Wednesday, July 15, 2009

CERITA ORANG TUA-TUA.......

minggu ini memang sangan sibuk dengan pengurusan Seminar Makanan Halal 2009 yang dianjurkan fakulti aku
program tahunan yang biasanya dijalankan oleh pelajar tahun akhir program food biotechnology (aku la tu...)
sangat penat sejak 2 minggu ini tapi,program dah nak habis dah...tinggal lagi satu hari seminar esok (16julai) pastu bolehlah fokus sepenuhnya dengan tesis...

semasa speaker sedang bagi talk kat depan,ada sorang member AJK ni ajak makan sebab tak makan tengahari lagi
makan pulak makanan VIP...siapa tak nak kan....serang la...
then lalu sorang lecturer masa tu so,ajak lah makan sekali
Prof. ni tengah buat kajian pasal cili,macam mana supaya kita boleh improve cili tu jadi besar dan pedas.pakai sebijik je leh cukup untuk masak lemak cili api.memang pedas cili tu...sekarang ni,bila dah berjaya camtu dia tengah nak buat supaya kita boleh hasilkan cili secara besar-besaran sebab kebanyakan cili di negara ini adalah diimport

tengah asyik2 borak,dia pun bukaklah cerita tentang pengalaman dia masa student dulu
dia study di US selama 9 tahun...merajuk dengan Malaysia katanya.
tu yang stay lama kat US....huhu...
sebenarnya,dia buat degree,sambung master n PhD sekali kat US
sebab masa nak dapatkan biasiswa tu,dia dah berjanji dengan peng'interview',kalau mereka beri dia biasiswa, dia tak akan balik ke Malaysia sebelum dia beroleh PhD.
so, memang struggle la Prof. ni...tunggang langgang juga dibuatnya
dia dapat merasa banyak kerja sepanjang tempoh pengajian di US malah pernah juga menjadi kadi menikahkan orang

dia terus terang bahawa dia tidak suka sistem pendidikan di Malaysia
pasal tu lah dia berusaha macam mana pun, dia mesti sambung belajar di US
dia pilih US instead of UK sebab maybe UK a bit easier dari US dan sistem pun lebih kurang Malaysia

sesuatu yang sangat seronok bila kita berkongsi cerita dengan orang yang banyak pengalaman ni adalah kita boleh bertanya banyak soalan secara tidak formal
kita yang muda ni,belum merasa semua pengalaman yang menarik so,kita hanya boleh imagine and hope one day, we will achieve what we want just like them
of course its not an easy way....never been easy for anyone...
kesusahan itulah yang sebenarnya mematangkan dan memberi pengalaman kepada kita.

Prof. ni memberi nasihat tersirat seolah-olah dia ingin berkata "jangan ragu-ragu kalau kita menginginkan sesuatu.asalkan kita yakin kita boleh buat dan apa yang kita buat itu adalah dapat memberi manfaat'
aku percaya pada usaha keras...aku percaya hukum alam bahawa setiap apa yang kita lakukan akan mendapat balasan tak kira baik atau buruk
usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil...walaupun bukan sekarang,tapi pasti ada buahnya nanti

cerita yang menarik dari Prof membuatkan aku bertambah berkobar-kobar untuk menyambungkan pengajian peringkat master
yang pastinya aku ingin keluar dari kepompong Malaysia...
tapi tempat akan decide kemudian
sekarang ni,kawan2 yang lain pun tengah fikir nak sambung untuk buat tajuk apa....

sebelum menyudahkan perbualan yang sangat seronok itu, Prof. sempat lagi buat lawak tajam
"di US nak dapat A kena 93...B untuk 88...kalau kita di Malaysia,75 dah A.tu pun masih tak dapat lagi...hoho...aku tersindir)

1 comment:

AMY SENSEI said...

nak sambung belajar? jawapan ada di blog akak ye..