Saturday, December 12, 2009

A LITTLE ESCAPE

ke hadapan saudaraku yang dikasihi...

lama tidak menulis....
rindukah dikau dengan hasil tanganku?
ku harap dikau sihat sentiasa dan gembira di samping insan tersayang
banyak yang hendak diceritakan tetapi sebelum itu,izinkan aku menyusun ayat,membentuk kata agar warkah ini tidak kekok meniti di bibir dikau....

sudah 2 minggu saya mula bekerja
ini adalah merupakan pengalaman pertama saya menempuhi alam pekerjaan
biasalah kan...perasaan gemuruh masih ada...agak sukar untuk menyesuaikan diri
bangun seawal 5.30 pagi untuk bersiap ke tempat kerja pada pukul 6.30 pagi dan pulang ke rumah pula pada pukul 5 petang.kesesakan lalu lintas memang melambatkan perjalanan sehingga kadang-kadang 30minit menjadi 2jam...
setiap hari adalah bosan kerana berulang membuat perkara yang sama tanpa hasil yang membanggakan...asyik masuk lab makanan,buat kek,kuih,pastri atau apa2 resipi yang ingin dicuba oleh penyelia...dan seterusnya makan...
ya....makan itu memang seronok...tapi ia menjadi seakan2 satu sumpahan apabila mendapati BMI semakin meningkat dengan jayanya....oleh itu,saya rasa saya terpaksa membuang satu lagi keseronokan dalam hidup ini demi menggapai keseronokan berpanjangan di masa hadapan....
hmmmm...apalah agaknya keseronokan yang tinggal......

di warkah yang lalu, saya ada menyatakan bahawa saya sangat sayang dengan kekasih hati saya sekarang ini dan juga kawan-kawannya yang lain...
tetapi sekarang ini,akibat kesibukan yang berpanjangan di antara kami berdua terdapat sedikit kerenggangan...saya agak sedih sebenarnya kerana saya amat sayangkan beliau dengan sepenuh hati.......
kawan-kawannya yang lagi 4 orang itu pun tidak mampu memujuk kesedihan hati ini...mereka tidak mampu lagi menjadi penyelesai masalah dan penghibur di kala suram.....
saya cuma mampu berharap agar hubungan kami kembali pulih selepas tahun baru ini kerana saya sudah berazam akan memulakan hidup baru bersama si dia, kekasih hati ku....

sepertinya banyak lagi yang ingin saya perkatakan di sini tetapi masa membataskan segalanya...
walaupun tiada penjaga masa yang berkaliber di sini, saya rasa cukuplah setakat ini dulu coretan saya buat kali ini...
saya perlu meluangkan masa untuk kekasih hati saya agar kami tidak semakin menjauh antara satu sama lain....
saya mengaharapkan dikau terhibur dengan sedikit coretan daripada saya..
saya tidaklah menanti sangat balasan daripada dikau..tapi,kalau dikau berasa bosan dengan hidup dan ingin melakukan sesuatu yang mengujakan, bolehlah membalas warkah daripda saya ini...........

sampaikan salam kepada keluarga.....

semoga ceria selalu.....

assalammualaikum.......

No comments: