berchatting dengan seorang sahabat sebentar tadi melalui yahoo massenger cukup untuk membuatkan hatiku tidak tenang sehingga kini..
berita yang disampaikan benar2 memeranjatkan di mana seorang kenalan yang merupakan teman sebiliknya semasa kami sama2 menuntut di matrikulasi dahulu telah meninggal dunia..
peristiwa terjadi semasa arwah dalam perjalanan pulang dari kampungnya ke UMS ketika balik beraya yang lalu.
kemalangan jalan raya katanya di mana kereta arwah terjunam masuk ke dalam gaung. aku tidak pasti sama ada arwah bersama keluarga pada waktu itu atau tidak.tidak terfikir untuk bertanya lebih lanjut kerana terlalu banyak persoalan yang bermain di minda sehingga sukar untuk dileraikan...
salam takziah buat keluarga arwah.
walaupun aku tidak berapa mengenali arwah semasa hayatnya,cuma bertemu beberapa kali ketika bertandang ke bilik sahabatku itu namun cukup untuk aku menilai bahawa arwah seorang yang sangat baik dan berpegang teguh dengan agamanya.bahkan sahabatku sendiri berkata bahawa sepanjang mengenali arwah sebagai teman sebilik,tidak sekalipun dia melihat arwah marah.sesungguhnya, Allah lebih menyayangi arwah.
di usia yang terlalu muda arwah telah meninggalkan dunia.jika ditanya kepadaku, aku pasti belum bersedia untuk semua itu.masih terlalu banyak kelemahan pada diri ini sehingga malu untuk bertemu dengan Sang Pencipta.namun,siapalah aku untuk menentukan nasib diri sendiri.ajal maut di tanganNya.bila2 masa Dia datang menjemput,takdir itu tidak boleh diubah.bersedia atau tidak,kita harus menghadapinya.terlalu banyak perkara yang bermain di minda pada ketika ini.bimbang sekiranya aku melelapkan mata,aku sudah tidak bangun pada keesokannya..aku sangat takut..takut kerana maut datang menjemput tidak kira masa,tempat dan keadaan...
ya Allah...
Engkau tetapkan hatiku di dalam Iman dan Islam buat selamanya...
Al-Fatihah.....
2 comments:
kematian memang tidak boleh dijangka.
jadi kita yg masih hidup ni, kenalah LIVE LIFE TO THE FULLEST. Gunakan nikmat dan peluang yg masih ada ni sebaik-baiknya.
Maa, sorezore no inochi saa.
Did I say that right?
Ashidah. Kau letak la perihal budak-budak SMK(A)KK batch kita dulu-dulu yg sudah lost contact.
emmm...wagatta..
napa x letak d blog ko sndiri..hoho
tgk la dl...klu ak rajin...dan ada masa...hehe
Post a Comment