuan.
aku cakap dengan ayah aku "wah,bestnya...teringin nak join.kalaulah ada chance buat kerja macam tu kan best..."
ayah aku cakap selamba "tak payahla...bahaya pergi tempat macam tu...kalau ko yang kena jangkitan apa2 kan susah..."
terus aku diam...no green light la maksudnya..huahuahua

aku pernah lagi terfikir untuk jadi cikgu sebab boleh apply mintak pedalaman and mengajar budak2 sekolah dalam serba kekurangan...
wah...tu memang seronok lah rasanya
tapi aku cancel sebab aku memang tak suka jadi cikgu....jadi cikgu memang kerja mulia tapi,aku memang tak suka buat benda yang sama tiap2 hari,tiap2 tahun
aku sukakan kepelbagaian...waahhhh
satu lagi,jadi nurse.pernah juga terfikir sebab boleh pegi klinik2 luar bandar dan tolong orang2 kampung (nak jadi doktor tapi tak mampu..huhu)..tapi sekali lagi cancel sebab.....aku tak suka jadi nurse...hohoho

aku sangat berharap yang satu hari nanti,aku dapat mengembara seorang diri keliling dunia dan tengok apa yang aku boleh bantu kepada mereka yang memerlukan
walaupun sekarang ni,aku boleh kata impossible untuk aku buat semua tu tapi aku yakin,satu hari nanti,bila aku sudah bersedia untuk berhadapan dengan dunia luar...ceh...aku akan buat.
aku prefer seorang diri.mengapakah?????
sebab leceh kalau ramai2....boyfriend???oh...not in the list..muahahahahaha
ni lagi satu cerita...kalau sentuh soal boyfriend,aku tak tahu nak ulas macam mana
its not that i doesn't like to fall in love tapi,aku rasa masih belum masanya
masih banyak yang aku perlu buat dalam hidup aku,untuk diri aku sendiri,untuk keluarga....
memanglah,siapa tidak mahu bercinta kan...siapa tak mahu kahwin,ada keluarga sendiri tapi...entahlah....mungkin sebab aku prefer to live on my own buat masa ini (ceh...cakap ja lah tiada orang nak...huhu)
ada atau tiada orang nak itu lain cerita
sebab kita tidak akan tahu selagi kita tak cari kan?
and that's the problem!!!aku ni bukan jenis yang suka melayan dan mencari2 lelaki yang ideal untuk dijadikan buah hati pengarang jantung....
bagi aku,cinta itu natural so,biarlah kalau ia datang pun dalam keadaan semulajadi juga
bukannya...ok,ko dah aim lelaki ni hensem,cool,alim la bagai and ko pun mulalah menggedik2 nak ngorat lelaki tu sampailah lelaki tu sangkut then setahun kemudian,break sebab tiada kesefahaman.....owh...sorry....if you call that love,i call it disaster!
pernah orang tanya aku,adakah aku ni anti-lelaki or no interest in men at all...
aku gelak sebab sungguh tidak relevan soalan itu.....
am i look like a lesbian????????

ok...back on track shida....
jadi,begitulah (wah...masih mencari2 di mana aku stop tadi)....
masih banyak yang perlu aku capai dalam hidup
aku punya impian dan cita-cita yang agak besar aku rasa tapi tidak mustahil untuk dicapai.
cuma,perlukan sedikit usaha dan kerja keras.....
tapi sebelum tu,apa yang utama,aku kena habiskan apa yang ada di depan mata sekarang ni...tahun2 terakhir di universiti sangat menguji mental dan fizikal...
after that,after graduation we'll just see what'll happen in my life because i'm so excited to know about the next chapter of my future.....


aku tengok dari satu drama jepun, Bambino (starred by Arashi's Matsumoto Jun)
ada part seorang tu cakap

'THOSE WHO CANNOT ACCOMPLISH THINGS IN FRONT OF THEM RIGHT NOW,ARE NOT QUALIFIED TO TALK ABOUT THE FUTURE'

so,aku tidak ingin menjadi seorang yang tidak berguna itu....

GANBARE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Monday, May 18, 2009

teda2 bah.....

sia sangat bosan
dan sangat penat
sebab hari2 sia pigi lab
hari2 sia kena buat lab work utk tesis
sebab sia mo kejar itu masa sebelum 15jun
untuk siapkan lab work sia
sebab 15jun sia balik sabah
yea....yea....tiak sabarnya sia mo balik...
gembiranya sia!!!!!!!!!

arini sia balik awl jugala
bisuk sia kena stay sampai malam di lab
sebab sia kena tunggu sampai 8jam itu eksperimen sia
haiyaa.....macam mana oooooo
sumandak olundus cam sia ni mana buli jalan saturang malam2 blk ruma?
bahaya baitu.......

hmmmm....
apa lagi sia mo cakap aaaaa.....
teda kali sebab sia pun teda idea suda
sia mo taru itu gambar arashi yang hot di sini
tapi internet sia macam t**k ba
kin panas tul!
lambat mo upload
jadi,sia pun malas mo tunggu

k la....sia mo pi mandi dulu aaaaa
babai.....

Sunday, May 10, 2009

OTANJOUBI OMEDETOU!!!!!!!!

salam pembuka bicara....
aku birthday 10th may sebenarnya(wah tetibe sungguh!)
tapi oleh kerana ke'bizi'an yg melampau pada hari ini,maka update lmbat sampi...hoho
pa pon,meh review apa yg tlh berlaku pada usia aku genap 22thn hidup di dunia ini...


MIHAS 2009
8.30am-2.00pm(sepatutnye kn stay smpi 4.00pm tp biasela...)


memang ramai sgt org dan banyak sangat booth (dan makanan serta minuman percuma)...ade bape hall tah..4 ke, 5..tak sure sbb x smpt nak kire.banyak negara join tp ade yg cm xde je aku tgk...

ya...sia mimang kenegerian...hoho

aku nak tanya pasal biotech or pasal halal certification kat certain2 company tapi byk yg dtg ni org marketing.so,drg tak berapa tau pasal benda2 ni.booth2 yang ada pun just dibuka untuk jualan dan diberi sampel produk makanan drg sahaja e.g. nugget,sosej,coffee,kerepek,biskut etc. semua tu tester la...memang kenyang kalau datang situ.tapi aku memang kecewa la sebab sekali imbas,MIHAS ni lebih kepada pasar malam.siap ada tester sate lagi.wakil2 yang dtg pun memang byk yang tak tahu pasal halal.ada satu IKS tu,produk dia tiada cop halal sedangkan dah beroperasi dalam 2thn so,aku pun tanya kenapa tak minta halal certification lagi.org tu kata,ada kawan dia da pegi kursus(org company jgkla...) tp drg tak minta lagi.pastu ada plak sorng visitor masa tu ckp "ala...halal tu ikut kita je...yang penting kita tau produk kita buat mcm mn,kt tau produk kita halal".hmmm....mentaliti org kita,drg ingt cop halal tu main2 ke apa sekarang ni?yakin sangat ke dengan bahan mentah yang digunakan untuk buat produk?percaya sangatkah dengan 'supplier' bahan2 mentah yang digunakan?tu belum masuk GMP lagi.manalah bisnes nak tahan kalau ambil ringan pada tempat yang tak sepatutnya?drg fikir,yang penting sedap,boleh jual.memanglah....tapi masyarakat sekarang semakin celik bab2 halal ni.ada masa aku pegi booth minuman.company tu hasilkan banyak 'brand' minuman tapi,ada yang guna logo halal JAKIM tu ok la.tapi ada juga produk guna logo halal yang macam tulis tangan je...aku tanya "ni kenapa logo lain2 ni?".pastu org tu kata "ni coffee,sedap woooo"...rasa mcm nak gelak je depan muka dia masa tu...kebanyakan diorang ambil ringan.yang lagi sedihnya,most of the managers utk company2 yang datang tu adalah chinese and diorang ni mana nak kisah sangat.yang penting barang jual....memang semua company yang buka booth masa MIHAS tu ada halal certification sbb itu syarat utama tapi diorang still tak boleh deliver dengan baik bila orang ada kemusykilan2 macam ni.

salah satu sebab utama kenapa aku nak pergi MIHAS.aku nak sangat tau pasal makanan halal kat Jepun sebab apa yang aku tau,memang sangat susah nak cari makanan halal di Jepun.memang ada tapi sangat sedikit kot berbanding dengan negara2 lain.tapi hampeh!takde pun booth Jepun tapi tapaknya telah diduduki oleh Munchy's.kat area ni la aku ulang alik ngan syafika,semata2 nak pastikan memang booth Jepun betul2 takde sampailah aku puas hati


Lowyat and Times square
2.00pm-7.00pm

ni tujuan utama aku keluar sebenarnya...hehe
pegi lowyat dengan syafika,menaiki bas shuttle MIHAS yang free itu ke monorail Medan Tuanku.dalam bas,ada uncle dari Ipoh yang beramah mesra ngan kitorang.tapi,tak sampai 2mnt pun borak,tetibe msk bab politik.dia hulur kertas pasal ulasan politk kes Anwar Ibrahim kot (aku tak baca lagi..haha).uncle ni chinese and dia kata,kerajaan tidak adil...makan rasuah.then dia tanya aku asal mana,aku kata Sabah.dia tnya lagi,native?aku kata,ya.terus dia kata "Sabah and Sarawak should be independent"..mende tah..nek je aku cakap,saya tak masuk Filipin pun dah kira syukur da pakcik....hish..ade2 je manusia ni...

i got my baby back!!!!oh...mp4 ku...mengapakah kamu bertapa sangat lama di celltech itu?????

saya telah membeli ini....card reader

dan ini....semuanya kerana mp4 ku....(sile lihat harga yang sebesar2 alam tu...saya memang suka brg2 murah)

dan juga telah men'shopping' ini di times square...ok,nak cakap jugak baju harga rm15,belt rm10...baju ni short sleeves tp demi blog,aku sanggup pki 'stongan' pada wktu tgh2 mlm buta..(trpksa snap sndiri tp aku bukan pakar so,hasilnya pun tak pakar jugak)

masa sampai times square tu,mmg tak plan nak beli apa2 sebab tengah kering.nak g solat and makan je sebenarnya tapi,oleh kerana syafika yang menawan dan baik hati itu telah membelanja aku makan di The Chicken Rice Shop (sambil jeling Yuni) maka aku pun dgn gembira tetibe bershopping plak...(klu aku tau die nk belanja,baik aku 'ye' kan je masa dia ajak makan Kenny Rogers...huhu..suka sgt bt surprise!!)

KL Central
7.30pm - 9.00pm

kat sini memang sangat tragis!!!!
sampai KL Central,terus g solat lagipun,Zila da tunggu..nak balik sekali ngn dia
after solat,dia keluarkan plastik berisi banyak patung kecik2 then dia kata "bah...pilihla..." aku ngan syafika ni macam orang jakun,berebut2 buka plastik,gelak2...org kat surau tu sabar je kot tgk kitorng cmtu...huhu

aku ckp ngn zila aku ambik dua...patung tu dgn keychain tu..hoho..tamak kan aku....tapi gaban ok jak ba kan..huhu..syafika ambil patung kumbang yang dalam die ade cam biji2 beras
(abaikan background kat blakang..aku cuma nak ambik port yg sesuai...hoho)

kisah tragisnya bermula masa menunggu tren ke Nilai.baru nak turun,then terdengar announcement yang penumpang Nilai dan ada beberapa tmpt lain boleh naik keretapi laju,ape tah nama die.kitorng pun berlarilah dgn bersemangat trun tangga...sempat kejar tp x dpt masuk sbb gile byk org!!!!!rasa macam dalam scene filem Hindustan slalu yg masa org tgh kejar2 naik keretapi smbl keretapi tu gerak..tp yg ni xdela gerak lagi....bile aku ckp ngn syafika cmtu,die kata "naa....naiklah atas.kan biasa dlm filem cmtu..."...hoho.aku masih waras.zila dpt msk dgn susah payah then,keluar balik sebab aku ngn syafika mmg da tak boleh msk.nak keluar tu pn mmg pyh gak.rasa lucu gile.org2 yang duduk2 kat situ pun tgk je proses kitorng membodohkan diri sndiri kejar tren,dpt msk pastu kluar blk...haha!

muka2 tabah menunggu tren...

then,second tren dtg plak...ni pun berebut gak...syafika da naik tapi memang ngam2 kat pintu.aku ngn zila mmg tak boleh msk da...sebelah tgn zila pegang syafika kat dalam,sebelah lagi pegang aku kat luar,pastu kitorng gelak2....para jejaka kat belakang syafika pun gelak2 gak tgk aksi bodoh kitorng.....
penumpang yang terlepas tren 2 kali...ni pun masih ramai.tak masuk kat bhgn depan lagi tu.cuba imagine klu tambah org2 yg da naik 2 tren sebelumnya....dahsyat wa ckp luuuuu

muka birthday girl yang berminyak,berpeluh dan melekit tapi tetap gembira....

masa dlm tren,ada couple malay ni brdiri sebelah aku...then pompuan tu dpt duduk.pastu ms stesen kajang,ade kosong sebelah dia...bf pompuan tu nak pegi kot tapi aku terus je cepat2 duduk....lantak ngko...biarkan ko berdiri...aku takkan benarkan maksiat berleluasa di dalam tren pada hari jadi aku...muahahahahahahahaha (ayat dengki takde bf...oopppsss)...da la pompuan tu pakai tudung...nyampah je i tgkkkkk...lelaki tu buat senyum kempunan je...hahahahaha!

sampai Nilai dalam 9lbh...blk anggerik parents syafika hantar dan sekarang baru rasa penat dan ngantuk (aku tahan sebab byk minum coffee ms kat MIHAS)..sebelum ni tak pulakkkkk


my dinner...sekali lagi,abaikan background kat blakang

so...tu je la ye....aku rasa entry ni pjg gile....lantak r...nanti takyah la aku update selama beberapa hari.....

anyway...thanks a lot kepada yang wish...yang belanja tu,lain kali belanja lah lagi....
aku sangat menunggu wish dari seseorang dengan harapan dia masih ingat kat aku...ternyata,terbuktilah bahawa aku memang sudah dibuang dari kamus hidupnya sebab aku rasa dia masih ingat birthday aku...hmmm...patutkah aku buang beliau dari list ym?

Friday, May 8, 2009

MARAH ITU SIFAT SYAITAN

IZINKAN AKU MENGAMUK SETELAH SEKIAN LAMA MEMENDAM RASA











SIAAAAAAAAALLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!












ok..the end

Thursday, May 7, 2009

AKU DAN HANYA AKU...

terasa lonely pulak after housemate yang lain balik rumah
semalam hantar Dib p stesen bas utk ke LCCT
dia balik Kelantan naik flight...rasa cam nak ikut..huhu
kami sewa kereta.aku drive sampai campus,amek Noi then Noi sambung drive p stesen bas.
tadi hantar Siti pulak p komuter.aku drive pegi stesen komuter then,Noi drive masa balik
kami memang mengamalkan pemanduan berhemah dengan bertukar2 pemandu..hoho

aku baca novel yang aku pinjam dari Acik.
cerita sal budak2 sekolah nak ambik SPM
tiba2 aku rindu zaman sekolah menengah
paling aku rindu adalah subjek Fizik
serius...walaupun masa form5 aku masih kabur2 dengan masa depan sendiri,
tapi aku pasti yang aku macam akan teruskan dalam bidang Fizik atau Kimia
Bio......memang bukan favourite!hoho....(sori cikgu Amir)

tapi masuk matrix,aku ambik sains hayat...walaupun aku dapat sains fizikal
mengapakah aku tukar????sebab aku bangang masa tuh!
terpedaya dengan kata2 cousin ku...palui!
kami sama2 dapat sains fizikal tapi dia ajak tukar ambil sains hayat
aku pun dengan lurusnya bersetuju dan teruslah isi borang tukar kos...
sekali dia tak tukar....sungguh hampeh!
then,bila dapat list student yang berjaya tukar,tengok nama aku...ada
terussssss la aku menangis....bersama2 dengan sorang kawan yang aku baru kenal through mentor menti program...bagus kan saya...baru kenal,terus dapat 'a friend in need is a friend indeed'....haha!

masa sekolah menengah aku agak suka maths dan add maths (walaupun result selalu hancur!)
tapi,masa matrix la aku belajar membenci maths....serius!
satu sebab utama,lecturer bosan dan tak best!hoho...
dan aku masih tidak berjaya menanam minat terhadap biologi...
kimia masih di tahap memuaskan...agak menarik

masuk uni pulak aku ambik kos 'Food Biotechnology'...
Bio lagi....aku macam risau...aku ni pun satu...dah tahu tak suka Bio,degil lagi apply benda tuh!
tapi,i decided to give it a try....then...its quite interesting!
at least aku tidak akan belajar benda2 like plants,the part of it or the human body,inside and outside...all the real stuffs!huh~
aku serius tak suka subjek tuh!ada juga lah masuk pasal tumbuhan tapi just a little la....
so,boleh diabaikan...huahuahuahua
oh...by the way,i love microbes...haha!
jangan ditanya soal maths pada masa ini...aku masih ingat tambah tolak darab bahagi pun kira syukur la...last study pasal maths masa 2nd year subjek Biostatistics...tu pun hampir putus nyawa......

topik utamanya di sini (waa...menyimpang jauh...) aku rindu fizik
ada sekali tu,duduk2 waktu petang,saja tak buat apa2,tetiba teringat kat fizik..dahsyat..
aku kalau berkhayal,apa2 pun boleh....huhu
tapi aku boleh cakap macam tu sebab aku hanya belajar topik2 asas pasal subjek tu
cuba kalau aku study lagi deep....mesti sakit jugak...ayat penyedap lah katakan....
kenapa aku suka fizik????sebab aku rasa fizik logik
aku percaya,setiap benda di dunia ni berlaku kerana 'sebab'
kalau kimia,sebab dia invisible sikit...cerita pasal molecules,reactions segala....
Bio pulak lagilah nampak...benda depan mata...tapi oleh kerana saya agak kureng bab2 teori,jadi sebab tu saya agak kureng dalam hal hidupan....

back to basic,inilah yang dinamakan takdir...Tuhan dah tunjuk jalan aku bukan dalam bidang Fizik mahupun Maths...
aku ditakdirkan untuk meneruskan pembelajaran Bio dan Kimia...
nak tak nak...kena chenta juga dengan subjek ini....dan sekarang memang rasa sangat bersyukur sebab masuk bidang 'Food Biotechnology'
aku boleh buat macam2....aku boleh masuk Bio e.g. genetics,microbes ataupun aku boleh go on dengan Kimia such as organic chem,analytical chem,biochem,food analysis dan macam2 lagi..
aku juga study pasal food product like food processing,sensory analysis,product develoment..
above all that,aku rasa aku tidak menyesal pilih jalan ni...
walaupun ambil masa jugak untuk sesuaikan diri tapi hasilnya...i loooiiiikkkeeeee...hehe

after all the things that i had go through these years....i'm now can proudly say 'Goodbye' to physics..........and maths....hoho


WHAT YOU WANT IN LIFE IS NOT ALWAYS WHAT YOU GET



entry sebegini hanya akan wujud kalau seseorang itu hampir mencapai 'expiry date' di universiti...huhu

Saturday, May 2, 2009

kosong....

emmmm
masih lagi tidak menyentuh buku 'food quality assurance' walaupun exam hari isnin
tapi tak mengapa sebab malam ni aku akan paksa diri aku supaya berusaha gigih...waaahhh
aku sudah muak tengok segala macam bentuk Arashi yang ada dalam laptop ni..
nak download yang baru tapi internet macam biasa....sentiasalah palui...

baru habis tengok concert Arashi 2008...gila best!!!
aku dah banyak kali khatam benda ni (gile ar ko shida!buku letak mana?????)
tak bosan........lagu ni jugak aku pasang time aku lompat2 dalam bilik
ko tanyalah minit keberapa diorang nyanyi lagu ni,lagu tu...sume aku da tau
aku kesal...kalaulah aku ada semangat jitu macam tu untuk study kan bagus.....
tak apalah...yang penting aku masih ingat tanggungjawab aku kan...walaupun agak lewat,asalkan sempat ok la kot...ahaks!
'Better Late Than Never'

sume orang tegur gambar matsujun yg aku letak kat tepi ym aku
ye...beliau sangat comel masa kecik....sangatttttt....sungguh adorable
kalau nak tgk,add me asha_shida@yahoo.com (promo sketttt)
bile da besar ni...biasa je aku tengok...mungkin yuni kate die comel tapi bagi aku,Ohno lagi comel,Sho lagi hot...huhu

tadi ym ngn meme

aku tanya dia minat sape kat Arashi...dia kate "your ex"
wah...aku kate "i takde ex...still lagi tau..."
pastu die kate "ko minat sakurai kan..."
aku kata lagi "minat jugak"

haha!mende la.....payah lak kalau banyak mami jarum lam kelas ni
aku ckp ngn 2,3 org je aku minat Ohno dulu tapi skang lebih kpd Sho...terusssss la tersebar
huahua...sedangkan diorang tak ambik tau pun pasal Arashi...ye,ye je ikut gosip...

aku terase sangat lucu dengan kawan2 aku ni....
sebab mereka memang suka buat lawak
walaupun dengan tak sengaja
walaupun kadang2 tak jadi
walaupun kadang2 agak kasar
walaupun kadang2 aku agak terasa
walaupun kadang2 diorang nak menyindir sebenarnya..
tapi aku telan je...
walaupun kadang2 aku geram gak

tapi saya suka kawan yang bervariasi....
taklah bosan hidup ini kannnnnnnnn....

(kadang2 rasa bersalah sebab mempengaruhi kawan2 sekelas yg 'innocent' itueww utk sama2 tgk Arashi...ada yg sangkut,ada yg tak..tapi bkn salah aku gak 100%!aku pasang utk aku tgk sorang,pastu diorang join...terpaksa aku buka kaunter utk perkenalkan Arashi...huhu)

adios!