Sunday, June 28, 2009

salah timing la.......

tidak bercadang untuk mengupdate blog sebab ada cerita yang lebih seronok untuk dikongsi dan haruslah ditulis pada waktu yang sesuai...
sekarang ini terasa sangat penat,seharian be'reunion' dengan member2 old school....
tapi,kalau aku tak update kang blog aku dikatakan bersawang pulakkkk.....(ye tak wana????)
so,here we go......

award from wana...(which i never had before tapi doesn't matter la kan....award blog je pun..bukan aku dapat duit...huhu)
and tag sekali pukal (rasa cam da lama tak main tag2 ni...)



a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

ok....done!

b)Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

owh...aku mls nk link..kalo nak tau siapa tuan punya badan yang bermurah hati meng'award' aku,lihat kat feedjit di sebelah then klik pada blog 'sayerbest' (dia mmg suka stalk aku nye blog)

okla...aku story sikit...
nama diberi nurul syazwana...orangnya kecik molek....suka melalak g karaoke,minum minuman berkaffein,ada keta yang menenggelamkan kewujudan beliau sebagai pemandu (hoho...),sangat banyak cakap,pandai sebab beliau rajin menghafal dan yang paling penting....suka menentang minat aku terhadap arashi!

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

kenapa tak mintak doploh terusss????boleh aku bukak salasilah keluarga aku sekali

1) saya adalah seorang gadis

2) saya adalah seorang pelajar

3) saya adalah anak kedua di dalam adik beradik saya

4) saya adalah sangat membenci perempuan gedik yang perasan lawa....sila baca betul2...BENCI..or boleh juga ditafsir sebagai MENYAMPAH!
kalau sudah terang lagi bersuluh yang beliau adalah sememangnya tak lawa, sila jangan mencanangkan di seluruh pelusuk dunia, dan memaksa sekalian makhluk alam memuji beliau cantik....

orang ni,kalau lawa then perasan tak apa lagi...at least,bolehlah kita cakap "emmm...tak apala...orang lawa memang camtu..."
tapi kalau tak lawa then perasan je lebih,orang akan kata macam ni "elehhh...perasan lawa...harap mekap je tebal....badan je lentik...lawanya tak ke mana pun..."
walaupun pada hakikatnya,aku memang tidak akan menzahirkan ayat2 tersebut secara 'live' tapi,ia tetap bermain2 di minda....bukan bermaksud aku penakut,or hipokrit untuk bercakap tapi aku ni kadang2 malas nak layan benda2 macam ni.aku akan kutuk tapi hanya kutuk dalaman....sebabnya,aku malas nak besar2kan benda REMEH macam ni...
lagipun,itu hak individu untuk perasan lawa kan....walaupun pada hakikatnya....MEMANG TAK LAWA LANGSUNG.tapi biarlah,orang nak feeling2....layan je....(orang lain iyakan je selalu bila ditanya..tapi,bila kumpul,semua cakap belakang...muahahahahha!)

5) saya sangat suka mempunyai ramai kawan sebab saya suka bersosial...saya suka kalau saya ada kawan dari merata tempat....walaupun aku sebenarnya sangat tidak pandai untuk membuat kawan (hambek ko translate habis!)...
aku tak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan dengan orang yang baru pertama kali bertemu...jadi,aku perlu masa untuk membuat kawan baru

tetapi,saya sangat menghargai kawan yang ada sekarang ini...(read: kawan yang memang dianggap kawan...classmate tidak semestinya kawan...classmate adalah "classmate")
setiap orang mempunyai kebaikan dan keburukan masing2...so,terima dengan hati terbuka
terutamanya untuk orang yang kita sudah anggap sebagai kawan...gaduh2,cakap belakang,tak puas hati...biasalah...adat orang ber'kawan'....takkanlah aman sahaja sepanjang masa kan....melalui pergaduhan lah kita akan lebih kenal dengan kawan kita.kita tau dia jenis macam mana,apa yang dia tak suka,apa yang dia suka....bukannya gaduh sikit, teruslah pergi mencari kawan lain,mengadu diri disisihkan sedangkan sendiri yang menyisihkan diri,mencari orang lain yang dapat meng'iya'kan setiap apa yang dia lakukan (sebab org lain tak setuju dengan apa yang dia buat)

6) sangat suka kan muzik....tak kisahla mendengar muzik,menyanyi,bermain alat muzik dan juga menari dengan muzik (walaupun selalunya tak jadi)...pengalaman bermain alat muzik hanyalah pada zaman sekolah rendah

7) rasanya,aku bukan seorang yang kreatif (ini masih dalam peringkat kajian)

8) sangat mempunyai imaginasi yang tinggi....ko janganlah bagi aku tengok cerita yang emo2...nanti ada lah orang yang akan senyum secara tiba,then buat muka sedih pastu geleng2 kepala tanpa sebab masa kuliah yang bosan...itu buktinya aku tengah berlakon filem.roh aku tengah masuk dalam cerita yang aku baru habis tengok malam sebelumnya.

aku tengok cerita MAOU,ada dalam dua hari aku berkabung (sebab dalam cerita tu,watak ohno satoshi mati...huhu)
pastu kau boleh imagine benda yang belum berlaku then buatkan ia seperti benar2 berlaku dalam kotak minda...waaahhhhh

9) tidak suka bergaul dengan lelaki yang tidak dikenali....

sudah berkali2 di goda oleh lelaki semasa dalam flight dan meminta nombor telefon tetapi semuanya tidak dilayan.aku boleh layan kalau dia nak tukar2 cerita or anything tapi,bila stat gesel2 bahu mintak num phone tu memang da lebih...aku sumbat tray airasia dalam mulut kang senyap sikit......

10) owh...ini sangatlah obvious...aku adalah peminat ARASHI!!!!!!!!!!!yay!!!!!!!!!
so,sila jangan kutuk apa2 yang berkaitan dengan ARASHI....ko minat inul, new boyz (zaman2 tomok sengau),aku tak kacau ponnnnn...so,sila respek my interest...muahahahaha!

aku boleh layan sehari ulang balik semua clip2 arashi dalam laptop aku ni....di mana,ini sekaligus membuat konklusi bahawa aku adalah seorang yang malas belajar dan hanya suka bermain2....

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda

nantila aku letak nama siapa2....aku nk buat link macam malas sebab tengah penat gila2....so,for the mean time silalah siapa2 yang terasa nak buat benda ni

Friday, June 19, 2009

MENUNGGANG SAMBIL MENONGGENG

orang kata...jangan suka terlalu mengharap
sebab nanti,kalau result yang kita dapat tidak menepati apa yang diharapkan,kita mesti akan kecewa yang teramat..
jadi,saya juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk keputusan peperiksaan bagi sem6 ini
sebab sem lalu saya agak berharapan tinggi (?) tapi result adalah sangat jauh menyimpang dan saya sangat frust sampai menonggeng2....
sebelum saya membuka web universiti,adalah lebih baik saya menggembirakan hati dengan membuka facebook terlebih dahulu dan membaca komen2 mereka yang beria2 merancang reunion sekolah (tapi aku tau mesti nda jadi punyala tu.....hoho)...tengok2 gambar zaman skola dolu2 smbil ketawa sorang2..

bila hati sudah gembira...baru lah kita boleh masuk ke bab yang lebih serius...
kalau ikut kategori,result aku bolehla masuk kategori cukup makan...(which is not exciting at all) but because my hati sudah gembira maka,kegembiraan itu berlanjutan walaupun after tengok result...(tak faham sudeeehhhhh...)
awal2 dulu sudah heboh satu batch yang ada student gagal certain subject ni..memang seram la kan..apatah lagi aku yang banyak derhaka dengan lecturer berkenaan..siapa tak takut
macam2lah andaian..kalau aku gagal,terpaksa repeat dan terpaksa berhadapan dengan lecturer tu lagi..matilaaaa...
then,kalau tak mau repeat pun,buruklah result aku..(tapi,bolehkah tak repeat kalau da gagal???)

but,Alhamdulillah...semuanya ok...
walaupun masih ada dua 'CiCak' dalam result aku tapi at least,bukan aku lah yang masuk senarai gagal yang sedang menjadi perbualan hangat masyarakat Food Biotech batch ke3 USIM sekarang ni kan....
tapi kan..agak sedih juga sebab tidak berjaya menaikkan pointer...pointer naik berbanding sem lalu tapi still tak boleh cover pointer keseluruhan...

ok...enough bout that...
owh...ya...sedang me'ngecek' mail yahoo tadi,aku dapat mail dari webMD (web pasal mknn2 kesihatan)
cerita pasal certain Nestle product ada E.Coli dan terpaksa di 'recall' sebab banyak kes kan...
so,sila klik link di bawah untuk maklumat lebih lanjut...


Nestle Cookie Dough recall

Sunday, June 14, 2009

aku balik esok-15jun 2009-

hari yang ditunggu2 hampir tiba
tapi aku berasa sangat malas untuk mengemas
dan membuat apa2 sebelum aku berangkat pulang esok
baju dah basuh semalam
hari ni asalnya nak basuh cadar, tuala dan apa2 yang patut dibasuh lagi
then, mesti siapkan final check untuk proposal tesis yang ntah dari abad keberapa tak hantar2...
then cek schedule kerja untuk hafos, buatlah apa2 yang patut
berbakti lah sebelum balik ni kan......

tapi...kesudahannya....
aku masih di sini sayangku (feeling2 lagu felix)
masih bermain2 internet sebab aku tau internet rumah aku sedang mengalami kerosakan...beginikah caranya mereka menyambut kepulangan aku????
masih bermalas-malasan....
menunggu hujan yang memang takkan turun punya......
aku sangat geram dengan kemalasan diri sendiri

tapi aku sudah biasa begini
ini memang cara aku
suka buat kerja mengemas pada waktu2 yang tak terduga
contohnya,semalam pada pukul 12am, masa orang nak tidur...tiba2 aku kemas bilik
sapu lantai, basuh kipas, buang habuk semua.....sangat pelik
sebab saya seorang yang suka merancang tapi selalu tak jadi
so, mungkin lepas ni aku kena lebih rileks kalau nak buat apa2 pun....
kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Friday, June 12, 2009

EGAO~

aku berasa sangat gembira hari ini
sebab aku baru mengetahui bahawa aku pernah disayangi oleh seseorang

seseorang yang aku kira cukup istimewa dalam lipatan sejarah kenangan aku
seseorang yang pernah mewarnai hari2 aku yang lalu

sebab...selama ini,aku tidak pernah pasti siapa aku padanya
aku tidak pernah sekalipun mendapat jawapan walaupun banyak kali bertanya soalan

benarlah kata orang, hati manusia sukar dibaca
terlalu komplekks untuk ditafsir

tapi, kerumitan itu yang membuatkan aku ingin lebih tahu
serta membuatkan aku lebih teruja bila bersamanya

walaupun hampir 7 tahun memori itu berakhir
namun aku tetap suka bila tiba2 ia menjelma seperti sekarang ini
membuatkan aku tiba-tiba tersenyum...
(lupa segala hafos,tesis....)
cukuplah sekadar mengetahui bahawa aku pernah menjadi orang penting dalam hidupnya...
cukuplah sekadar mengetahui aku pernah punya tempat walau sedikit dalam kamus hidupnya


aku gembira....sangat gembira....
kepada orang tersebut....
"terima kasih kerana pernah hadir bersama2 dalam hidup ku....
terima kasih juga kerana pernah mewarnai hari2 ku yang lalu....
dan terima kasih kerana pernah menjadi watak penyeri dalam kenangan hidup yang lalu"^^






entry sangat rahsia
dan berbaur syok sendiri
sila muntah jauh2.............

Monday, June 8, 2009

Fair & Lovely

Aku sememangnya berasa cukup bertuah kerana dapat menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia, USIM.
walaupun masa awal2 masuk dulu aku tersangatlah susah untuk menerima hakikat bahawa USIM adalah sebuah universiti yang sangat daif (ibarat padang jarak padang tekukur),tidak terkenal dan sangat skema (sesuatu yang aku sangat susah nak terima)...
masa tu,standard la... sibuk tanya kawan2 dapat universiti mana...semuanya dapat masuk uni yang dah well-established, jeles..sebab dapat universiti femes...tidak perlulah ada situasi macam...

"belajar mana sekarang?"
"KUIM" (nama lama USIM)
"apa tu?"
"Kolej Universiti Islam Malaysia"
"di mana?"
"Nilai"

aku kan, kalau orang tanya belajar mana,aku terus bagi jawapan penuh, 10 markah
"saya belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia,KUIM Nilai, Negeri Sembilan"

sekarang ni, selepas ditukar nama kepada USIM
soal jawab versi lain pulak yang terjadi

"belajar mana sekarang?"
"USIM"
"USM?"
"bukan.Universiti Sains Islam Malaysia"
"ooo...UIA..."
"Bukan..USIM di Nilai, Negeri Sembilan"

tapi sekarang ni USIM sudah berjaya menapak di persada universiti tempatan dan meraih nama dalam pelbagai bidang (ceh...macam buat artikel mengampu USIM..ahaks!)
cakap sahaja USIM, semua akan kata.."oooo...yang kat Nilai tu.."
ada situasi menarik semasa di airport terminal 2 airasia Kota Kinabalu
masa tu aku nak balik KL
then, borak dengan seorang makcik masa dalam departure hall

"anak ni mau ke mana?"
"balik U"
"ooo...belajar mana a?"
"USIM. Universiti Sains Islam Malaysia.."
"ooo..situ..."
"emm..makcik tau ka universiti tu?"
"tau...yang tepi jalan tu kan?"
"aah"

ni pulak situasi masa dalam flight
duduk sebelah dengan seorang lagi makcik yang berasal dari daerah yang sama dengan aku

"makcik mau pegi mana?"
"balik KL..pegi rumah anak.ni cuti balik kejap"
"ooo...orang mana?"
"KB (Kota Belud)...anak ni mau pegi mana?"
"balik U. baru habis cuti juga"
"belajar mana?"
"USIM"
"ooo..yang tepi highway p KL tu ka?"
"ya" (tanpa perlu aku perkenalkan USIM tu apa....)

mengapakah 'USIM yang di tepi jalan' itu terkenal?
sebabnya USIM memang terletak di tepi jalan highway antara KLIA-KL
dan tulisan UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA pulak adalah sebesar2 alam
kalau malam lagi lah...dengan cahaya yang menerangi seluruh pelusuk alam, siapa tak kenal USIM...hoho
aku puji usaha pentadbiran USIM yang memang bersungguh2 menaikkan nama universiti dalam apa cara sekalipun

USIM pun mula terkenal di kalangan pelajar antarabangsa menyebabkan populasi pelajar antarabangsa di USIM semakin meningkat
kalau dulu, selalunya hanya pelajar dari negara timur tengah sahaja yang kelihatan
tapi sekarang, pelajar USIM bolehla mencuci mata dengan kehadiran pelajar2 dari negara China (yang most of them are boys and aku tak paham satu huruf pun diorang cakap apa...yang pastinya bukan mandarin or cantonese)

cuma satu yang membuatkan aku pelik dengan sistem pentadbiran USIM ni..
pelajar perempuan di'haram' kan untuk memakai purdah di dalam kawasan kampus
mungkin sebab takut kelihatan terlalu ekstrim
dan juga...jeans adalah di'haram'kan sama sekali -kadang2 aku pakai jugak- (lelaki ada kelonggaran sikit kot)
tapi..............................
mengapakah pelajar2 cina itu dengan selamba memakai jeans, dan baju2 yang biasanya budak2 USIM hanya akan pakai untuk outing???
dan tiada tindakan susulan diambil sebab aku tengok da dekat setahun lebih kat sini, sama jeeeeeee.....
walaupun kebanyakan gadis2 cina tersebut adalah kurus2 sekeping belaka dan tidak menampakkan bentuk2 yang tidak diingini, tapi bukankah sudah termaktub dalam peraturan bahawa no jeans in campus area????
mungkin kalau masa first intake dulu, tidak kisah la sebab yang datang semuanya adalah non-muslim dan tidak bertudung
tetapi yang ada sekarang ni adalah cina muslim dan bertudung (walaupun selekeh gila..serius 'biut')

bila hal macam ni terjadi..akan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pelajar tempatan sendiri
"diorang boleh....kami tak boleh"
mungkin alasannya, itu budaya mereka...mereka dah biasa dengan kehidupan macam tu
tapi sedarkah bahawa, mereka itu belajar di USIM
bukan kita yang belajar di tempat mereka
so...rule is a rule...tak kisah untuk sesiapa pun
kalau mereka memberi alasan bahawa mereka tiada baju kurung kerana tidak pernah memakai baju kurung di negara sendiri, takkan lah dah setahun duduk sini pun masih tidak mampu untuk membeli baju kurung???
mahal sangatkah???Nilai square dan Nilai 3 sejengkal je pun......

bila isu macam ni timbul...aku terfikir
kenapa purdah masih diharamkan...tidak kira untuk sesiapa pun
international or local students
tapi jeans dibolehkan untuk international students???
aku bukan menyokong mana2 pihak cuma berasa ada ketidakadilan di situ
bukannya aku nak suruh supaya purdah dan jeans dibolehkan untuk international students but no to local students...
kalau macam tu pun susah sebab pastinya akan wujud dua kelompok dan jurang yang sangat berbeza....(akhirnya local students ni jugak yang duk tengah2)
aku cuma rasa, satu peraturan sudah cukup untuk semua orang...sedikit kelonggaran mungkin dibolehkan tetapi haruslah ada batasnya...
ini pun untuk kebaikan semua orang...
memang kita perlu menghormati budaya orang lain tetapi, kita juga perlu mengajar orang lain untuk menghormati buadaya kita bukan?
tidak kira lah local atau international, mengapa perlu dibeza2 kan?
mengapa perlu mengikut budaya orang lain semata2 tidak mahu dipandang serong atau kolot di mata mereka???
bukankah bila dianggap tiada identiti sendiri itu lebih menyakitkan?

oleh itu,mari bersama
renung2kan dan selamat beramal......


p/s : tiba2 teringat insiden di negara2 kafir di mana perempuan muslim yang bertudung adalah diharamkan dan haruslah menanggalkan tudung jika ingin meneruskan pembelajaran (no compromi)....di tempat kita....sebok ikut cara diorang...haih~

Saturday, June 6, 2009

virus H1N1

entry adalah bukan bertujuan untuk mengulas sejarah atau asal usul virus H1N1


tengah melayari internet dengan benda2 lagha,tetibe di buzz oleh member dlm 'ym'
beliau menyatakan kerisauan kerana esok beliau dan rombongan 'international visit' FST akan ke Australia selama lebih kurang seminggu (kalau tak silap)
beliau meng'offer' aku untuk menggantikan tempat beliau
aku gembira sekejap...sebab lepas itu,beliau menyatakan bahawa dah ada 7 orang yang kena virus H1N1 di Malaysia yang tercinta ini.....dan the 7th person was from Australia...(tempat yang beliau nak pergi)
tu yang menambah kecuakan beliau untuk meneruskan misi cuti2 Australia

sekarang ni Kementerian Kesihatan tengah cari siapa orang yang duduk depan '7th person' tersebut,dan juga orang yang duduk belakang sejauh 3 tempat duduk beliau serta orang yang pernah berjabat tangan dengan the '7th person' tersebut....
seram bukan...senang cerita,sila tahan kesemua orang yang bersama2 dalam satu penerbangan dengan the '7th person' tersebut...dan pastikan jangan ada seorang pun daripada mereka berkeliaran di kawasan Nilai dan KLIA pada 15 Jun nanti...muahahahaha

yang lagi sadisnya,the '7th person' tu sebenarnya Aussie
dan datang ke Malaysia bertujuan untuk lari dari virus H1N1 tersebut
sebab negara kita adalah aman makmur damai sejahtera....(ingat lagi lagu patriotik dolu2)
tapi tak tersangka bahawa beliau lah yang menambahkan kesusahan di negara orang pulak...aduih la~
bak kata kawan aku "sekarang ni kes kat Australia dah ade 874,kalau dia tak lari jadik 875 la...huhu"

yang lagi merisaukan beliau adalah apabila beliau membentang kertas kerja di hadapan pensyarah pengiring dan menyatakan kerisauan berkaitan virus H1N1,lecturer2 pulak buat tak tahu....sembang hal masing2...(tak paham aku).....
beliau membuat kesimpulan bahawa,pensyarah2 tersebut telah lama hidup di dunia ini maka tiada kerisauan lagi....
beliau yang masih muda remaja belum sempat pun pergi haji,menuanaikan Rukun Islam yang ke-5...
aku turut bersimpati dengan nasib beliau

apa yang menginsafkan aku ialah beliau sempat lagi men'share'hadis2 berkaitan dengan jalan yang membinasakan diri sendiri...
bagi ayat Quran,hadis sohih....(dia nak share gk dalil aqli tapi mesti sampai besok tak sudah2)
membuatkan aku tak tahu nak reply apa...
rasa tersindir kejap (jap lagi sambung tengok benda lagha...apala~)
sindiran secara lembut seolah2 the other side of me berkata "tu lah ko shida...arashi tak habis2...orang bagi hadis,ayat Quran,ko tak tau nak reply apa...cuba kalau ko tengah sembang dengan Dib pasal arashi,laju je idea keluar...."
maafkan saya Tuhan.....

apa pun,aku mendoakan agar semuanya selamat buat rombongan itu dan sila bawa nama FST dengan baik okeh....
lepas balik dari Melbourne,jangan terus singgah USIM....tunggu aku balik Sabah dulu
tapi don't forget my Kangaroo...the healthy one...ahaks!