Thursday, April 9, 2009

gambar-gambar


lihat gambar di atas itu...
walaupun ia bertarikh 1 april tapi,itu bukan bermakna kami sedang bergembira menyambut april fool...
pada 1 april yang lalu,bertempat di universiti sains islam malaysia,fakulti sains dan teknologi telah mengadakan hari yang dinamakan "product launching day"...
ia adalah bersempena dengan subjek wajib program bioteknologi makanan iaitu "product development" di mana para pelajar thn 3 FST food biotech wajib mencipta satu produk baru.
dan produk tersebut akan di "launch"kan pada hari itu...
juri akan beri markah terhadap produk yang dia suka berdasarkan beberapa ciri (aku lupe la ciri2 die)...
jadi,aku malas ckp byk...layanlah gambar2 yang tidak seberapa ini....

muka agak tegang...senyum paksa...mengapakah???

sebab adanya evaluator yang semangat macam ni...huhu...best juga sebenarnya...tapi yang seksa tukang jawab soalan la kan...

freshy fuze!!!!!serba kuning...

product kami adalah sunflower seeds flakes yang dinamakan 'sunnykochee flakes'
asasnye sunflower....pastu diproses and ditambah ape2 yang patut sebagai added nutritional value kemudian diproses menjadi flakes....rasa adalah sangat sedap tapi aku macam muak sebab dah berbulan2 aku asyik makan flakes sahaja...bermula dari percubaan pertama iaitu keladi,kemudian tukar belinjau dan terakhir ni adalah sunflower seeds....

packaging number 1 you ooollllzzz...hehe..


maafkanlah kami yang riang ini....

flakes ni tak sesuai kot utk datuk...hehe

kemenangan yang tak disangka langsung!
1st runner up..number 2 tuuuu

credit to en.zul yg jaga lab sampai tengah malam

kami lagi...bangga siot!haha
(abaikan kegedikan yang melampau itu...)

ok...itu sahaja utk tatapan umum...
kenapa byk muka aku?sebab ini blog gua...suka ati gua la..huhu
gambar byk snap kat group sendiri sebab panas dan malas nak jalan2 pegi grup lain
lagipun sangatlah sibuk nak prepare sume sebelum evaluator sampai
(plus,group lain tak happening cam kitorng...hehe)

No comments: