aku seorang manusia yang penuh dengan perasaan
sebab tu aku tak suka orang yang tidak berperasaan
contohnya orang yang tidak pernah menunjukkan sama ada dia gembira, sedih atau marah
orang yang konon-kononnya cool
tidak kisah apa pun yang terjadi di sekeliling nya.....
selalu memberi jawapan "ntah..tak kesah..."
atau buat2 tak tahu bila orang lain tengah sakit hati dengan beliau sebab tidak mahu dikatakan seorang yang emosi....
aku pun cool juga (ceh..taknak kalah...)
tapi cool pun sila lah bertempat
orang yang penuh dengan emosi itu adalah lebih menarik rasanya
sebab kita boleh melihat bermacam warna dalam kehidupannya
maksudnya,dia ada life yang bervariasi
bila kita gembira,bukan bermakna kita kecoh
bila kita sedih bukan bermakna kita loser
dan bila kita marah bukan bermakna kita emo
sebab kita adalah satu kehidupan
dan apa yang berlaku dalam perjalanan kita adalah lebih menarik jika kita gambarkan secara zahir.....
sepanjang hidup aku,sudah semestinya aku pernah merasai bermacam jenis perasaan sebab aku manusia normal...huhu
dan aku ada cara tersendiri untuk 'deal' dengan emosi aku
mungkin cara aku lain dengan orang lain atau mungkin juga sama
kalau aku gembira,aku suka berkongsi kegembiraan aku dengan orang lain
contohnya,kalau aku gembira sebab aku berjaya menyiapkan satu tugasan atas usaha sendiri,aku akan tunjuk hasil tugasan itu kepada orang lain...sebab hasil itu yang membuatkan aku gembira.....
(tapi,orang selalu salah anggap bahawa aku suka menunjuk-nunjuk)
kalau aku sedih,aku akan menjadi sedikit diam dan akan meluahkan kepada teman2 rapat yang boleh dipercayai...
kalau aku marah,aku akan menjadi sangat murung dan sangat jarang bercakap dengan orang kecuali dengan teman2 rapat untuk bergosip...muahahahahha!
(dan aku sangat tidak suka untuk meluahkan marah kepada orang yang membuatkan aku marah..it'll make things become worst)
dan kalau aku geram serta frust...aku tidak akan membuat sebarang kerja yang bermanfaat buat seketika...aku hanya akan menonton benda2 lagha dan makan serta tidur dengan sepuasnya
(sangat tidak sihat bukan,cara aku untuk menangani perasaan sendiri)
dan salah satu tanda bahawa aku telah mengalami kekecewaan adalah apabila aku mula melakukan aktiviti merepek seperti sekarang ini.........
arrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!
kenapalah aku tak tahu ada booth arashi masa daicon di Putrajaya 2minggu lalu?????????
bukan jauh Putrajaya tuuuuuuuuuuuuuu
dan kenapalah aku nampak gambar peminat2 arashi bergambar dengan riangnya di booth arashi yang dipenuhi dengan barang2 yang best2 belaka..................
dan lab report bakery aku pun tergendala.............
sekian.............................................
No comments:
Post a Comment