Wednesday, March 31, 2010

1 April

esok April fool...yeke?
untuk org2 fool yang ikut benda ni je lah...
eh,lantakla...aku x bercadang pun nk buat entry psl April Fool ni...saje nak inut tajuk entry yg xde kena mengena....

Main point is lusa adalah Good Friday...cuti umum d Sabah (aku x pasti d semenanjung)
sangat seronok...sebab sudah lama aku menunggu untuk cuti pada hari Jumaat...
saya suka bulan April 2010....
antara sebabnya adalah...praktikal aku end pada 30 April...
amboooiii..shiidaaa..dulu bukan main lagi x sabar mau praktikal la, apa la....fahamilah saya yang sentiasa berubah2 mengikut mood dan keadaan....

April juga ada banyak cerita baru yang akan ditayangkan seperti
'Wagaya no Rekishi'...sangat x sabar...sudah menunggu selama 2tahun (start 2009)
7th April...mark the day...release of Arashi DVD 5x10 Anniversary concert

tu je kot yg membuatkan aku suka bulan April...eh,ntahla...
aku macam sudah mengantuk yang amat...tiba2 pula ni...

Saturday, March 27, 2010

Nasib hidup berseorangan

tajuk entry macam aku ni janda yang sudah jatuh ditimpa tangga betulla...huh~

semalam saya period hari first...agak lewat untuk bulan ni plus, bulan lalu saya tidak period.
macam biasa, kalo benda ni datang lewat mesti kesenggugutan dia adalah di tahap yang dahsyat...saya kalau period setiap kali memang akan senggugut and pernah rasa lagi dahsyat dari ini. bila darah kotor keluar mencurah2 ni, emosi pun turut terganggu...rasa macam mau marah selalu. tanda2 PMS saya adalah selera makan yang melampau, kekerapan membuang air kecil yang tinggi dan kesakitan breast yang amat ( ko imagine masa jalan badan terbuai2 pun breast aku boleh sakit gila...apa lagi masa turun tangga or jogging, lu pikir lah sendiri)...

itu PMS nya...semasa period pula, emosi memang x stabil tapi semua simptom2 PMS di atas da hilang...aku memang kurang ke tandas, breast sudah tidak sakit dan selera makan masih ada cuma malas mau makan...serius, kadang2 aku boleh 1 hari x makan masa period sebab malas mau buka mulut & makan. mungkin ketidakstabilan emosi juga menyebabkan aku malas mau makan ni.

so, berbalik kepada cerita asal, semalam aku 1st day period dengan senggugut yang amat, kakak aku bawa pegi shopping barang2 untuk buat kek sempena birthday party dia hari ini. pegi jua gagahkan diri sebab da janji before tu untuk kan...kakak aku ni lain, dia ni memang seorang yang penuh dgn uncertainty...lepas siap beli barang, singgah pulak kedai barangan rumah, mau beli perhiasan bilik sains di sekolah katanya (kakak saya seorang cikgu)...ingatkan dia sudah decide before tu...ni x, masa tulah baru moa decide pastu keliru...tukar itu ini...tengok benda lain lagi...memang seksa okkk...mula2 tu dapat tahan lagi, but after that, terus melarikan diri ke tandas....

hari ni pun senggugut still terasa...gagahkan diri juga buat kerja2 rumah like cuci baju seminggu punya simpanan...dan buat kek untuk birthday party tu la...aku mampu buat kek batik ja...kakak aku buat brownies then aku juga yang kena kemas balik dapur tu after the mess they created...haih~....memang tahan ja la....
then mak dengan kakak jalan, pegi hospital lawat cousin yang mau beranak. aku memang x mampu sudah masak tengahari. suruh cousin aku lelaki yang lepak di rumah itu masak...dulik ko...masak la suka hati...diorang pegi hospital memang lama....dari pukul 11 lebih camtu, sampai pukul 2 belum balik lagi...sabar aku tinggal sedikit....aku memang bukan penyabar kalau bab2 tunggu orang ni...dekat pukul 3 pun belum lagi...oh ya, party itu dijadualkan akan diadakan di kampung. plan asal mau balik pagi or tengahari tapi bila lambat sangat, aku pun da x faham flow dia macam mana...aku tidur sebab tension...diorang datang pukul berapa aku x tau...yang penting aku sudah malas mau bangun masa tu...bila aku bangun, rumah sudah kosong...tiada orang...semua sudah balik...aku hanya berharap diorang lupa bawa kek batik tu balik sekali sebab aku baru simpan dalam peti ais...sekali tengok, haish...semuanya sudah kosong...aku kecewa....kempunan...juga sedih sebab sorang2 di rumah...kalau aku tau, baik aku balik ja awal tadi bawa kereta mak aku....sekarang sudah petang, aku takut drive sorang2 dalam gelap balik kampung....walaupun kereta mak aku ada ja tersadai di depan tu...

wahhhhhh....the point is aku x dapat pegi birthday party tu.....
no use for me sacrificing doing all those things, endure my pain this whole day.....
at the end.....i was always the one that left behind......
emosi sangat tidak stabil....mau marah tapi sama siapa?????sedih tapi siapa mau pujuk....lapar tapi tiada makanan sedap.....malas mau masak.....malas mau buka mulut untuk makan.......
adeh~~~~~~~~~

Tuesday, March 23, 2010

Berdiri Di atas Kaki Jalan

rasa macam dah lama x tulis benda berfaedah
oleh itu, marilah aku mengasah minda melalui penulisan ini....

ada baca berita hari ini (23mac2010)?
muka depan Berita Harian.
kalo tiada, sila ke sini
meh la aku highlight sikit tajuk utama

sila klik untuk paparan lebih jelas

"BANCUH AIR, SALIN FOTOSTAT"

itulah dilema yang dilaporkan seorang pelajar praktikal kepada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)
tugas yang diberikan tidak berpatutan...remeh katanya
tidak membantu mereka dalam persediaan untuk menginjak ke alam pekerjaan selepas graduasi nanti...

MEF kata: punca utama adalah ketiadaan standard/garis panduan dari pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada syarikat/industri terbabit yang menerima pelajar praktikal dari Institut Pengajian Tinggi. Ini kerana, masalah timbul apabila pihak syarikat sendiri tidak pasti dengan pengisian sepanjang tempoh praktikal tersebut.
sebagai insentif pula, MEF menyarankan agar syarikat yang bekerjasama diberi potongan cukai, terutama bagi yang memberi elaun praktikal kepada pelajar.

ok....ini komen aku...

bancuh air, salin fotostat, jadi clerk...apa lagi...emmm...receptionist, sudden s/u, bla...bla..bla..
aku rasa, tak susah pun buat benda2 ni...sebab perkara2 macam ni pun sebahagian daripada 'kerja' if that what you demanding for...
ok, fine...katalah ko tu pelajar bidang sains..4 tahun study universiti asyik masuk lab, analisis itu ini..tup tup masa praktikal jadi despatch boy, esoknya jadi clerk, lusanya dipanggil masuk meeting salin minit mesyuarat...kau tak puas hati...memberontak sebab kau mahu masuk lab, buat kerja yang sepatutnya sebagai seorang bakal graduan bidang sains...kalau macam tu, aku sarankan kau apply praktikal jadi lab assistant di universiti sendiri...senang cerita...

bagi aku, semua ni bergantung kepada fleksibiliti pelajar itu sendiri. sejauh mana beliau boleh adapt dengan persekitaran di tempat kerja semasa praktikal. nama pun latihan industri kan, persediaan untuk ke alam pekerjaan selepas graduasi. sebagai pelajar praktikal, kita kena akur yang kita adalah bukan pekerja tetap di sesebuah syarikat. jadi, itu hak mereka untuk 'mempergunakan' kita selagi boleh digunakan. diorang nak terima kita pun dah kira cukup baik. sedangkan orang yang baru masuk kerja pun ada kes diberi tugas yang remeh temeh, inikan pula kita yang masih dalam status pelajar praktikal.

sebagai pelajar praktikal

kita memang ada hak untuk menyuarakan pendapat kepada pihak atasan berkaitan dengan kerja yang diberikan. contohnya, kita boleh terangkan yang kita sebenarnya lebih kepada jurusan sains, kita pernah mengendalikan peralatan eksperimen itu dan ini, tiada masalah untuk menjalankan eksperimen/analisis di dalam lab. mungkin salah satu sebab mengapa kita diberi tugas remeh adalah kerana performance kita sendiri di depan majikan. jadi, kita kena yakinkan mereka yang kita memang boleh sebenarnya. tapi, untuk menyuarakan pendapat juga kena ada caranya. jangan pula terus memberontak, protes x puas hati...tu memang cari masalah namanya....

berdasarkan pengalaman sendiri sebab aku pun sedang praktikal di bawah Jabatan Pertanian. aku memang ambil jurusan boiteknologi makanan so, tiada masalah untuk pergi mana2 bidang pun kan. sekarang ni, kami memang kerja buat roti, bakeri, pastri etc....dalam tempoh 4 bulan ni, tidak pernah sekalipun masuk lab analisis buat eksperimen saintifik itu ini. mula2 memang rasa kesal, sedih dan tak puas hati sebab ingatkan kami dapat di Bahagian Penyelidikan tapi lain pula yang jadi. pernah buat permohonan untuk menukar bahagian sekiranya boleh. Bos pun memang sedia maklum yang bidang kami ini lebih kepada bahagian penyelidikan. tapi HR punya orang memang x bagi tukar dengan alasan Bahagian Penyelidikan tidak menerima pelajar praktikal lagi sekarang. mereka siap suruh kami cari jabatan lain lagi sekiranya kami tidak berpuas hati dengan tempat yang telah diberikan. ganas bukan? (walaupun kami tidak bercakap direct dengan beliau..selisih aku xmau jumpa org HR. nasiblah tiada urusan yang menyebabkan kami kena pegi HQ utk jmpa diorang)...so, kami dengan tabah dan redha menerima tugasan yang telah ditetapkan. it's not that bad actually. especially kepada org2 yang malas mau buat report eksperimen macam aku ni. plus, kerja sekarang ni membolehkan aku berbahagia dengan makanan setiap hari. hoho!

ok sambung....
pasal nak diwujudkan standard untuk pelajar praktikal sebagai panduan kepada syarikat, aku rasa x payahlah susah2kan diri buat silibus, standard semua...ini seolah2 memaksa syarikat berkenaan ikut peraturan universiti kita pula. bila kita sudah menjadi pelajar praktikal di bawah sebuah syarikat, maksudnya kita yang kena ikut apa jua garis kerja yang telah diberikan oleh syarikat berkenaan. dahla masa memohon tempat praktikal merayu bagai, ni tiba2 bila dah diterima, diorang pula yang kena ikut kita. pelik bukan?
kalaulah...selepas grad dan kita dapat kerja di mana2 syarikat tapi position yang kita dapat tu pula tidak sesuai dengan bidang kita yang sepatutnya, adakah masa tu ko akan keluarkan satu kertas then cakap "ini garis panduan saya sebagai pelajar lepasan Komunikasi. sila sediakan kerja yang berkaitan dengan bidang saya"...banyak cantik muka kau. silap haribulan, ada yang kena buang daerah.

lagipun, kerajaan sendiri menggalakkan pelajar universiti untuk lebih berdaya saing dan mempunyai pelbagai kemahiran dalam melakukan tugas yang diberikan. inilah sebenarnya yang dinamakan multiskill/multitasking/LINCAH...hoho~~~~
kita kena buktikan, walaupun kita pelajar universiti, belajar agama, masuk lab siang malam, menghafal perkataan2 perundangan, naik bas berhimpit2, pulak tu selalu rosak tengah jalan, mempunyai bendahari yang suka berhutang dengan yuran yang cekik darah...kita tetap mampu buat air kopi yang sedap hingga menjilat jari, membuat salinan fotostat dengan pantas, menyediakan minit mesyuarat yang lengkap dan menjadi receptionist yang gojes dan disenangi ramai.

peringatan kepada diri sendiri dan juga sesiapa yang berminat...jangan jadi pelajar yang terlalu manja. sikit2 nak report itu ini...cuba selesaikan sendiri selagi masalah itu mampu kita tangani. anggap sahaja masa praktikal adalah seperti field work semasa di universiti. ataupun cuti semester, berehat daripada kelas yang dahsyat2 belaka selama 3 tahun di universiti. jangan stress2...tempuhi alam praktikal dengan gembira...
kita juga boleh anggap yang latihan industri adalah sebuah medium yang baik untuk mengasah kemahiran sosial kita. dari segi komunikasi, penampilan etc.
apa salahnya kalau sekali sekala kita berfikir luar daripada makmal, keluar dari bilik kaunseling dan take 5 daripada mout court.
jangan had kan kemampuan kita hanya kerana kita fokus kepada satu bidang sahaja di universiti.
namanya pun pelajar universiti, cuba 'think out of the box' sikit......


pesanan penaja:

aksi coretan terlampau di atas adalah pendapat peribadi penulis sendiri...memang ada kaitan dengan yang hidup, yang mati x pasti pula....walau apa pun, mohon maaf kalau tersilap dan perkongsian pendapat amat dialu2kan....

sekian

by,
櫻井翔

Saturday, March 20, 2010

それぞれの夢へと僕らを繋ぐ YELL~~

one gloomy evening...


current song: YELL by Ikimonogakari

have you ever think about the possibilities in your life if you are not what you be like now?

i am not talking about the ungrateful meaning here...just imagine the possibilities

there are many lines in our life...lines which are parallel, intersect with each other and also separated form the other lines...its only us...can choose which way we want to face...


i already choose this way but i still wondering what it could be with the one that i'm left behind...
if possible, i want to try as many path as i can then choose the best to continue my walk...

but we can't be so picky about it...He already prepare the line for us...whatever happens in front we must still go on because in life there's no turning back...the only thing we can do is fix the road and continue walking...


the life has been long....
yet, i am still searching the real meaning behind it...
what i really want?
is this the true path for me?
or must i take the next junction and try the new road which i never knew before?
will i be happy with it?will success come to me then?

Only me will know the answers....
at the end, it is not about which road we are taking...what we are doing along the way, passing the road will determine everything...we run, walk or just stand there...

one thing i believe, as long as there are lights there is a hope for me to continue the loooonnggggg way in front....






whatever comes in the way...one thing i really sure is I WILL NEVER TAKE THE U TURN.....

Thursday, March 11, 2010

Esok saya cuti...oleh itu, mari menjawab tag....

1.- Adakah anda rasa HOT???

Hot & Spicy satuuuuu!

2 - Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!


3 - cerita pasal gambar??

Dulu, wallpaper aku mesti Arashi...tak pun gambar sho sorang...
semenjak 2 menjak ni, aku rasa aku perlu lari sedikit dari cengkaman Arashi (yakah????)
Gambar ni aku snap sendiri masa tunggu my dad datang ambil di tempat kerja. sekali tengok,macam awan pagi kan...tapi ni waktu petang dan cuaca juga sangat best...i very the like this picture looo...

4 - bila kali terakhir anda makan pizza?

2 hari lepas...home made gitueww...buat sendiri okkkk...supervisor suruh buat sendiri guna bahan lebih daripada kursus yang lalu
sangat sedap sebab meletak mozarella cheese secara berleluasa dengan niat ingin menutupi topping pizza tersebut (xpe...i pregnant lmbat sket pun xpe...hehe)...last2, x habis...semua muak...nasiblah ada makcik yang selalu lepak minum petang di ofis tolong habiskan...

5 - lagu terakhir anda dengar?

Kitto Daijoubu by Arashi..
eh, tapi...tadi pun baru dengar lagu kanak2 dari dvd adik aku yang dia ulang pasang 10x sehari...

6- selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?

ada nama lainkah??
shidacomel...acceptable kah???huhu....
masa kecil dulu, mak aku panggil aku 'unggot' yang maksudnya 'mempunyai rambut yang kusut masai sebab x suka sikat rambut'..ngahaha!hodoh gila nama...
sejak tu aku kena selalu gunting rambut, x boleh biar rambut panjang sikit sebab aku memang malas sikat rambut...sekarang ni, rambut panjang sikit ja, memang rimas....dulu gunting rambut stail matsujun. ni mau try stail ohno pulak....horhorhorhor......

7 - tag lagi 8 org

tak cukup la...
nak tag beberapa yang mampu ja la....

1) Adibah sama...onegaishimasu~
2) Putri (org yg bz dgn master skarang ni...tp skali skala ba kalo rajin kan...)
3) Fiza...(aku tau kekadang ko stalk gak blog aku kan...hehe)
4) Yanti...(ko masih ada blog ka?lama ko x jenguk blog aku dan aku pun lama x singgah blog ko...)


9 - siapakah org no.1 kepada anda?

my ex...haha
ex-facultymate...ex-housemate...satu jak yang belum 'ex' iaitu my friend a.k.a Arashifanmate...ngahaha!

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5

eh...no.5 tak wujud lah....

11 - no.3 ada hubungan dengan siapa?

owh...memang ada...dengan...aku pun dah lupa nama mamat tu...kerja KLIA lah....

12 - bagaimana pula dengan no.4?

ada....semestinya ada....lalala~

13 - pesanan kepada orang no.6

eh...kan xda no.6 tu...adui...

14 - kata2 cinta untuk orang no.2

good luck for your research...rajin ko study...hehe
(boleh dikira kata2 cinta kah tu?)

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

ada....mereka ialah orang yang 'tiada'

16 - berikan 5 perkara yg anda tau tentang org yg mengtag anda

lebih 5 boleh??hehe...
-banyak cakap....gila punya banyak cakap
-suka cakap benda yang sama ulang2....sampai tahap kekadang tu aku dah hafal da cerita yang dia bagitau....huhu
-mampu menjadi seorang yang kuat di dalam keadaan yang memerlukan beliau berkelakuan sedemikian
(u know what i mean...)
-banyak bisnes budak ni...tah bila dia nak belanja aku~
-telah menjadi peminat Arashi disebabkan Paam...jgn salahkan aku ea...
-suka bergosip....hahahahahahhahahahaha!
(part ni best....)

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU?

persamaan antara buaya ngan biawak?

18 - perasaan anda wat tag ni?

take me faraway because you are my soul!soul!

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?

tak pasti lak Razman tu sengal ke x...tapi girlfriend dia aku tau memang sengal...Razman pun sengal kot sebab pilih awek sengal....

20 - a)GAY or b)LESS

mana best????
nak kena try dulu baru tau.....

Wednesday, March 10, 2010

Perasaan

dunia semakin panas
banyak hutan terbakar
EVERYDAY...balik dari kerja...on the way yang jam itu...
mesti ada ambulans, kereta JPA or kereta bomba yang menyelit2 dalam kesesakan....
EVERYDAY ok....
p/s: this is not an exaggeration

hari isnin tu...bapa aku sakit..
semalam...mama aku pula yang sakit
harini, aku rasa pun macam mau sakit...
tekak kering gila...badan mau panas...nasiblah suda apply cuti Jumaat ni...
(sukati ja aku apply cuti tanpa sebab yang best...alasan: balik kampung yang boleh sampai dalam amsa 40 minit ja dari KK)

ujian Tuhan kali ni kan...
kita ni kan..kalau tidak diuji, memang takkan sedar2...
tu lah...cemar lagi alam sekitar...bakar lagi sampah merata2...keluarkan lagi asap2 kilang yang berkepul2 hitam tu....



Anonymous said
"Technology is killing us...vanishing the world"

Others

"What are we...without technology...nowadays"



if only technology can be the solution~~

Monday, March 8, 2010

Just a matter of Fact.....

Saya bangga menjadi orang Sabah atas banyak sebab
antaranya adalah kami tidak perlu begitu teruja untuk melaungkan slogan 1Malaysia kerana memang dari asalnya...itulah yang kami praktikkan di Negeri Bawah Bayu ini sekian lama...
di Sabah banyak kaum,kepercayaan dan agama...dalam setiap kepercayaan dan agama (kecuali Islam) ada pulak terbahagi kepada beberapa cabang lagi...
setiap kaum bebas meraikan sebarang perayaan mengikut kepercayaan masing2 asalkan tahu menghormati budaya orang lain...jadi, jangan hairan bila bila orang Kristian datang berhari raya...orang Islam join open house Krismas...orang Bajau tengok unduk ngadau dan Dusun main lumba kuda...
mungkin kamu akan kata..."ala...itu fenomena biasa..."
tapi fikir balik...berapa banyak perayaan yang telah ditolak atas alasan seperti Halal Haram Makanan...

di Sabah, persahabatan antara orang Muslim dengan yang Bukan Muslim adalah amat ketara...bila ada kenduri kahwin sahabat yang Bukan Muslim, mesti dia akan meminta tolong kawan yang Muslim untuk menyediakan makanan bagi tetamu Muslim. Dan fenomena biasa bila orang Bukan Muslim kahwin, mesti disediakan 2 tempat untuk mengambil lauk...Muslim dan Bukan Muslim.
Mereka juga sangat alert tentang sensitiviti orang Muslim...contohnya, supervisor saya adalah seorang yang bukan Muslim dan sundah semestinya beliau memakan binatang yang 'comel' itu. Beliau suka membeli mee goreng dari gerai berhampiran yang juga dimasak oleh orang Bukan Muslim. Dan beliau meminta maaf sebab tidak dapat membelikan untuk kami atas sebab Halal Haram. Beliau memakan mee itu di dalam plastik sahaja dan ada sekali tu kawan beliau ingin memakan mee di dalam pinggan lab kami. Tapi beliau menegah sekali lagi atas alasan Halal Haram pinggan itu bila diletak mee di atasnya.
Beliau juga selalu memberi ruang untuk kami bersolat zuhur...Tanya jika kami berpuasa atau tidak kalau kami menolak pelawaannya untuk makan.
Dan kami juga menghormati waktu beliau berpuasa pada setiap hari Rabu atau Jumaat kerana dalam agama mereka, berpuasa maksudnya mereka tidak boleh memakan binatang yang berdarah contohnya daging.
Percampuran agama sebenarnya lebih membuatkan kita faham dan seterusnya menghormati agama masing2...kita ada batas2 yang telah ditetapkan so, terpulang pada kita untuk kawal diri masing2...

Saya mengaku, kekuatan agama di kalangan orang Muslim Sabah masih kurang sehinggakan ada yang tidak dapat membezakan yang mana Muslim dan yang mana bukan...Tapi, jangan salahkan percampuran budaya dan agama kerana kita tidak perlu menunggu untuk bercampur baur kalau asalnya dari hati kita memang sudah goyah...Tidak kira di mana kita berasal...dengan siapa kita berkawan kerana semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk memilih jalan hidup....

Percampuran Budaya dan Agama bukannya sesuatu yang perlu ditakuti....ia adalah sesuatu yang perlu dinikmati kerana selain daripada pertukaran budaya yang ketara...kita juga dapat belajar untuk lebih menghormati antara satu sama lain...
tak guna asyik laung slogan 1malaysia kalau masalah antara orang2 sendiri pun belum selesai, jangan harap nak satukan rakyat yang memang dari dulu tak pernah cuba untuk mencari jalan penyelesaian...sikit2 rusuhan itu ini...baru peringkat kampus pun mau rusuhan...kalau sesama agama dan budaya pun sudah macam tu, macam mana pula dengan yang lain2????

mana mau cari Bumiputera kongsi perniagaan kedai makan dengan Cina...Orang Cina, India, Bumiputera duduk semeja bersarapan pagi di warung2 kopi...(selain dalam iklan yang kelihatan seperti provok sahaja)...semuanya ada di Sabah...

Dan saya bangga untuk mengaku Saya Urang Sabah...biarlah orang mau cakap kami tinggal atas pokok, kami cakap macam Indon, kami urang ulu2 dan pedalaman...Terima Kasih kerana mengingati ia sebagai imej kami...sekurang2nya, kami ada imej unik tersendiri yang meninggalkan kesan mendalam kepada sejarah Malaysia....



VISIT SABAH 2010..
lalala~

Sunday, March 7, 2010

Back at One

sebenarnya kan....
saya telah membuat blog baru disebabkan header yang telah ter'delete' tanpa sengaja
oleh kerana saya begitu teruja untuk menonjolkan banner ini maka saya telah membuat blog baru di atasa address yg sama menggunakan email yang sama juga....huhu....
just export import sahaja....i likeeeeeeee~~~~~
tapi tidak menjumpai template yang best untuk dipadankan bersama....esok ja aku sambung buat.....


****semalam lepak UMS konon mau join Run City di Padang Merdeka hari ni...tapi hampeh...larian start 7.30...kami bangun 8.30...lagipun kawan aku ada dinner, blk dekat pukul 12 the night before so mustilah penat kan****


****telah menformat laptop dalam keadaan yang separuh redha sebab semuanya berjalan dengan begitu pantas....juga telah menyebabkan file2 yang tidak sepatutnya di'delete'...juga telah menggantikan vista business N yg genuine dgn windows7****


****sementara menunggu laptop habis format, telah ke karaoke tanpa arah tujuan...nyanyi lagu yang sumbang2 belaka...dan menonton wayang juga tanpa plan apa2...tapi Little Big Soldier itu adalah seronok!i like....4 stars~~~~~~****


*****************The End**********************