sedang melantak mee goreng mamak sambil baca blog someone yg aku x kenal tapi blog dia best..so,haruslah menjadi tempat lepak aku setiap kali surf tenet
blog dia memang best dan beliau sangatlah sarcastic(betul ke ejaan ni?)
tapi entry hari ini berbaur agak serius dengan membincangkan masalah peperangan yang berlaku di gaza,Palestin
aku stop kejap makan...memang sedih kalau ingat balik gambar2 yang aku lihat di surat khabar
dan juga dari email2 yang diterima kebelakangan ini...
tambah sedih bila lihat gambar kanak2 yang terkorban
mesti tak sangka yang diorang akan terkorban...
baru semalam hidup bersama keluarga,tetiba hari ni rumah kena bom...
terkorban macam tu sahaja...
tak sempat nak fikir pasal masa depan....
apa nak buat hari esok...
aku percaya,mesti ada di kalangan mereka tu yang berfikir tentang apa yang harus dilakukan selepas peperangan tamat....tapi.........
rasa memang sangat sebak tengok keadaan di Palestin..
rasa macam tak berguna juga kadang2 sebab kita tak boleh bantu apa2
cuma doa yang boleh dikirimkan....semoga dimakbulkan Allah...
kita yang masih hidup ni pun masih terumbang-ambing lagi dalam hidup
tak pasti dengan masa depan sendiri...
kita merancang...Allah menentukan....
itu bukan alasan untuk menjadikan kita seorang yang tidak mempunyai matlamat
cuba letak diri dalam keadaan di Palestin....Na'uzubillah....
mereka tak sempat pun bermimpi...apatah lagi merancang...
kematian sering menghantui...cuma yang boleh mereka lakukan adalah berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran yang sungguh berat....
No comments:
Post a Comment