aku baru perasan yang entry2 aku kebelakangan ini adalah agak skema
hmmmm...apakah maksud ituewww???adakah aku pun turut akan berubah jadi skema?muahahahahha....tunggu dan lihat
*******************************************************************************
aku seorang yang ego...boleh dikatakan sangat ego
aku x suka cakap perkataan 'maaf'....sangat2 tidak suka
tetapi bukan bermakna aku tidak sedar kesilapan diri.cumanya,aku memang tidak suka akan perkataan itu.....ni untuk kes tertentu.kalau setakat kes terlanggar bahu ke,terpijak slipper ke..for sure la kena say sorry kan...tu macam kuang ajar jugakla kalau x minta maaf...
tapi dalam soal hati dan perasaan memang aku x suka...dengan kawan,family or anybody...sangat susah nak kata 'saya minta maaf kerana menyakitkan hati awak'...
NO!ok....never....sebab aku macam x selesa...kalau aku sedar kesilapan itu,aku akan cuba menebus balik rasa bersalah itu dengan berbuat baik kepada beliau...harap beliau faham akan maksud tersirat saya untuk meminta maaf.......
********************************************************************************
aku juga adalah seorang yang tidak suka kalah dan nampak lemah di hadapan orang lain
contohnya kalau aku terasa sedih dan ingin menangis,aku akan ketawa secara membabi buta untuk menutup mata yg kian terasa ingin kencing...hmmmm....
dan aku jarang berasa sedih.sebab itu aku jarang menangis....aku hanya akan menangis apabila aku terasa sangat marah....bila aku marah,rasa macam nak tumbuk orang tapi x dapat so,aku akan menangis tanpa sedar....hoho...pelik bukan?
*********************************************************************************
oleh kerana aku seorang yang ego dan tidak suka kalah jugalah aku menjadi keliru dengan hidup aku....oleh kerana aku ego,aku selalu buat2 macam aku sangat cool,seolah2 hidup aku tiada masalah,sentiasa jadi tempat perunding kawan2 yang mempunyai masalah,macamlah aku ni pro sangat dengan benda2 macam tu.....
oleh kerana aku seorang yang tidak suka akan kekalahan lah aku selalu pretend yang aku boleh buat semua,x payah orang lain tolong......
oh...satu lagi kelemahan aku...(banyaknye keburukan diri...)
aku cepat rasa bersalah dengan setiap benda yang berlaku..
contohnya ada org pesan kat c minah ni yang aku kena buat mcm ni,mcm tu untuk program yang akan dtg tapi,c minah tu x sampaikan kat aku sebab dia lupa and whatever so....of coursela keja tu x siap smpi due date yg ditetapkn......
sepatutnya c minah tu yg salah tapi aku akan jadi sangat bersalah sampai boleh jadi stress...series cakap!
kelemahan ni lah yang selalunya membuatkan aku sangat down!
********************************************************************************
tapi kan.....akhirnya...aku juga yang seksa.....
aku lah telan semua pahit yang ada..pastu bila ada salah sikit pun orang akan blame aku gila2...
dan sebab itu jugalah aku menjadi seorang yang 'pemendam a.k.a pendendam'....
aku suka pendam semua masalah aku supaya still nampak cool di mata orang lain...kononlah hidup aku ni sentiasa gembira.....
aku juga jadi seorang pendendam sebab kalau ikutkan hati,tiap2 hari ada je orang yang aku nak marah (oh ya...aku juga bukan seorang yang penyabar..harap maklum)
tapi bila x puas hati dengan orang,seharian muka aku akan muram gile macam kerang busuk...dan mulalah sorang2 pelik dengan aku....bak kata Rafidi "kalau ko diam kan shida,orang nampak pelik sebab orang dah biasa dengar ko yang banyak cakap"..huh~
sungguh tidak bermotivasi kata2 itu.........
sume orang menyampah ngan aku bila aku tengah bad mood sebab muka aku sangatlah teruk
series huduh!macam kerang busuk,doh!
pasal tu lah aku banyak train myself untuk let go....biarkan benda2 yang tidak penting berlalu macam tu je........
tapi kan......aku memang x leh tahan...ada masanya kita kena fikir pasal diri kita juga..
sampai bila kita mo paksa diri kita terima benda yang kita x suka kan?
and today my tears come out.....just a little bit
but enough for making me feel better bout somethings that happen these days....
No comments:
Post a Comment