Thursday, October 1, 2009

senyum dalam kesejukan

"mood raya masih 'on'
open house masih ada
kepala serabut banyak asaimen
puasaa 6 jangan lupa"

ambek aku punya pantun 4 kerat...
nampak sangat ketidakada'bakat'annya (pandai2la baca)

balik raya mendapati bahawa badan naik dengan bersungguh2
tapi keinginan untuk meneruskan pembelajaran mengapa tidak naik bersungguh2 jua???
kesimpulannya....aku harus memulakan gaya hidup yang sihat...bersenam macam biasa,jogging dengan bersungguh2 supaya badan dan otak serta minda juga semuanya akan mengembang secara sihat

hari ini hari khamis...jadual adalah free dari sebarang kelas kecuali kelas jepun pada sebelah petang...anggaplah itu sebagai satu peluang
duduk di lab sorang2 ditemani kesejukan aircond yang melampau tapi mampu menyejukkan jiwa yang sedang gundah gulana kerana due date thesis hampir ke penghujungnya....
sebelah pagi buat thesis,petang pula buat ulangkaji jepun sikit (read:kerja yang tertangguh)

bila otak terasa agak kepenatan,mula melayari internet membaca sedikit info dan bahan2 hiburan yang ringan...
sudah pastinya pilihan utama adalah berkaitan makanan halal (oh ya...sangat kagum apabila terjumpa beberapa restoran di jepun yang menghidangkan makanan halal....excited gitu!)
dan juga sesuatu kemestian untuk menjenguk berita tentang Arashi yang terchenta.....
(lagi bertambah gembira sebab inoue mao akan menjadi guest dalam arashi no shukudai-kun 12oct nanti...meme-chan,tolong download...yoroshiku onegaishimasu~)

masih bertahan dalam kesejukan,tapi mood sudah bertukar menjadi bertaambah ceria....
teruskan perjuangan...
owh....aku suka hidup ini......
sungguh seronok kalau kita seiringkan kerja yang penting sambil mengekalkan mood yang baik.....<3

No comments: