aku seorang yang suka berfikir banyak
kadang2 aku berfikir tentang sesuatu yang tak perlu atau tak patut difikirkan
benda remeh boleh jadi rumit
dan aku seboleh2nya berusaha untuk mengubah tabiat ini
tapi,sebaliknya pula terjadi
kalau aku tak fikir banyak,benda yang sepatutnya jadi macam ni akan jadi lain
dalam kehidupan harian pun,banyak perkara yang terjadi dalam satu hari...
dan adakalanya sesetengah perkara yang terjadi mengganggu fikiran aku sepanjang hari,kadang2 sampai besok,lusa,tulat dan seterusnya....
contohnya....
aku dah merancang untuk pergi ke kedai runcit akasia dengan seorang kawan (lets name her A)
mula2 plan nak pegi pukul 11.tapi oleh sebab bangun lewat so tak jadi....tunda pegi tengahari...tapi macam malas pulak so,tunda lagi nak pegi petang sikit...tak jadi jugak...last2 tunda lagi nak pegi pukul 5....
bila dah banyak kali tunda,otak aku dah tak berapa boleh nak terima dah...
otak aku ni jenis yang once ko da set masa untuk buat sesuatu,kena buat masa tu jugak....kalau tak...dia akan jadi tak berapa betul
oleh sebab dari pagi tak makan apa...hanyalah biskut dan air milo,aku pun jadi sangat lapar...masa si A ni cakap nak pegi petang sikit,aku ok lagi lah...so,aku pun ajak lah si A ni pegi pukul 3.30.tapi dia kata nak pegi pukul 5 pulak so aku pun agak bengang dan kate aku nak pegi sekarang....jadi,aku pun pegilah seorang diri ke kedai runcit dan terus membeli makanan...sampai rumah dalam pukul 5,si A ni tak tunjuk pun tanda2 nak pegi kedai runcit...
sampailah malam,si A akhirnya tak pegi jugak....
maka sesi soal jawab dalaman akan bermula
adakah aku sangat pentingkan diri?????
lebih utamakan diri sendiri daripada orang lain?????
but the other side of me akan balas
aku tak pentingkan diri sendiri
aku cuma berusaha untuk kebaikan diri sendiri....
kalau die nak pegi sorang pun tak salah sebab aku boleh buat,kenapa dia tak boleh buat?
dan akhirnya soal jawab tersebut akan dibiarkan sahaja sampai aku pun tak sedar bila ia berakhir...
bila aku terlalu ambil kisah keinginan orang lain,keinginan aku pulak yang terpaksa dipendam
bila aku ikut sangat kehendak aku,orang lain pula yang akan diabaikan
nak apply "give and take" memang susah.salah satu harus berkorban.tapi,takkan setiap masa orang yang sama kan?
benda macam ni selalu terjadi
bukanlah setiap kali sebab nak pegi beli makanan
tapi terlalu banyak benda yang terjadi dalam hidup sampaikan kita sendiri penat memikirkannya...
ada masa perlu,tapi ada masa kita perlu let it go...
aku masih cuba untuk memperbaiki diri sebab aku masih belum puas dengan apa yang aku ada sekarang ini...
bukan bermaksud tidak bersyukur dengan diri sendiri tetapi,kita ada hak untuk jadi yang lebih baik
all i need now is to balance my own life first so that i can get along through my whole life with others.....
No comments:
Post a Comment