Tuesday, March 23, 2010

Berdiri Di atas Kaki Jalan

rasa macam dah lama x tulis benda berfaedah
oleh itu, marilah aku mengasah minda melalui penulisan ini....

ada baca berita hari ini (23mac2010)?
muka depan Berita Harian.
kalo tiada, sila ke sini
meh la aku highlight sikit tajuk utama

sila klik untuk paparan lebih jelas

"BANCUH AIR, SALIN FOTOSTAT"

itulah dilema yang dilaporkan seorang pelajar praktikal kepada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)
tugas yang diberikan tidak berpatutan...remeh katanya
tidak membantu mereka dalam persediaan untuk menginjak ke alam pekerjaan selepas graduasi nanti...

MEF kata: punca utama adalah ketiadaan standard/garis panduan dari pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada syarikat/industri terbabit yang menerima pelajar praktikal dari Institut Pengajian Tinggi. Ini kerana, masalah timbul apabila pihak syarikat sendiri tidak pasti dengan pengisian sepanjang tempoh praktikal tersebut.
sebagai insentif pula, MEF menyarankan agar syarikat yang bekerjasama diberi potongan cukai, terutama bagi yang memberi elaun praktikal kepada pelajar.

ok....ini komen aku...

bancuh air, salin fotostat, jadi clerk...apa lagi...emmm...receptionist, sudden s/u, bla...bla..bla..
aku rasa, tak susah pun buat benda2 ni...sebab perkara2 macam ni pun sebahagian daripada 'kerja' if that what you demanding for...
ok, fine...katalah ko tu pelajar bidang sains..4 tahun study universiti asyik masuk lab, analisis itu ini..tup tup masa praktikal jadi despatch boy, esoknya jadi clerk, lusanya dipanggil masuk meeting salin minit mesyuarat...kau tak puas hati...memberontak sebab kau mahu masuk lab, buat kerja yang sepatutnya sebagai seorang bakal graduan bidang sains...kalau macam tu, aku sarankan kau apply praktikal jadi lab assistant di universiti sendiri...senang cerita...

bagi aku, semua ni bergantung kepada fleksibiliti pelajar itu sendiri. sejauh mana beliau boleh adapt dengan persekitaran di tempat kerja semasa praktikal. nama pun latihan industri kan, persediaan untuk ke alam pekerjaan selepas graduasi. sebagai pelajar praktikal, kita kena akur yang kita adalah bukan pekerja tetap di sesebuah syarikat. jadi, itu hak mereka untuk 'mempergunakan' kita selagi boleh digunakan. diorang nak terima kita pun dah kira cukup baik. sedangkan orang yang baru masuk kerja pun ada kes diberi tugas yang remeh temeh, inikan pula kita yang masih dalam status pelajar praktikal.

sebagai pelajar praktikal

kita memang ada hak untuk menyuarakan pendapat kepada pihak atasan berkaitan dengan kerja yang diberikan. contohnya, kita boleh terangkan yang kita sebenarnya lebih kepada jurusan sains, kita pernah mengendalikan peralatan eksperimen itu dan ini, tiada masalah untuk menjalankan eksperimen/analisis di dalam lab. mungkin salah satu sebab mengapa kita diberi tugas remeh adalah kerana performance kita sendiri di depan majikan. jadi, kita kena yakinkan mereka yang kita memang boleh sebenarnya. tapi, untuk menyuarakan pendapat juga kena ada caranya. jangan pula terus memberontak, protes x puas hati...tu memang cari masalah namanya....

berdasarkan pengalaman sendiri sebab aku pun sedang praktikal di bawah Jabatan Pertanian. aku memang ambil jurusan boiteknologi makanan so, tiada masalah untuk pergi mana2 bidang pun kan. sekarang ni, kami memang kerja buat roti, bakeri, pastri etc....dalam tempoh 4 bulan ni, tidak pernah sekalipun masuk lab analisis buat eksperimen saintifik itu ini. mula2 memang rasa kesal, sedih dan tak puas hati sebab ingatkan kami dapat di Bahagian Penyelidikan tapi lain pula yang jadi. pernah buat permohonan untuk menukar bahagian sekiranya boleh. Bos pun memang sedia maklum yang bidang kami ini lebih kepada bahagian penyelidikan. tapi HR punya orang memang x bagi tukar dengan alasan Bahagian Penyelidikan tidak menerima pelajar praktikal lagi sekarang. mereka siap suruh kami cari jabatan lain lagi sekiranya kami tidak berpuas hati dengan tempat yang telah diberikan. ganas bukan? (walaupun kami tidak bercakap direct dengan beliau..selisih aku xmau jumpa org HR. nasiblah tiada urusan yang menyebabkan kami kena pegi HQ utk jmpa diorang)...so, kami dengan tabah dan redha menerima tugasan yang telah ditetapkan. it's not that bad actually. especially kepada org2 yang malas mau buat report eksperimen macam aku ni. plus, kerja sekarang ni membolehkan aku berbahagia dengan makanan setiap hari. hoho!

ok sambung....
pasal nak diwujudkan standard untuk pelajar praktikal sebagai panduan kepada syarikat, aku rasa x payahlah susah2kan diri buat silibus, standard semua...ini seolah2 memaksa syarikat berkenaan ikut peraturan universiti kita pula. bila kita sudah menjadi pelajar praktikal di bawah sebuah syarikat, maksudnya kita yang kena ikut apa jua garis kerja yang telah diberikan oleh syarikat berkenaan. dahla masa memohon tempat praktikal merayu bagai, ni tiba2 bila dah diterima, diorang pula yang kena ikut kita. pelik bukan?
kalaulah...selepas grad dan kita dapat kerja di mana2 syarikat tapi position yang kita dapat tu pula tidak sesuai dengan bidang kita yang sepatutnya, adakah masa tu ko akan keluarkan satu kertas then cakap "ini garis panduan saya sebagai pelajar lepasan Komunikasi. sila sediakan kerja yang berkaitan dengan bidang saya"...banyak cantik muka kau. silap haribulan, ada yang kena buang daerah.

lagipun, kerajaan sendiri menggalakkan pelajar universiti untuk lebih berdaya saing dan mempunyai pelbagai kemahiran dalam melakukan tugas yang diberikan. inilah sebenarnya yang dinamakan multiskill/multitasking/LINCAH...hoho~~~~
kita kena buktikan, walaupun kita pelajar universiti, belajar agama, masuk lab siang malam, menghafal perkataan2 perundangan, naik bas berhimpit2, pulak tu selalu rosak tengah jalan, mempunyai bendahari yang suka berhutang dengan yuran yang cekik darah...kita tetap mampu buat air kopi yang sedap hingga menjilat jari, membuat salinan fotostat dengan pantas, menyediakan minit mesyuarat yang lengkap dan menjadi receptionist yang gojes dan disenangi ramai.

peringatan kepada diri sendiri dan juga sesiapa yang berminat...jangan jadi pelajar yang terlalu manja. sikit2 nak report itu ini...cuba selesaikan sendiri selagi masalah itu mampu kita tangani. anggap sahaja masa praktikal adalah seperti field work semasa di universiti. ataupun cuti semester, berehat daripada kelas yang dahsyat2 belaka selama 3 tahun di universiti. jangan stress2...tempuhi alam praktikal dengan gembira...
kita juga boleh anggap yang latihan industri adalah sebuah medium yang baik untuk mengasah kemahiran sosial kita. dari segi komunikasi, penampilan etc.
apa salahnya kalau sekali sekala kita berfikir luar daripada makmal, keluar dari bilik kaunseling dan take 5 daripada mout court.
jangan had kan kemampuan kita hanya kerana kita fokus kepada satu bidang sahaja di universiti.
namanya pun pelajar universiti, cuba 'think out of the box' sikit......


pesanan penaja:

aksi coretan terlampau di atas adalah pendapat peribadi penulis sendiri...memang ada kaitan dengan yang hidup, yang mati x pasti pula....walau apa pun, mohon maaf kalau tersilap dan perkongsian pendapat amat dialu2kan....

sekian

by,
櫻井翔

3 comments:

Sayer Best said...

Yup,strongly agree!!!dari satu sumber pembacaan aku,salah satu punca lambakan graduan menganggur adalah disebabkan terlalu memilih.jangan sempitkan pemikiran,if graduate in food biotech,definitely u should work in biotech field.Same goes to praktikal training.Eventhough ko blaja kat u adalah subjek2 sains,tak bermakna ko x boleh multitasking,amek minit mesyuarat,tulis laporan,jadik operator,etc.Itu adalah cara untuk develop soft-skill anda.
Takde guna A berlambak dalam slip ko,kalau microsoft excel puntak lepas(speaking to myself).1 day,even apa pun position ko,maybe benda2 ni pun diperlukan.

The point is:jangan berlagak sombong,jangan memilih,even ko seorang graduate.Bukak mata luas-luas,banyak ilmu boleh ditimbe

(wahh..macam tulis kt blog sendiri aje kan)

shee said...

tah diorang ni...asyik nak complain...
aku pon hari2 buat air gak kat ofis, rilek je...
cam confirm je kluar nanti,dapat keje yg x memerlukan beliau buat air hari2...

「dieyb」 said...

haha..aku pun wat kije taip surat, fotostat, fax, print, binding, jadik receptionist, format pc, install antivirus..(buat air tak pernah la)..apakah ini menunjukkan aku sorang pelajar yg versatile? ..hik3