telah mengurangkan pahala puasa sendiri pada hari ini kerana meng'escape'kan diri untuk kelas fermentation technology pada pukul 10 pagi ini...
saya tidak sengaja cekkkgguuu...saya sakit perut tadi..
lama aku bertelur dalam tandas tadi...tapi hasilnya tiada...perut ja yang sakit lebih...adakah kalian faham kesakitan itu?????
tiba2 teringat untuk menulis pasal benda ni....
siapa yang biasa meniru semasa exam?
kalau ikutkan sejarah aku sebagai pelajar,aku bukanlah tergolong dalam golongan yang suka meniru....
semasa zaman sekolah menengah lagi...memang sangat anti dengan orang yang meniru
selalu berfikir
"apa guna datang belajar kalau exam pun asyik lah meniru"mungkin juga sebab pelajar kelas aku tiada yang meniru semasa exam
or...kalau diorang buat pun mungkin aku tak perasan la kan.....
bagi aku,orang yang meniru ini adalah orang yang berfikiran pendek
hanya memikirkan tentang kesan jangka pendek sahaja....
mungkin beliau fikir...bila meniru,result tinggi...orang puji...transkripsi pun lawa..straight A la katakan.........
tapi...masuk universiti...
aku terkejut dengan suasana exam yang dipenuhi dengan tiru-tiruan...hoho
bukan exam besar
(sapa berani meniru dalam dewan...)tapi ujian bulanan mungkin...ujian mid-sem mungkin
aku masih ingat lagi...first time ambil test semasa first sem untuk first year
(lupa subjek apa...kimia or fizik rasanya...)nampak kawan yang agak boleh dipercayai dari luaran
(mungkin dari segi penampilannya yang bertudung besar kot...) dan dalaman sedang meniru bersama sorang lagi member yang lebih kurang.....
sangat terkejut...dah la meniru secara lisan, tak cukup dengan tu,dia g bantai baca nota pula...
masa tu, aku bukan tergolong dalam golongan yang meniru lagi...sebab itu lah result first year aku agak memberangsangkan....
sekarang ni, Tuhan nak tunjuk balasan untuk orang yang meniru...pasal tu result cam orang tak betul jawab exam.....
aku pun tak ingat semenjak bila aku terjebak dalam kancah peniruan ni...
owh...saya meniru adalah tidak pernah membuka nota dan menyalin bulat2 apa yang ditulis di dalam nota....
saya meniru dengan cara berbincang dengan kawan
(meniru juga namanya....)semasa ujian,seboleh2nya...aku tak nak meniru...sebab aku akan rasa diri aku bodoh
apa guna masuk kelas?apa guna baca nota?apa guna buat assignment?apa guna bayar yuran mahal2?
memang sangat tidak bangga apabila dapat A disebabkan meniru...
dan semstinya...aku juga sangat tidak hairan dengan orang yang membangga2kan A beliau hanya kerana beliau adalah tukang tiru yang tegar
kalau dapat B ataupun C hasil usaha sendiri itu adalah lebih dibanggakan sebab aku akan selalu bermonolog
"padan muka kau shida...berlagha dengan arashi ja..." dan aku akan sedar kesilapan sendiri dan tingkatkan usaha, insyaAllah...
tapi kalau orang yang dapat A sebab meniru...apa agaknya monolog beliau????
mungkin
"yesss!dapat A...pasni boleh meniru lagi"atau
"eleh...aku tak study pun dapat A...diorang yang asyik study 24h dapat B ja..."jadi....apa yang kau boleh dapat dengan A kau itu????
mungkin kau boleh cari kerja dengan A itu...
kau boleh 'frame'kan transkripsi kau itu...
kau boleh dapat pujian dari orang lain...
tapi yang sebenar2nya lah....APA YANG KAU DAPAT???
selama bertahun2 habiskan masa menuntut ilmu....APA YANG KAU DAPAT??
mungkin juga kerana sistem pendidikan sekarang ini yang terlalu mementingkan gred untuk mencari kerja telah 'memaksa' kebanyakan pelajar berfikiran macam tu...
ya lah....takkan majikan nak tanya masa interview
"awak dapat result baik macam ni sebab awak meniru ke?" diorang tak ambil peduli pun...
ada ja yang cakap
"who cares???meniru x meniru...yang penting result ok...dapat kerja...yang kau tu baik sangatlah konon tak meniru tapi result teruk ja..jadi cleaner ja la..."cleaner pun cleaner la...bukannya haram pun kerja tu kan...
yang penting kita jujur dengan hidup kita sendiri
aku tak pernah rasa...macam mana hidup bersandarkan usaha orang lain?
dan aku pun tak nak rasa...apa guna kita diberi nikmat kehidupan kalau kita sendiri tidak berusaha ke arah itu?
apa yang kita belajar sekarang ini akan digunakan sepanjang jalan dalam hidup kita...
bukanlah maksudnya hari ini aku buat titration...lagi 10 tahun kemudian aku pun akan buat titration ja...apa yang aku nak titrate pun aku tak tau....
maksudnya...di sebalik ilmu itu pasti ada yang tersirat...ilmu Tuhan kan luas,dalam pengertiannya...sebab itu kita tidak boleh hidup bersandarkan ilmu daripada buku sahaja...
ini kalau buku pun tak baca...exam pun meniru...memanglah kau tidak akan dapat apa2...dapat A ja la.....
kalau kita belajar dengan baik..jawab exam dengan betul tapi still tidak dapat result dengan baik...at least kita tau apa itu kekecewaan...takkan kita nak berterusan mengalami kekecewaan dalam hidup kan....mestilah kita pun nak rasa kejayaan so,kita pun belajarlah lagi...lagi...dan lagi....
aku pun meniru juga
(pengakuan berani)...
jika dan hanya jika orang sebelah aku masa ujian adalah meniru...dalam erti kata lain,berbincang secara haram....
tapi aku belum pernah sampai tahap tiru bulat2 daripada nota tapi still lagi dalam kategori meniru kan.....
pesanan untuk diri sendiri,sudah2lah meniru tu....
kalau takut dapat result rendah....baca buku...bukan ambil jalan pintas
no offense.......
okeh...nak pegi kelas genetic engineering pulak....ciao!