Thursday, July 23, 2009

bila hati terasa sayu....

kadang2,sebagai manusia kita sering lalai...

lalai tentang asal usul kejadian kita di muka bumi

dan itu membuatkan kita angkuh dan sombong

menganggap bahawa kita adalah makhluk paling berkuasa

wujud kerana diri kita sendiri

tiada yang menghidupkan dan mematikan

namun Tuhan Maha mengetahui

mana yang terbaik buat kita

ada yang dibiarkan terus hanyut

dan ada juga yang disinari cahaya keinsafan di pertengahan

setiap kejadian adalah kerana Tuhan yang menentukan

kita hanya mampu merancang atas kehendak sendiri

sebab itu semua yang berlaku ada hikmahnya

tinggal lagi untuk kita mencarinya sendiri

terima dengan hati yang redha

apa juga yang ditentukan kerana Tuhan lebih mengetahui

tapi tidak salah untuk berusaha mendapatkan apa yang diingini

kerana setiap usaha ada hasilnya

Tuhan Maha mengasihi dan sangat pemurah

diberi kepada kita lebih dari yang sepatutnya

sedangkan kita masih terus lupa...

alpa tentang kewujudanNya sebagai pencipta yang Agung....

Ya Pencipta...semoga hati-hati ini terus mengingatiMU,

berada di landasan yang benar sebagai hambaMu,

dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Kau berikan.........

No comments: