malam ni terasa sangat ingin ber'lagha'
tidak kira dengan apa cara sekalipun....
banyak benda yang membuatkan aku mendidih
tapi suhu masih suam-suam kuku gitu...hehe
kalau kat Malaysia,sekarang ni adalah musim konvokesyen
so,universiti aku pun buatlah juga pesta konvo
aku da 2 hari pegi C-Fest dan hasilnya sgt tidak memberangsangkan
tapi,baru tadi..pada pukul 9.45pm lbh kurang,c Lina kol cakap ada c Oto (kawan aku dari UIA) dtg p C-Fest...
aku ni cam biasala,excited...tapi tak dapat jumpa juga sebab Oto mau pegi S.Alam ngan kawan dia....so,tinggallah aku terperap melayan perasaan di bilik 4 segi ini....
banyak lagi perkara yang membuatkan aku kecewa or dalam bahasa remaja nya...F.R.U.S.T
(tapi oleh kerana haritu da guna perkataan frust,so tukarlah...aku ni selalu frust la!)
macam biasa,aktiviti feveret adalah melakukan 'kunjungan blog' secara tidak rasmi
sampaikan blog orang yang aku tak kenal pun boleh rasa macam da lama kenal
melalui blog,kita boleh lihat macam2 ragam hidup manusia
antara blog yang aku agak kurang gemar adalah seperti berikut:
blog yang hanya dipenuhi dengan kisah cinta merpati dua sejoli
sejujurnya la kan....
bagi aku,tidak salah bercinta...dan tidak salah juga untuk berjiwang
tapi,kalau asyiklah blog itu hanya dipenuhi dengan pesanan kepada kekasih
ataupun diari untuk kisah mereka berdua,baiklah ko privatekan sahaja blog itu untuk tatapan kamu berdua.....
mungkin ko akan cakap,ko nak share ke hape pebende tah ngan readers ko tapi sedar tak orang lain pun ada kisah cinta sendiri dan tidak memerlukan kisah cinta ko sebagai rujukan?
aku sangat kecewa bila membaca blog2 orang seperti ini sebab bagi aku,aku membaca blog adalah kerana aku ingin mendapatkan 'sesuatu'....dengan kisah cinta yang ditayangkan,aku rasa agak sukar untuk aku mengorek kisah tersirat yang ingin disampaikan (kalau ada la...)
blog politik
owh.....ni memang awal2 lagi rejected!haha....
tak habis2 politik....dari dulu sampai sekarang...
cakap sahaja lebih...masing2 nak ikut kapla sendiri
kita sebagai rakyat pun jadi buta menilai..mana benar,mana salah
sebab kita dikaburi dengan media massa yang menjadi medium antara dunia politik sebenar dengan dunia politik lakonan
(jangan 'ban' blog saya encik...saya akan undi encik nnt,jgn risau...)
terlalu skema
harus diingatkan sekali lagi bahawa aku sangat tidak menggemari perkataan 'skema'
dalam occassion apa sekalipun
tapi bukan bermakna aku ni langsung tak reti nak ikut peraturan ye kawan2
i'm not that bad la......
skema dalam kamus hidup aku adalah 'macam bagus'
buat blog pastu bagi nasihat berbakul-bakul macam kan esok laptop ko akan rosak then ko tak akan dapat update blog lagi untuk sepanjang hidup ko....
baik buat buku kalau camtu....
nasihat boleh,tapi silalah bagi unsur yang menarik,mudah difahami dan senang diterima di alam maya.....
bukannya macam nak bagi ucapan perasmian...
mungkin ada yang menggemari cara sebegini tapi aku tidak.
nasihat secara tidak langsung itu adalah lebih baik rasanya sebab sebagai pembaca,aku akan lebih tercari2 akan maksud yang cuba disampaikan...bila dah dapat,aku akan lebih rasa tersentap or tersindir or rasa insaf or whatever la rasa yang aku nak..... bukankah itu lebih menyeronokkan wahai sahabat2 sekalian????ehhh..tetiba lak aku ni....
blog yang cenderung kepada sesuatu kecenderungan sahaja
tak paham????
aku pun tak paham apa yang aku cuba sampaikan
maksudnya adalah blog dengan niat sesuatu...
contoh blog untuk mengutuk orang...hari2 la ada sahaja benda yang ingin dikutuknya...
ada sahaja benda yang membuatkan ko tak puas hati.....aku yang baca pun akan rasa macam "apa masalah dia sebenarnya ni???"
aku pun ada kecenderungan juga....aku suka ARASHI
tapi adakah hari2 aku akan update pasal ARASHI???
adakah aku akan melaporkan apa aktiviti ARASHI pada hari ini,baju apa diorang pakai dan segala.....aku ada life dan life aku bukan sekadar berkisar di sekitar ARASHI sahaja....
contoh2 blog di atas adalah antara beberapa contoh blog yang aku hanya akan mengunjungi sebanyak sekali sahaja...kalau ada yang bernasib baik,mungkin ada lah sampai 2-3 kali,itu pun just nak tau diorang da tukar topik belum......(biasanya tak tukar lagi la...takkan kot)
dan perlu diingatkan di sini bahawa segala yang dicatit adalah pendapat peribadi penulis semata2.....tidak berkaitan untuk memaksa pembaca yang lain untuk mengikut jejak langkah penulis yang tidak berapa jelas ini...juga tidak bermaksud untuk mengguris hati bloggers yang lain sehingga memaksa mereka untuk menutup blog masing2.......
sekian.................
p/s: owh...baru teringat sesuatu ko pun pnh buat entry mcm ni kan wana?jangan tuduh aku mencopy pulak ye...huhu..tak perasan...jari aku laju je menaip....
No comments:
Post a Comment