Thursday, April 30, 2009

a day in a life of a loser~

had a really great day yesterday (or should i say it really tiring...)
with all the assignment,cooking,picnic and karaoke things,all i wanna do after that is a good rest.

went home at 8 something and go to sleep at 11 (after having dinner and some Arashi clips...)
so,ended up waking at 12 noon today (what an 'anak dara')...i had a long sleep after didn't have a sleep for a whole day yesterday...

had a breakfast with nasi goreng
watched a new japanese drama 'The Quiz Show' starring Arashi's Sho Sakurai,Kanjani8's Yokoyama yuu (wonder if i'm spelling his name right),Matsuura Aya and Maya Miki.
really interesting story with lots of mysteries...only watched ep1 because it just started the 1st episode last week and the next episode is still in progress..

eated a chocolate (was planning just have a bit or maybe a bar of it but then,end up eating the whole chocolate) while watching some Arashi clips, HeySayJump concerts and other 'lagha' stuffs...

read gossips about japanese artists on others blogs, downloading Arashi's clip (again)...

not having lunch, no bath, didn't go out from room......hmmm...what a life....

come out from my room on the evening to eat something from the kitchen and watching 'Matahari'....

go back to room...continue read some stuffs on gossiping until now (still without having a bath)
and again....eating a chocolate...and now i mention it,i'm really worried of my calories intake today..must have a dancing session tomorrow as i'm still feel really tired to do anything today....


feel like a loser but it's forgiven (at least only for today)
will start to do work tomorrow, still have a last paper on monday of 'Food Quality Assurance'

so,allow me to continue this so-called lazy mode only for today....thank you!

Sunday, April 26, 2009

DI PENGHUJUNG JALAN.....

baru aku sedar betapa seksanya tiada internet di zaman moden ini
sepanjang minggu lalu,modem maxis yang bengong itu buat hal,
menyebabkan kami satu rumah tak dapat connection
bila pegi tanya ajen,dia suruh p maxis centre di seremban atau KLCC
so,pegila seremban,sampai seremban orang tu cakap diorang tak support modem
diorang hanya support broadband dan fixed line sahaja....
burit sungguhla!!!!!(ooopppsss...termencarut)
terpaksa pegi KLCC...tapi bukan aku la...siti sorang pegi,kebetulan dia pun nak dating...
Alhamdulillah....semalam dapatlah kembali internet...
tetiba rasa cam orang jakun semua....
dalam tempoh ketiadaan internet tu,series rasa cam katak bawah tempurung
tak tahu apa2 yang berlaku di luar...
tak kontek kawan2 menyebabkan aku mengalami tekanan dalaman
dah la masa rest untuk paper exam agak panjang....memang tak bercakap dengan sesiapa pun kecuali budak2 rumah aku ni.
diorang pun cam bosan ja aku tgk...asyik borak ngan orang yang sama sahaja,takde topik....
tv je lah sumber seharian...terpaksa kutuk fasha sanda yang berlakon tak jadi...hoho

sekarang ni tengah bertungkus lumus siapkan assignment food safety
ngantuk gila2...baru pas exam tadi then pi makan,jadi haruslah sangat mengantuk dalam kekenyangan...
tapi demi Dr.Zaiton ku gagahkan jua diri ini...(siapa suruh malas x nak buat awal2 dulu)
telinga sumbat earphone....pasanglah volume sekuat yang boleh...

oh...ada satu fakta menarik aku terbaca masa tengah cari bahan untuk assignment tadi
"melamine found in Munchy's sugar crackers"
dan-dan tu jugak aku jeling biskut gula munchy's yang sedang bertempek di sebelah aku ni
berita tu melaporkan bahawa melamine berlebihan terdapat dalam biskut munchy's untuk batch yang expired date nya adalah pada July,15 2009.tapi biskut aku expire March,15 2010 maksudnya batch lain2 maknanya,selamatlah...tak membazir duit aku... (makanan dihasilkan ikut batch.tak semestinya kalau batch sebelum tu ada melamine,batch seterusnya akan effect sebab manufacturer dia mestilah buat corrective actions kan....lagipun,Munchy's kan international company,takkan diorang tak buat tindakan susulan kan.....)

exam dah nak habis...lagi 2 paper
tapi masa ni lah aku baru rasa nak tension la...ape la...huh~

Sunday, April 19, 2009

sellfish or selfish???

aku seorang yang suka berfikir banyak
kadang2 aku berfikir tentang sesuatu yang tak perlu atau tak patut difikirkan
benda remeh boleh jadi rumit
dan aku seboleh2nya berusaha untuk mengubah tabiat ini
tapi,sebaliknya pula terjadi
kalau aku tak fikir banyak,benda yang sepatutnya jadi macam ni akan jadi lain
dalam kehidupan harian pun,banyak perkara yang terjadi dalam satu hari...
dan adakalanya sesetengah perkara yang terjadi mengganggu fikiran aku sepanjang hari,kadang2 sampai besok,lusa,tulat dan seterusnya....

contohnya....
aku dah merancang untuk pergi ke kedai runcit akasia dengan seorang kawan (lets name her A)
mula2 plan nak pegi pukul 11.tapi oleh sebab bangun lewat so tak jadi....tunda pegi tengahari...tapi macam malas pulak so,tunda lagi nak pegi petang sikit...tak jadi jugak...last2 tunda lagi nak pegi pukul 5....
bila dah banyak kali tunda,otak aku dah tak berapa boleh nak terima dah...
otak aku ni jenis yang once ko da set masa untuk buat sesuatu,kena buat masa tu jugak....kalau tak...dia akan jadi tak berapa betul
oleh sebab dari pagi tak makan apa...hanyalah biskut dan air milo,aku pun jadi sangat lapar...masa si A ni cakap nak pegi petang sikit,aku ok lagi lah...so,aku pun ajak lah si A ni pegi pukul 3.30.tapi dia kata nak pegi pukul 5 pulak so aku pun agak bengang dan kate aku nak pegi sekarang....jadi,aku pun pegilah seorang diri ke kedai runcit dan terus membeli makanan...sampai rumah dalam pukul 5,si A ni tak tunjuk pun tanda2 nak pegi kedai runcit...
sampailah malam,si A akhirnya tak pegi jugak....
maka sesi soal jawab dalaman akan bermula
adakah aku sangat pentingkan diri?????
lebih utamakan diri sendiri daripada orang lain?????
but the other side of me akan balas
aku tak pentingkan diri sendiri
aku cuma berusaha untuk kebaikan diri sendiri....
kalau die nak pegi sorang pun tak salah sebab aku boleh buat,kenapa dia tak boleh buat?
dan akhirnya soal jawab tersebut akan dibiarkan sahaja sampai aku pun tak sedar bila ia berakhir...

bila aku terlalu ambil kisah keinginan orang lain,keinginan aku pulak yang terpaksa dipendam
bila aku ikut sangat kehendak aku,orang lain pula yang akan diabaikan
nak apply "give and take" memang susah.salah satu harus berkorban.tapi,takkan setiap masa orang yang sama kan?

benda macam ni selalu terjadi
bukanlah setiap kali sebab nak pegi beli makanan
tapi terlalu banyak benda yang terjadi dalam hidup sampaikan kita sendiri penat memikirkannya...
ada masa perlu,tapi ada masa kita perlu let it go...
aku masih cuba untuk memperbaiki diri sebab aku masih belum puas dengan apa yang aku ada sekarang ini...
bukan bermaksud tidak bersyukur dengan diri sendiri tetapi,kita ada hak untuk jadi yang lebih baik


all i need now is to balance my own life first so that i can get along through my whole life with others.....

Tuesday, April 14, 2009

manusia itu ada macam-macam

hidup itu indah
kadang-kadang senang tapi,adakalanya terasa susah
orang kata,hidup itu umpama roda
kejap kita di bawah,tak lama kemudian kita berada di atas
setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya...
bergantung kepada jenis perbuatan kita..buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat

Tuhan ciptakan manusia itu dengan bermacam2 rupa
sebab itu manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang sangat unik
ada orang kulit putih,ada yang hitam,kuning langsat dan ada juga yang muka putih tapi leher kulit gelap..terpulang bagaimana seseorang itu membentuk dirinya...
Tuhan sudah bagi segalanya...semuanya bergantung kepada kita untuk memilih...
dalam masa mencari erti hidup,mengenal diri sendiri banyak yang terpesong dari landasan yang sebenar...kononnya "inilah diri aku...aku tak hipokrit"...ye memang...kamu tidak hipokrit tetapi ada banyak cara lain untuk membuktikan kejujuran kamu itu tanpa perlu melanggar batas2 yang ditetapkan...
kadang2,kita bukan menjadi hipokrit tetapi hanya sekadar bertindak mengikut kesesuaian keadaan...itulah yang dinamakan bijak

Namun,sekali lagi...setiap manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan...tapi,sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran juga,kita sebenarnya mampu untuk mengelakkan kesilapan yang sama berulang berkali-kali..





tepuk dada...tanya iman...

Saturday, April 11, 2009

BENKYO!!!!!

study week menjelma lagi
dah nak habis dah pun...
tapi study aku masih tak habis lagi
biasa lah kan..aku amek exam selama ni mana pernah khatam semua topik
pasal tu lah result cam hampagas..huahuahua
tapi insyaAllah untuk exam semester ni aku akan lebih berusaha
paper 'product development' hari isnin
ada sikit lagi nak habis baca...boleh kot rasa sebab subjek tak susah sangat

gambaru sa!
makenai no sa!
ashita no tame ni..kyou ga aru..
gambaru sa!
kowagarazuni
kimi no tame ni...boku ga iru...

ok...sudeh untuk hari ini..
aku mo sambung menari...hoho

p/s: oh,btw...haritu ade org msk blog aku dari google 'amoi cina'...pebende tah..takde pon aku tulis psl amoi cina kat cni...then,satu lagi..ade org msk melalui 'search image-ohno satoshi'...wah...aku bangga org jumpa page aku guna nama ohno...hahahahaha!

Thursday, April 9, 2009

gambar-gambar


lihat gambar di atas itu...
walaupun ia bertarikh 1 april tapi,itu bukan bermakna kami sedang bergembira menyambut april fool...
pada 1 april yang lalu,bertempat di universiti sains islam malaysia,fakulti sains dan teknologi telah mengadakan hari yang dinamakan "product launching day"...
ia adalah bersempena dengan subjek wajib program bioteknologi makanan iaitu "product development" di mana para pelajar thn 3 FST food biotech wajib mencipta satu produk baru.
dan produk tersebut akan di "launch"kan pada hari itu...
juri akan beri markah terhadap produk yang dia suka berdasarkan beberapa ciri (aku lupe la ciri2 die)...
jadi,aku malas ckp byk...layanlah gambar2 yang tidak seberapa ini....

muka agak tegang...senyum paksa...mengapakah???

sebab adanya evaluator yang semangat macam ni...huhu...best juga sebenarnya...tapi yang seksa tukang jawab soalan la kan...

freshy fuze!!!!!serba kuning...

product kami adalah sunflower seeds flakes yang dinamakan 'sunnykochee flakes'
asasnye sunflower....pastu diproses and ditambah ape2 yang patut sebagai added nutritional value kemudian diproses menjadi flakes....rasa adalah sangat sedap tapi aku macam muak sebab dah berbulan2 aku asyik makan flakes sahaja...bermula dari percubaan pertama iaitu keladi,kemudian tukar belinjau dan terakhir ni adalah sunflower seeds....

packaging number 1 you ooollllzzz...hehe..


maafkanlah kami yang riang ini....

flakes ni tak sesuai kot utk datuk...hehe

kemenangan yang tak disangka langsung!
1st runner up..number 2 tuuuu

credit to en.zul yg jaga lab sampai tengah malam

kami lagi...bangga siot!haha
(abaikan kegedikan yang melampau itu...)

ok...itu sahaja utk tatapan umum...
kenapa byk muka aku?sebab ini blog gua...suka ati gua la..huhu
gambar byk snap kat group sendiri sebab panas dan malas nak jalan2 pegi grup lain
lagipun sangatlah sibuk nak prepare sume sebelum evaluator sampai
(plus,group lain tak happening cam kitorng...hehe)

Saturday, April 4, 2009

KEGILAAN YANG MELAMPAU

pejam celik..pejem celik..ehhh..tak sedar sem 6 ni dah nak habis
so,maksudnya aku ada lagi 2 sem untuk terus berjuang di USIM yang terchenta ini..ahaks
minggu depan dah mula study week...so,maksudnya kena study la kan
tapi kami still ada kelas isnin n selasa...kenapa????
sebab lecturer saya adalah sangat rajin...harap maklum

akhir2 ini...aku semakin gila dengan sho sakurai...
walaupun aku pernah nyatakan di sini yang aku pun turut menyukai ohno tapi...ntahla...keliru dengan perasaan sendiri...haha...palui!
ok2..mari aku susun ayat jap....

ini adalah sho sakurai. beliau sangat cool bukan?
ada banyak ciri2 kenapa aku boleh gila dengan dia ni.
salah satunya adalah sebab dia sangat bijak dan mempunyai high manner kata omputeh...dapat baca situasi supaya boleh bertindak sewajarnya ikut situasi. so,takdelah masalah macam ko gelak pada masa orang tengah sedih. aku rasa,sejak akhir2 ini juga,ada beberapa perubahan dalam diri aku yang dipengaruhi oleh beliau. contohnya,aku akan berusaha untuk menyesuaikan apa jua jenis perbualan atau tingkah laku mengikut keadaan.kalau aku tengah sembang dengan kawan2 yang agak rapat,mungkin tidak menjadi masalah tetapi kalau sembang dengan orang yang hanya berjumpa semasa di kelas (read:kurang rapat),aku akan berkata2 mengikut personaliti atau mood orang tersebut.ini adalah untuk mengelakkan salah faham dari berlaku (which is happen often actually..muahaha)

ini pula adalah ohno satoshi...the leader of the group.mula2 aku kenal group ni,aku minat mamat ni.sebab beliau sangat hebat dalam menari dan suara juga adalah best.tapi lama2,aku minat sho bukan sebab si ohno ni tak best tapi sebab sho lagi best..hehe..tapi aku still admire his dancing and singing.and also his personality too.walaupun dia macam blur,tak banyak cakap tapi setiap apa yang dia lakukan will eventually turn nice...

sebenarnya...the main point is i think i'm in love with sho sakurai..waaaaaaa
nasib dia kafir (masturina sidek selalu sangat ungkit pasal ni...) ...mungkin sebab style rambut dia yang latest untuk tahun 2009 adalah sangat cool dan menunjukkan bahawa beliau sememangnya hot (gedik jap...).ada masa dia akan jadi rapper dan penyanyi idol macam yang lain tetapi,ada masa ko akan nampak dia sangat elegan memakai suit sambil membaca berita...dan perwatakan beliau akan berubah mengikut apa yang beliau pakai but still,dia adalah sho sakurai...
waaaaaaaa....tak bleh jadi ni....boleh gila aku nanti...
believe or not,i even imagine things with him...about how he would behave when with his family,how's his life behind the camera and also how's his girlfriend look alike..in one of the journal i read,sho prefer a girl with high manner and love to be with family the most...if he is going to be married later,i really want to know what kind of girl that will enter into the sakurai family (sho is his name.sakurai is his family name)..oh by the way,sho's mother is also working (which is sgt asing bg masyarakat jepun.org perempuan biasanya hanya akan jadi surirumah,jaga family after kahwin)-mak dia kerja sebagai lecturer dlm bidang history di university ape tah...

serius aku sudah gila sebab the moment aku tulis entry ni pun aku tengah senyum2 kambing sebab ingat pasal si sho ni....hobi aku memang berkhayal..tak kisahla apa benda aku nak khayal kan..terutama masa kuliah yang boring,ekspresi muka aku boleh berubah walaupun aku tengah tengok skrin putih kat depan tu.aku akan tiba2 senyum,dahi berkerut and lagi teruk,aku akan tiba2 geleng kepala...sewel bukan???so,kalau aku teringat pasal arashi,anything pasal tv show diorang aku akan senyum secara tiba2 especially part sho..haha!

perkembangan ini sangatlah tidak baik sebab exam akan tiba tak lama lagi so,aku kena fokus!
tahan nafsu untuk tengok berbundle2 rancangan yang berkaitan arashi..tahan hati untuk mendownload apa2 show terbaru mereka dan sebagainya....doakan aku berjaya dalam jihad melawan hawa nafsu ini.....

last but not least...sila tatap gambar di bawah sebagai bukti sho memang cool (sekali lagi)

sho dalam sidang media untuk movie terbaru nya "yatterman"
(latest hair...smart bukan??)

ARASHI..i like when they are all together like this...


p/s: nanti aku update psl product launching day FST...