Saturday, March 28, 2009

pada pukul 8.30 malam 28 mac 2009

EARTH HOUR
jadi aku ni pun sangat bersemangat menutup lampu dari pukul 8.30-9.30
kwn2 yang lain pun bersemangat juga...
kami ni kan memang supportive
ko panggil la pegi event apa2 pun,kalau tiada halangan..insyaallah muka2 ni juga yang akan menca'pub'...huhu
contohnya minggu integriti fakulti
walaupun kami yang senior ni sangatlah busy,ditambah pulak dengan mengambil kos bioteknologi makanan adalah sangat berisiko dengan kesibukan lab di hujung sem....kami tetap bersemangat turun untuk sama2 memeriahkan majlis..
ada budak junior yang memang menyakitkan hati,langsung x nampak batang hidung..taik hidung apatah lagi....
tak malu ke dengan senior2 korang ni?
hmmm..whatever..malas lah nak ungkit pasal hal ni
lain pulak cerita kang..nanti i buat post khas utk bergossip okkkk...huhu

tadi aku tengok wayang
setelah sekian lama menjauhkan diri dari panggung wayang
mula2 memang plan nak pegi loyat hantar mp4 yang bengong tu
tapi tak jadi sebab macam banyak kerja yang harus disiapkan (deadline utk semua kerja hampir tiba)
tiba2 pagi tadi c gaban mesej,bawa tgk wayang
aku pun on je lah...sekali pegi loyat and tgk wyg kat times square
plan nak tengok 'race to the witch mountain' sbb mcm best
alih2,cerita tu laku sangat..seat tnggl 5 tapi kena duk asing2
so,tengoklah cerita lain....last2 cashier tu recommend kan '12 rounds' dengan 'knowing'
'12 rounds' tu mcm action muvi so tak suka...then,bantaila 'knowing'....
meh review sket.....

KNOWING
crita dia bermula 50thn dulu (1959) di mana ada 1 skolah rendah tu smbut perasmian sekolah dorang kot...then,murid2 dia disuruh beri idea nak buat apa smpena majlis tu nanti.so,idea sorang budak pelik ni telah terpilih iaitu menanam satu 'time capsul' dan dalamnya diletakkan semua gambar yang orang akan ramal untuk masa depan.budak pelik tu namanya lucinda.semua bdk2 yang lain lukis gambar,si lucinda ni sahaja yang tulis nombor byk2.then,50thn kemudian,bila 'time capsul' tu dibuka, sorang budak yg bernama cabel telah mendapat nombor2 yg si lucinda tu tulis.ayah dia adalah seorang pensyarah di MIT.so,ada skali masa tgh mabuk2 tu,ayah cabel telah dengan tidak sengajanya dapat merungkai maksud nombor2 tersebut.rupa2nya,nombor2 tersebut mewakili tarikh dan tempat kemalangan2 besar (cthnya tragedi 11/9,taufan katrina..etc.)yang telah berlaku di dunia dan juga jumlah mangsa yang terkorban.maka,ayah cabel ni berusaha untuk memberi amaran tentang kemalangan2 yang bakal berlaku namun takde org yg nak dengar (yela...sounds crazy kan...).setiap satu kemalangan dahsyat berlaku depan mata ayah cabel ni.tapi,tarikh last yang diberi dalam kertas tu tidak diketahui puncanya.sehinggalah sehari sebelum kejadian besar itu berlaku di mana,sebenarnya...disaster yang terakhir dijangka dalam kertas si lucinda tu adalah kiamat (lebih kuranglah..) di mana percikan matahari melampaui batas dan terkena bumi sehingga boleh mencairkan setiap hidupan di atasnya.....

cerita ni memang best except for the part di mana budak cabel itu terdengar bisikan2 selepas dia menerima surat bernombor dari si lucinda. dan ending cerita ni juga sangatlah menghilangkan mood....(pasal tu lah aku tak berapa suka tgk wyg sbb ending setiap cerita yang aku tgk adalah mengecewakan).aku malas nak cerita ending movie ni.so,pegilah tengok sendiri kat pawagam berhampiran anda.
satu yang aku kagum dan membuatkan aku insaf adalah,setiap disaster yang ditunjukkan adalah sangat real dan sangat seram..macam real okk ko tgk kapal terbang ynag besar gabak tu terhempas depan mata ko,then train yang tersasar dari landasan then rempuh tiang,stesen dan sume org yg ada dalam tu...aku insaf dan bersyukur sebab di malaysia,jarang kita dengar kejadian2 yang teruk macam tu berlaku.
sampai sekarang aku masih trauma dengan insiden yang ditunjukkan dalam cerita tu...
jeritan orang2 yang kesakitan,meraung minta tolong...terukkkk sangat...
aku bagi 4 bntang utk cerita ni..klu ending tak slack,aku bagi 4 1/2 tadi(ye..sy mmg kedekut bntang.tak pernah bagi movie 5 bntang)

ok...enough bout that...

sekarang dah on lampu balik...sejam je die suh ttp so,takyah nak lebih2...
kalau nak tutup terus pun boleh gak...tido la trus kan..hoho

cukup untuk hari ini sebab aku macam sudah mengantuk
konon2 nak buat kerja...hampeh sungguhla saya ini....huh~

Tuesday, March 24, 2009

kita adalah masyarakat majmuk

hari sabtu lalu,p putrajaya
tengok kahwin anak prof salmah di dewan persint 16(btlkah aku eja?)
aku gembira sebab aku berpeluang cuci mata
amat ramai lelaki hensem yg berkeliaran merata tempat
muahahahahhahahaha...rasa sangat bahagia
pastu zul ajak tengok pesta belon jap
malas nak stay lama sebab memang takde benda..huh~
then,plan nak g alamanda tapi atas beberapa sebab dan kesilapan teknikal,maka teruslah melencong ke mines...

tujuan utamanya adalah untuk membeli baju dinner si syafika
aku yang takde tujuan ni just ikut je la...
sangat menggoda iman sebab musim ketiadaan duit sudah tiba
jadi,nafsu shopping haruslah dikawal dengan ketat untuk mengelak
daripada memakan batu dan pasir di masa hadapan

nak nyanyi karaoke tapi tak sempat sebab tawaf satu mines untuk cari baju syafika (last2...tak jumpa apa pun...hoho)
untuk melepas geram,aku paksa dia teman aku makan laksa
tapi,sampai food court,tetiba tukar menu jadi mee sizzling pulak
oleh kerana sudah lewat maka,kami pun bersolat maghrib di mines shj
masa nak betulkan tudung after solat tu,masuk lah kat tandas
tandas tu mmg dekat ngan surau so,mmg byklah org repair tudung kat situ
so,ada lah amoi cina (emm..takdelah nak amoi sgt..) ni kat tandas tu
aku kat jeling dari cermin tu,nampak dia tengah berdiri kat belakang sorang kakak yang tengah repair tudung tu...agak lama juga lah dia berdiri kat situ
so,aku assume dia nak tunggu turn msk lam toilet...
then,tetiba dengan nada yang agak kuat dan sedikit tegang, dia kata
"excuse me..can i wash my hand??
kakak kat depan tu pun cam "oohh..ok2..sorry2..."
after cina tu basuh tangan,terus blah camtu...

maybe dia geram sebab tunggu lama sangat untuk basuh tangan sahaja
tapi salah dia juga.kalau dia cakap awal,takdelah dia kena tunggu lama kan
akak2 yang tengah betulkan tudung tu pun satu hal
kalau dah sesak sangat tu,tak payahla nak lilit satu mcm tudung tu
kalau dah pro takpe..lilit sekali dah jadi..
susah sangat nak lilit tu kan..pakailah tudung labuh.tak yah lilit2 punya..sekali sarung je...cukup..pannnggggg..lempang diri sendiri
cubalah consider pengguna tandas yang lain kan...ni siap nak mekap bagai...
dah malam pun..nak mekap apa lagi??
si amoi ni pulak mesti dah pandang serong dengan orang melayu yang pakai tudung...apa lagi kalau bukan kita,orang islam

aku agak terganggu dengan situasi tersebut menyebabkan aku teringat2 sampai sekarang
menunjukkan kita,perempuan melayu islam yang bertudung memang sangat 'jangok' tak mengira masa, tempat dan situasi......
tapi aku tak lah kot....hoho

Saturday, March 21, 2009

BECAUSE YOU WORTH IT....

its so happy when people are happy with what you had
its so nice when all people smile to you without a reason
its so lucky when people you don't really know congrates you
its a miracle when you can complete a work in a short time
its a pleasure if people recognize your work
its a gift for having so much nice people around you

and its really amazing to have people around you that appreciate what you have done with all your might...really hardworking...unknowingly by anyone...with a great pain that you must endure for yourself in order to finish your work with a great success....
with all the pain and hardworking................................

of course i don't ask for anything alse...just enough with the congrates or with a thankful expression in anyway though...
for me..i just like people to appreciate what i'm doing,even it is not included in the marks or whatsoever...i'm doing my works because i want to do so...well,of course there was a hard time when completing the task but don't take it as an excuse to become stress..tension..pressure or stuff like that..then, abandoning your works until the due date...
maybe there are people who really can catch up things without putting so much effort on it...and people like that usually are not very thankful for what they have.they always take things for granted....and they can say proudly with what they've got...
and for people like that,i just can give them a slightly smile.......

but you know.....a great success come with a great pain...
i think its not a sin to be proud for what you have done with a great work.....and its not wrong to ask for some appreciation in your work too....

because you know.....you worth it....

ARIGATOU...SUBARASHIKI SEKAI...
THANK YOU....FOR THE GREAT WORLD....

Sunday, March 15, 2009

DAB...DIB...DUB...

ntah kenapa macam sangat berdebar hari ini
petang tadi after lunch (ye...saya lunch pd waktu ptg...)
memang tiba2 berdebar..
adakah sebab aku terlebih kalori menyebabkan jantung aku
terpaksa mengepam darah dengan laju???? (ada kaitan kah....)
tapi aku hanya makan telur+kentang+ikan bilis (lauk biasa hujung mnggu)
selama ni tak berdebar pun

mungkin sebab aku rasa esok dah stat kuliah balik
then aku sedar yang kerja aku belum siap
then aku terasa takut sebab jumaat ni aku kena present thesis proposal
then lab report belum siap sebab benda alah itu sgt susah untuk dikira
then aku tiba2 teringat yang aku ada test food product development hari selasa

oleh yg demikian...lepas bertafakur pada waktu asar..mohon ketenangan...
aku trus lah melompat2 di bilik
kena pulak masa tu hujan agak lebat so, bestlah kan...
nak tido tapi bila tutup mata,mesti makin berdebar...tak dapat tido
sebab kepala sangat serabut

penyelesaian terbaik adalah dengan berpeluh
cara yang paling senang untuk berpeluh adalah melompat
disebabkan aku ni agak bertamadun sket..so,aku menarilah kan..
at least,takdelah aku melompat tak tentu hala
ada lah jugak step...
dan benarlah sesungguhnya,"rakyat sihat...negara maju"
bila berpeluh,kita akan rasa selesa...
minda rasa lapang,badan rasa cergas..

oleh itu..saya menyeru...
marilah kita bersenam semua..tak kira apa jenis senaman pun
yang penting kita dapat mengeluarkan peluh
jangan salah anggap yng senaman ini hanya untuk mereka
yang ingin kelihatan 'selim melim' sahaja...
bila orang tu bersenam..mesti kena tanya..'aik??diet kerrrrr'
penggunaan kata 'diet' tu pun dah salah....

mentaliti orang melayu ni masih sangat lemah dalam hal kesihatan
itulah sebab kenapa orang melayu paling banyak menghidap penyakit 3 serangkai (jantung,kencing manis,buah pinggang)
makanan..cara hidup..ramai berpendapat bahawa bila usia makin meningkat, kita tak perlu bersenam or menjaga kesihatan..
sebab itu purata umur orang melayu untuk hidup adalah dalam lingkungan 60~70 thn

saya suka menonton cerita jepun...bukan hanya cerita..variety show pun selalu juga
dalam satu rancangan yg saya lihat,ada beberapa orang tua yang ditemuramah untuk minta pendapat tentang sesetengah hal...
kebanyakannya umur mereka dalam lingkungan 60~70..ada yg sampai 100++
tapi,mereka masih kelihatan bertenaga dengan melakukan kerja2 ladang dan sebagainya malah, dapat menjawab soalan penemuramah dengan baik...
rasanya,ini disebabkan rakyat jepun sangat gemar makan sayur2an..makan pun selalunya dimasak sup sahaja...itulah sebabnya mereka masih kelihatan bertenaga walaupun usia sudah lanjut
saya pasti,kalau di negara kita...umur 60~70 thn boleh dikira sangat tua..
kadang2...kita pun tak faham apa yang mereka katakan..orang tua tak faham orang muda and vice versa....

saya bukan nak katakan negara matahari terbit itu adalah baik (walaupun ada sesetengah perkara itu adalah betul)....
negara kita pun apa kurangnya...cuma,kita perlu ubah cara hidup kita
tidak bermaksud kita harus ikut 100% cara mereka...apa yg baik kita ambil...
tidak semestinya disebabkan mereka orang kafir..kita terus anti habis2an...

jadi..marilah kita bersama2 memperbaiki cara hidup kita
ajal maut di tangan Tuhan..
namun,adalah hak kita untuk mendapat kehidupan yang lebih baik
atas usaha sendiri...
setiap titik peluh usaha kita..ada balasan di akhirnya.....

Sunday, March 8, 2009

telur,sardin dan kentang

hujung minggu yg tidak terasa...
rumah kosong..tinggal aku dan siti
gaban datang hari sabtu,balik jati baru tadi...
hujung minggu aku dihabiskan dengan bertukar2
video bersama c gaban
aku ambil PV dari dia,dia ambil talk show arashi dari aku

aku hampir terlupa yang aku ada 'take home test' ethics
nasib online ngan yuni tadi...
plan nak siapkan lab report GC tp biasalah.....
malam kang aku cek lah all the works yang tertangguh

ARASHI ada lagu baru
'believe' tajuknya..
best!!!!sangat best!!!
sepanjang minggu ni aku berusaha ikut tarian dalam 2
tapi very the susah laaaaaa.....
lagu dia cam rancak..tempo agak laju so,step pun haruslah laju....
jadi aku pun terpaksalah melajukan pergerakan
dan meringankan badan...sangat susah..
baru tadi aku berjaya dengan mantapnya menghafal step tarian lagu 2
tinggal skang ni nak kemaskan lagi pergerakan...
tapi kenapa dlm PV dia slalu tnjuk tarian separuh2???
tu pun masa chorus sahaja....
tidakkah mereka sedar bhw adanya peminat cam aku ni
yang sgt eager mengikut setiap pergerakan tari mereka???

aku rasa agak bising jugalah blk ni...
volume full..dengan aku terlompat2 lagi menari
mesti siti yang kat bawah tu pelik
apa lah yang aku buat kat atas ni...huhu..
dah la tadi menyanyi tak hengat dunia
biasalah...senaman tekak katakan..
senang aku menjerit bila2 masa diperlukan...

Friday, March 6, 2009

bosan bukan alasan

bosan...cuti tiba...tiada kerja...semua orang balik...
asal cuti sahaja...terus bosan...
sedangkan kerja berlambak...assignment menimbun...
tu belum kira projek yang retak menanti belah tu...

bosan dengan design template blog sendiri
sampai tukar dah berpuluh kali,tapi entry malas nak update...
tapi,di saat kesibukan yang semakin menunjukkan taringnya ini,
aku sangat memerlukan medium untuk mengarut...
oleh itu,ku gagahkan jua diri ini menukar segala yg mampu
balik kelas pukul 5,aku terusss bukak laptop...edit2 blog
sampailah pukul9 tadi baru siap....
last2..guna template ni jugak..template yg ko perlu edit sendiri
untuk efek yang lebih menawan
ada sesetengah template tu dah siap semua dah
tapi cam tak best je....

berblogging adalah sangat baik untuk kesihatan
kerana ia dapat mengurangkan kadar penyakit hati di kalangan rakyat malaysia
melalui blog,kita boleh melepaskan segala yang terbuku di dalam hati
tanpa perlu peduli kesan dan akibat dari perbuatan membuta tuli kita itu
menurut prinsip utilitarian, 'greatest happiness for a great number'
Bentham (ahli falsafah) berkata bahawa seseorang itu boleh mendapatkan kegembiraan dengan apa cara sekalipun even breaking the rule....

so,sebagai seorang manusia yang sukakan perasaan gembira...
saya pun mengikut kata Bentham dengan berblogging....
sebab saya rasa gembira dpt meluahkan segalanya dlm blog
tak kisahla aku nak kutuk sape ponnnnn...
tapi aku buat modification sket la...aku tak letak nama org yang aku kutuk
tak nikmatlah camtu kan...aku nak biarkan orang yg baca tertanya2..huahuahua
blog aku...sukati aku...sape tak suka,sila baca sambil tutup mata...hoho

apa aku tulis nih???
dah tak tentu arah dah....
ni lah contohnya,kalau kita bosan kita akan lebih cenderung untuk melakukan
apa sahaja asalkan kita boleh lari dari kebosanan
mengarut takpe lagi...
yang penting tak nyusahkan orang....
sama juga konsepnya dengan study...
kalau ko malas takpe,tapi tolong jgn libatkan org lain dalam hal kemalasan ko yg tak berpenghujung tu.....
ni tak...die malas pastu libatkan teamate die yg lain...
nyusahkan org sebab die x buat keje and org lain trpakse cover keje die
so...orang lain penat sbb buat byk keje yg sepatutnya dia buat
then dpt marks sama2......
die pun penat jugak...tension la konon
tension sebab ape????sebab suke sangat kumpul keje..buat last minit
and hofkos la keje tu adalah keje individu so,xdelah alasan die xnk buat kan
klu keje group..mmg takde keje lah die jwbnye......

jadi...bosan bukanlah alasan untuk tak buat keje spanjang cuti ini
kalau nak sangat cari alasan....
jawapan yang paling tepat adalah M.A.L.A.S

Wednesday, March 4, 2009

COBAAN......

isnin depan adalah cuti bersempena dengan maulidur rasul...
jadi...ramai kawan2 yang dah beli tiket dan sibuk nak balik
walaupun kerja banyak x siap tapi, mereka memang x sedar diri sungguh!
huh...apalah salahnya stay hostel je kannn..(ayat dengki)

bila tengok orang sibuk pack barang nak balik ni kan..
hati hofkos la rasa meronta2 juga nak balik
perasan rumah dekat....
masa dekat2 dulu, senang nak balik,tak nak pulak balik...
"tu lain lah makcik...klu slalu balik pun x best jugak..." kata togan kepada makcik sebelah rumahnya yg suka mengumpat...

dan secara kebetulan tadi..masa aku kat lab komputer FST
si masturina sidek telah dengan sengajanya membuka helaian akhbar metro
yang terpampang secara jelas lagi bersuluh tentang tiket airasia yg tgh sale
tiket juz rm10 shj....campur tolak tax pe sume...ade la lam rm100++....(return)
okla kan..murah ape...slalu aku blk..tkt rm200++ juz for one-way only
x msk tax lg...aku pun mula lah menggatal cek kat internet harga tiket sume..
hambek kooooo....tiket MAS x smpi rm300 pun utk return (bln6 la...)

dan efek daripada tindakan aku tersebut adalah aku tgh meroyan nak blk
skarang ni...dah la kak aku tunang 15Mac ni and aku konform la x dpt blk kan
selain drpd tiket yg agak mhl klu beli dlm masa terdekat ni
aku juga mengalami kekangan masa di mana sangat byk benda yg perlu di'settle'kan
sebelum 1 April...after 2..habislah derita aku...

tapi,after 1 April tu adalah study week....after exam,aku hofkos lagi
kena berkampung lam lab siapkan tesis then,klu bernasib baik tesis siap awal
bolehla blk lam seminggu dua....klu tak...ko tnggulah cuti bln 12 kang...
sbb awal bln7 adalah HAFOS time so kena blk awl g campus...
jadi...di mana keamanan wahai obama (sekali lagi....)

sekarang ni aku tgh down sgt....
tapi kena siapkan test ethics ni...
sebut psl ethics..seharusnya lah byk menggunakan kepala hotak
sendiri utk menjawab soalan....tapi,bagaimanakah???????