dengan presentation last minit nya...runsing hal tiket...my baito (part time work) and of course,my lovely ARASHI....
jadi sangat tiada masa mengadakan blog visit....yanti sound dulu baru buat...huhu
so...here we come...two tag to finish!!!!
first.....
1. siapakah nama kawan rapat anda sewaktu kecil?
banyak...dulu kecik2, semua boleh jadi kawan rapat...yang penting main mesti sama2.budak kecik kan naif sket...hoho...
2. apakah permainan masa kecil yang anda ingat?
hoo..banyak juga..paling best rounders ngan galah panjang..oh! main getah jangan dilupa...muahaha!port adalah selalunya rumah aku...kalau main galah panjang or rounders selalunya akan menggunakan gelanggang badminton depan rumah pakcik.itupun gilir2 dengan orang kampung yang main sepak takraw (ehh..kata gelanggang badminton,napa main takraw lak??besela....serbaguna...).
main sampai nak maghrib...nak tunggu mak aku jerit2 suruh balik dulu baru balik..tu pun nak kena jerit sepuluh kali...
dahla rumah aku tu boleh dikategorikan sebagai agak jauh iaitu seberang jalan dari gelanggang tapi mak aku je la yang suka jerit2.....mak orang lain takde lak...hoho
3. kalau anda bergaduh dengan kawan anda...
biasalah...budak kecik gaduh,perkara utama adalah sesi jeling menjeling..pastu hasutan demi hasutan untuk menarik pengikut masing2..haha.
aku pernah terlibat dengan 2 pergaduhan besar masa sekolah rendah...
first masa darjah berapa tak ingat...darjah 4 kot...ada 2 geng besar dalam kelas aku ni...satu ni diketuai oleh sorang kawan aku yang memang nampak sangat jeles dengan aku..ok...ini bukan direka2 tapi cerita sebenar...zaman sekolah rendah,aku dikenali sebagai pelajar yang agak pintar dalam batch aku...(the only student yang dapat 5A during UPSR in my batch...tiada niat riak...cuma menceritakan hal sebenar...hoho)
pastu ntah macam mana pergaduhan ni bermula,pastu dia nangis sebab apa tah...sakit hati kot..pasal tu guru kelas datang.kena pula guru kelas tu memang bias sebab dia memang suka dekat budak yang jeles ngan aku...so,kami lah yang kena teruk...dipersalahkan lah...sedangkan dia nangis sebab dia terasa yang kami mengumpat dia sahaja sebenarnya...dia nampak kami macam tengah tengok dia dan bisik2...terussssss lah nangis....tak paham aku..
but now,still kawan lagi..in fact dia adalah the one of my friend yang aku still contact...yang lain mana tah.........
satu lagi story..masa tu darjah5...kami gaduh dengan darjah6...ni lagi dahsyat...satu kelas gaduh sebab apa tah...sebab ada 2 orang pelajar pompuan darjah6 ni suka dekat 2orang pelajar lelaki kelas kami..siap bagi surat bagai...tapi muka tak lawa...gedik je lebih...pastu 1 kelas kami tau diorang bagi surat then 1 kelas tu lah reply surat diorang...apa lagi...naik angin la kan....hoho...kelas kami terletak di bangunan berhadapan dengan bangunan kelas darjah6 masa tu...pastu gaduh2,jerit2 melalui tingkap..memang dahsyat...perlu diketahui bahawa sebelah kelas darjah6 adalah bilik guru dan sebelah kelas darjah5 adalah kelas darjah4...yang peliknya,bila tanya cikgu dan pelajar darjah4...diorang kata diorang tak dengar pun orang jerit gaduh2....sampai sekarang aku pelik...ataupun adakah itu hanya konspirasi semata2????ngehehehe.......
4. di kawasan manakah yang menjadi tempat feveret anda bermain?
di rumah aku,gelanggang badminton kampung aku....ataupun kalau di sekolah...semestinya berlari2 sekeliling sekolah,tak pun budak lelaki suka main bawah kolong....hihi~
5. apakah cita-cita anda masa kecil?
standard la....doktor dan cikgu...owh..pernah sekali aku tulis dalam profil,aku nak jadi peniaga...macam peniaga yang jual sayur di pasar tu sebab aku rasa best bila tengok diorang masukkan sayur dalam plastik...huhu
6. apakah kartun atau rancangan tv yang anda gemari dan masih ingat sampai sekarang?
the only kartun yang meninggalkan memori palinggggg dalam adalah sailormoon...sebab dulu2,tv rumah aku tak jelas sangat siaran..entah channel apa tapi channel untuk sailormoon tu memang tak dapat lah...so,selalu curi2 tengok di rumah makcik aku...makcik aku ni pulak jenis yang sombong,tak suka kami tengok tv di rumah dia so,bila dia bising2..selalulah kami dimarahi oleh mak aku...adeh~
kalau rancangan tv tu....aku memang suka tengok drama dari kecik...kartun tak sangat,kecuali sailormoon tadi tu dan kartun disney....drama yang aku ingat sangat adalah drama yang bertemakan lagu kathijah ibrahim tajuk apa tah....lupa....
7. makanan ringan apakah yang akan anda borong di kedai?
emmm...aku dari kecik tak suka junk food...jarang makan keropok...kalau ada pun mesti makanan biskut yang ada cecah coklat....
8. nyatakan seorang rakan zaman kanak2 anda yang anda teringin sangat nak jumpa sekarang
nak jumpa semua boleh??????
9. apakah gelaran anda masa kecil?
shidacomel....eh...shida je....kecik2 dulu tak comel lagi kot..hohoho
10. nyatakan seberapa banyak rakan blogger anda yang anda ingin tahu zaman kanak2nya....
wana ko buat!
yang lain...ermmm..sapa2 la....
second...
why girls love flowers...
woooaaa...salah orang ko tanya ni yann...
emmm..kalau pasal bunga ni,aku tak suka sangat kalau orang bagi sebab tak tahu nak letak mana...tapi kalau ko bawa aku pegi jepun masa musim bunga mengembang....konfirm aku terus bermastautin di sana (saja cari alasan nak g jepun..hoho)...
bagi aku, aku suka tengok bunga...suka juga bunga untuk menghias tapi tak gemar sangat kalau diberi bunga....eemmm...tengok keperluan kot....tidaklah benci tapi tidaklah suka sangat pun...
so, these are the reasons;
sebab bunga ada bermacam warna
bunga yang mengembang mekar boleh membuatkan hati juga mengembang kegembiraan
bunga yang mengembang mekar boleh membuatkan hati juga mengembang kegembiraan
ada bunga yang baunya harum....best!
sesuai digunakan untuk menghias...pompuan kan suka kerja2 menghias ni....
pompuan yang suka tanam bunga, terutamanya ibu2...sebab diorang bosan duk rumah x buat apa2...takkan nak buka dusun buah2an depan rumah kan....
dah kalau dating lelaki asyiklah bagi bunga...so,terpaksa lah pompuan pun jadi suka ngan bunga kan...cuba ko bagi tiket melancong g jepun ke...rumah sebijik ke....konfirm tajuk tag ni tukar jadi "why girls like money and materials????"..muahahahahhaha!
sesuai digunakan untuk menghias...pompuan kan suka kerja2 menghias ni....
pompuan yang suka tanam bunga, terutamanya ibu2...sebab diorang bosan duk rumah x buat apa2...takkan nak buka dusun buah2an depan rumah kan....
dah kalau dating lelaki asyiklah bagi bunga...so,terpaksa lah pompuan pun jadi suka ngan bunga kan...cuba ko bagi tiket melancong g jepun ke...rumah sebijik ke....konfirm tajuk tag ni tukar jadi "why girls like money and materials????"..muahahahahhaha!
da penat menaip....otak pun da tak berapa betul.....terimalah jawapan saya seadanya...
ok...wana ko mesti jawab kedua2 tag ni...tak kisahla...after test ke...huhu